Monday, December 31, 2007

makan tak betul, cakap tak betul, minum tak betul...

sakitnyeee...mana bonjela aku ni?

aduuh...

Sunday, December 30, 2007

Kisah Cinta dan The Beatles




Semalam bersama Sang Enemy, aku telah menonton filem Inggeris 'Across The Universe' di pawagam The Cathay. Aku amat tertarik dengan filem ini. Jalan cerita yang disesuaikan dengan lagu-lagu kugiran Lagenda The Beatles. Lagu-lagu seperti I Wanna Hold Your Hand, Hey Jude dan Something telah diberi interpretasi dalam filem tersebut.

Filem cinta berlatar belakangkan era tahun 60an dilatari dengan demonstrasi antiperang, pergerakan anti-budaya, aktivis politik berhaluan kiri dan eksplorasi musik 'rock and roll'. Tajuk filem adalah lagu nyanyian Beatles 1969 dan sebanyak 33buah lagu Beatles dimuatkan dalam menceritakan situasi tahun 60an yang penuh warna-warni. Kisah bermula ketika era perang Amerika-Vietnam dimana Jude yang bekerja di perlabuhan Liverpool mengambil keputusan mencari ayahnya di Amerika. Ditempat baru, Grenwich Village Jude bertemu dan bersahabat baik dengan Max dan jatuh cinta dengan Lucy, kakak Max. Pergolakan politik semasa memisahkan mereka lalu mereka mencari jalan bersua semula.

Kami merasakan filem ini satu musikal yang luarbiasa. Musikal yang Avant garde, disatukan dengan corak Pop dan Abstrak Ekspressionisme. Satu karya seni yang sangat unik. A MUST WATCH MOVIE!

Syabas kepada pengarah Julie Taymor dan barisan pelakonnya. Paul Mc Cartney tentu akan tersenyum lebar.

Something-The Beatles (salah satu lagu kegemaranku)



Rudy Djoharnaen
Singapura

Friday, December 21, 2007

Thursday, December 20, 2007

19.12.07 , DBS Shenton

"Hai...jumpa lagi kita."

"Hehe itulah dia..."

"Time tu dengan saya, sekarang ni dengan saya lagi"

"Tulah, macam berjanji pulak eh?"

"Hehe...nak cash in cheque lagi ke?"

"A ah..Macam gitulah nampaknya"

"Mmmm...alamak cek tak signlah"

"Ya Allah, macamana boss I lupa sign pulak? Takpelah nanti saya datang lagi."

"Oklah...datang sebelum 4.30 eh?"

"Ok..selamat hari raya..bye"

"sama sama...bye..."

...senyuman yang manis itu membuat aku tersenyum juga... :)


Rudy Djoharnaen
Singapura

Wednesday, December 19, 2007

Lagu ini ditujukan untuk kasih ZeroZero pada sukma impiannya....insyaAllah.



Rudy Djoharnaen

Monday, December 17, 2007

Ahad 16.12.2007, Giordano, Suntec

Ahad 16.12.2007, Giordano, Suntec

"Awak ni orang Filipino ye?"

"Ye Saya."

"Awak dari daerah mana? Santa Domingo ke?"

"Betul tu. Saya lahir di Santa Domingo tapi tinggal di Manila..."

"Ooh..."

"Macamana awak tahu Santa Domingo?"

"Oh..Saya punya kawan yang pernah kesana..."

"Ooh begitu..."

Lalu dia tersenyum dan aku juga tersenyum... =)


Rudy Djoharnaen
Singapura

Saturday, December 15, 2007

Biduanita Pilita Corrales


Saluran TV Singapura kini menyiarkan Idola Asia yang menampilkan para Idola dari Singapura, Thailand, India, Indonesia, Malaysia dan lain-lain. Diantara barisan pengadil dari negara-negara asia yang diundang, salah seorang menarik perhatianku; Biduanita Pilita Corales, lagenda dari Filipina.
Dilahirkan di Cebu, Filipina pada 1939, beliau tersohor sebagai penyanyi lagu-lagu 'folk' Filipina yang diberi jolokan 'Asia's Queen of Songs'. Beliau berdarah kacukan Spanish dan Austronesian. Sebanyak 135 album telah dirakamkannya dan beliau pernah membuat persembahan bersama para biduan hebat seperti Frank Sinatra, Sammy Davis Jr dan Julie Andrews. Namanya sebagai penyanyi tercipta melalui saluran TV Melbourne pada 1950an hingga awal 60an dengan lagu 'Come Closer To Me'.

Pada pertengahan 60an, beliau kembali ke Manila untuk meneruskan kerjaya nyanyiannya dalam industri muzik Filipina dan mendapat sambutan yang hangat. Lagu dendangannya, 'Dahil Sa Iyo', merupakan lagu kegemaran Biduanita Saloma, yang merakamkannya dalam versi Melayu dengan tajuk 'Kerana Kau Impianku' pada tahun 1959.



Uhaw Sa Gugma (loghat Visayan)

Senikata yang membawa erti berikut (dalam Bahasa Melayu):

Aku dahaga wahai kasihku
dahaga akan cintamu
Bilakah kan ku rasai kemanisan madu cinta?
Tidakkah kau mengasihaniku? Cintaku, aku tahu aku bersalah
Tidakkah kau ingin memaafkan?

Kisah semalam kita, kitakan ingati
Masihku bayangkan, keriangan dan senda tawa ini
Kau pergi jauh, dan segalanya kehilangan
Di dalam hatiku sungguh mendalamnya kesepian...


Rudy Djoharnaen

Singapura

Thursday, December 13, 2007

If You Go Away...



Lagu Asal dalam bahasa Perancis (Ni me Quitte Pas) oleh Jacques Brel 1959. Versi Inggeris ditulis oleh Rod Mc Kuen.

Rudy Djoharnaen
Singapura

Wednesday, December 12, 2007

Oi..Oi..Ayam Den Lapeh...

Sebuah lagu tradisional Minang gubahan A.Hamid. Nyanyian Oslan Hussein. Kalau tak silap Ayam Den Lapeh atau Ayam saya terlepas membawa arti orang yang telah hilang kekasih, yang telah putus cinta. Orang Minangkabau memang kaya dengan kata-kata kiasan.



Luruihlah jalan payakumbuah
Marilah jalan ke paya kumbuh (nama tempat di minangkabau)

Babelok jalan kayu jati
Dikiri kanan jalan ada kayu jati

Dima ati indak karusuah
Di sana hati tidak akan risau

Ayam den lapeh ai ai
Ayam saya terlepas

Ayam den lapeh
Ayam saya terlepas

Mendaki jalan padangsikek
Mendaki jalan padang sikek (nama tempat)

Basimpang jalan ka biaro
Melalui simpang jalan ke biaro (nama tempat)

Di ma ati indak kamaupek
"yang ni tak tahu heheh"

Awak takicuah ai ai
"yang ni pun tak tau"

Ayam den lapeh
Ayam saya terlepas

Sikucapang sikucapeh
Seekor besar seekor kecil

Saikua tabang saikua lapeh
Seekor terbang seekor terlepas

Tabanglah juo nan karimbo
Terbang jua masuk ke hutan

Oilah malang juo
Apalah malangnya jua

Pagaruyuang batusangka
"Pagaruyung" nama tempat di minangkabau

Tampek bajalan urang baso
Tempat tinggal orang kenamaan/ raja-raja

Duduak tamanuang tiok sabanta
Duduk termenung atas bantal

Oi takana juo ai ai
Oh terkenang jua
Ayam den lapeh
Ayam saya terlepas.

Den sangko lamang nasi tuai
Kironyo tatumpah kuah gulai
Awak ka pasa alah usai
Oi lah malang denai

O hoi … ayam den lapeh


Rudy Djoharnaen
Singapura

Pak Pung Pak Mustape

Lagu Betawi ini ditujukan pada Sang Enemy...hehehe



Versi Emilia Contessa, 1970an

Rudy Djoharnaen
Singapura

Saturday, December 08, 2007

KEMASKINI PADA BLOG SENI PUNYA PASAL

Sebelum blog darikalbuku, aku telah menerbitkan Blog SeniPunyaPasal. Blog ini membicarakan tentang seni sana sini, khususnya di Singapura. Setelah beberapa artikel, blog ini menyepi tanpa dikemaskini. Atas nasihat beberapa orang sahabat supaya aku terus menulis pada blog tersebut, aku rasa terpanggil untuk menghidupkannya semula.

Blog ini dalam proses dikemaskini (update). Sukacitanya aku ingin mengumumkan blog ini.
Silalah lungsuri http://www.senipunyapasal.blogspot.com/ jika sudi.

Jika ada diantara pembaca yang bergelar seniman dan ingin mengetengahkan karya-karya dan pameran anda di blog tersebut, boleh hantar emel yang tertera pada blog tersebut.

Rudy Djoharnaen

Singapura

Mat Sentol: Mat Bond, Spy Spy



Walaupun kadangkala aku merasakan Mat Sentol seorang pengarah filem-filem Melayu klasik yang Low B' Grade kerana lawak dan jalan cerita yang tidak kelakar langsung, Mat Sentol tetap LEGEND! Kenapa? Sebab beliau ikon Mat Yoyo, sebuah rancangan kanak-kanak di zaman 80an yang sangat terkenal sehingga mendapat anugerah di luar negara. Mat Yoyo cukup 'happening' sehingga kanak-kanak bukan Melayu juga pada zaman itu juga menontonnya.

Beliau juga LEGEND suara latar 'Tora!' (Tora datang lagi!) makanan ringan atau snek kanak-kanak 80an dari Malaysia.



Filem Mat Spy, Cathay Keris.

Friday, December 07, 2007

Biduanita Aretha Franklin



Pertama kali aku mendengar nyanyiannya, aku mulai jatuh cinta dengan suaranya yang bertenaga dan sungguh 'soulful'. Aretha Louise Franklin dilahirkan pada 1942 di Memphis dan mencipta namanya sebagai penyanyi, pemuzik dan penggubah lagu. Awal penglibatannya dalam seni suara adalah sebagai penyanyi Gospel. Kemudian beliau melangkah sebagai penyanyi soul, dengan mendapat inspirasi dari biduan dan biduanita lagenda ketika itu; Dinah Washington dan Sam Cooke.

Beliau telah mencipta nama di bawah beberapa syarikat rakaman seperti Columbia dan Arista. 'RESPECT', 'Chain of Fools' merupakan diantara lagu-lagu yang terkenal dan kini malar segar. Beliau juga merakamkan semula lagu-lagu seperti 'Say A Little Prayer' oleh Dionne Warwick dan 'Natural Woman' oleh Carol king. Dengan gaya suaranya yang tersendiri, lagu-lagu tersebut berjaya diberi nafas baru ketika itu.

Inilah dia Aretha Franklin, yang menjadi salah satu inspirasiku dalam alam seni suara. Memang wajar menobatkan beliau sebagai 'Ratu Soul' atau 'The Queen of Soul'.



Rudy Djoharnaen
Singapura

Wednesday, December 05, 2007

Aku sedang senyum...



Dengan lagu ini, aku bisa tersenyum.
Suhu badan sedikit menurun.

Tuesday, December 04, 2007

hilang lagi....

duit aku hilang lagi. jumlah yang banyak. siapa yang mencurinya? segala rancangan aku untuk bersantai keluar dari pulau ini sedang goyang. ini sesuatu yang sedang mencabar kesabaranku. aku kini sedang menarik nafas yang sangat panjang untuk menahan darah yang sedang naik dan panasnya hati yang semakin mencengkam.~~~
Kalau Sireh bertepuk, Pinang pasti menari.

Friday, November 30, 2007

Kubur Bidadari

Perkuburan Bidadari (Inggeris: Bidadari Cemetery, Cina: 比达达利坟场) meninggalkan kenangan. Masa aku kecil, setiap tahun di musim raya Wak Mat selalu mambawaku ke sana untuk menziarahi pusara nyai dan yayi dari keluarga angkatku. Juga beberapa pusara saudara terdekat Mak dan Bapak.


Bila Wak membaca Yasin, aku akan bermain-main disekitar kubur berdekatan dan aku suka membaca nama-nama para ahli kubur yang tertulis pada batu-batu nisannya. Kononnya aku ni 'pengkajilah'. Perkuburan tidak panas kerana banyak pepohon rendang yang sudah tua usianya. Kadang-kadang ternampak juga askar gurkha berlari-lari anak disitu. Teringat juga akan Masjid Bidadari, dimana Wak akan solat Asar disitu setelah menziarahi kubur. Dan aku akan bermain-main dengan anak-anak kucing disitu. Masjid Bidadari dipercayai dibina pada tahun 1910.

Perkuburan Bidadari dibuka oleh pihak British pada 1907 setelah perkuburan Bukit Timah. Ia diantara yang tertua di Singapura. Kawasan tersebut menempatkan perkuburan Islam, Kristian dan Hindu. Ia ditutup pada 1972. Nama 'Bidadari' diambil sempena nama isteri Maharaja Abu Bakar dari Johor yang menetap disitu suatu masa dulu. Kini, semua pusara telah dipindahkan ke kawasan baru di Lim Chu Kang, untuk memberi laluan kepada pembangunan perumahan dan lain-lain.

Ia menjadi tempat bersemadinya beberapa nama-nama bersejarah seperti Douglas Campbell (Penasihat British Johor), Lim Boon Keng dan Syarif Masahor (Panglima Sarawak).
Oh ya...ada satu pengalaman yang aku ingat. Sedang Wak khusyuk membaca Yasin, aku telah mengutip 3 biji buah pong-pong dan melontar jauh dekat beberapa buah kubur. Tiba-tiba aku disapa oleh seorang datuk tua. Dia tersenyum dan menegurku. "Nak, jangan campak-campak buah tu nanti terkena batu nisan tak baik..." Aku pun buanglah biji buah itu dan menuju ke arah Wak. Bila aku toleh, aku tak nampak lagi datuk tua tu...
Rudy Djoharnaen
Singapura






Thursday, November 29, 2007


Lihat itu si kucing

sedang menari-nari

tango

rumba

mambo

cha cha

menari-nari

sepanjang hari...

Rudy Djoharnaen

Singapura

Monday, November 26, 2007

"Begitulah hilangnya cinta," kata lelaki itu. "Pabila kita membentangkan persyaratan dan aturan bila cinta seharusnya atau tidak seharusnya tiba."

(The Zahir, Paulo Coelho)

Friday, November 23, 2007

Seniman S.Kadarisman

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Aku seorang peminat filem-filem Melayu klasik, lebih-lebih lagi keluaran MFP Shaw dan Cathay Keris. Kedua syarikat gergasi ini telah melahirkan para Seniman dan Seniwati yang sangat bermutu tinggi lakonannya. Tambahan pula mutu cerita para pengarahnya.

Salah seorang pelakon yang aku kagumi ialah Almarhum Seniman S.Kadarisman. Beliau mempunyai kelebihan berlakon pelbagai watak, terutama sekali watak bengis dan jahat. Watak ini mampu dijayakannya, sehingga boleh menimbulkan rasa benci. Selain beliau, Seniman A.Rahim, Salleh Kamil dan Mahmud Jun juga boleh membawakan watak tersebut.

Aku ingin berkongsi sedutan filem 'Lubalang Daik' keluaran MFP 1962 dimana ia menunjukkan lakonan S.Kadarisman yang sangat berkesan. 'Scene' yang aku sifatkan sebagai scene 'interrogasi' ini berfokus ke arah beliau sebagai Demang, didukung pula oleh kelebihan para pelokan handalan bagi 'scene' filem itu; Aziz Jaafar, Zainon Fiji, A.Rahim (yes! A.Rahim), Rosnani dan Sarimah yang jelita (I like...hehe)



S.Kadarisman adalah seniman yang tidak ada tolok bandingnya. Sukar untuk dicari ganti. Cintanya yang mendalam terhadap seni dapat aku rasakan. Almarhum meninggal dunia pada 1989.

Semoga rohnya sejahtera di alam sana.

"Masa saya berlakon bangsawan dulu, upah saya hanya 20 sen saja. Tapi saya tetap berbangga bila mana penonton berdiri dan bertepuk tangan selepas selesai lakonan kami pada hari itu." S.Kadarisman.


Rudy Djoharnaen
Singapura

Tuesday, November 20, 2007

Kisah Cinta (Love Story)



Biduan Sugiman Jahuri adalah yang pertama merakamkannya dalam versi Melayu pada 1971. Lagu ini asalnya dari Andy Williams.


Rudy Djoharnaen
Singapura

Band-band lagenda Dunia Muzik Melayu

Discovery, Carefree, Revolvers, Black Dog Bone, Gingerbread, Sweet September, Point Blank, Atomic Power, Flybaits, Sweet Charity, Alleycats dan macam-macam lagilah.



Tiap Yang Mula - Alleycats



Hatiku Kau Guris Luka - Sweet September

Sunday, November 18, 2007

sepi


sepi itu api

sepi itu rindu

usahlah kau biarkan

sepi itu membakar aku...

Rudy Djoharnaen
Singapura

Friday, November 16, 2007

Pengumuman

Sudah lebih setahun aku menulis blog dalam bahasa Melayu. Kini, aku bukalah blog Inggeris.

www.who-is-this-writing.blogspot.com

Silalah. Jangan malu-malu. :)

Rudy Djoharnaen
Singapura

Wednesday, November 14, 2007

Seribu Janji



presentasi Visual+Vokal


Rudy Djoharnaen
Singapura

Tuesday, November 13, 2007

InsyaAllah Tahun Depan.

Masanya akan tiba pada tahun depan, InsyaAllah. Rasanya seperti tak sabar. Tapi Susy menasihatkan aku supaya bertenang dan membuat perancangan awal dan terperinci. Inilah diantara impian kecilku, yang akan ku kongsi bersama mereka yang menghargai.

Thanks Susy! kerana sedia membantu.

InsyaAllah.

Rudy Djoharnaen
Singapura
" Hatiku takut ia akan jadi merana." kata budak itu pada Sang Alkemis di suatu malam tatkala mereka mendongak ke arah langit yang tidak berbulan.



"Katakanlah pada hatimu bahawa takut pada kesengsaraan itu lebih buruk dari kesengsaraan itu sendiri. Dan tiada seketul hatipun yang tidak pernah sengsara pabila ia pergi mencari impiannya, kerana setiap saat pencarian itu adalah saat ia bertemu Tuhan dan keabadian."


(Sang Alkemis: Paul Coelho)

Sunday, November 11, 2007

Biduan Matt Monro (1930-1985)



Keindahan suaranya membuat aku menjadi peminat Biduan ini. Aku diperkenalkan pada Matt Monro oleh seorang kenalan Inggeris yang meminati pada lagu-lagu balada. Aku memang gemar pada penyanyi kategori 'crooners'. Cara nyanyian itu bisa menusuk ke dalam hati pada mereka yang gemar mendengarnya. Seorang 'crooner' sering diiringi orkestra. Memang sesuai kalau diiringi sedemikian. Matt Monro terkenal dengan lagu tema Bond 'From Russia with Love' dan juga 'Born Free'. Mendiang berpulang pada 1985.

Lagu 'The Music Played' ini diantara kegemaranku. Ismail Haron pernah merakamkannya dalam versi Melayu pada 1969.

Sukar untuk kita ketemukan penyanyi sedemikian pada era kini.

Friday, November 09, 2007

"Mengapa kita harus mendengarkan suara hati kita?" tanya si anak, ketika mereka mendirikan khemah pada hari itu.

"Sebab, di mana hatimu berada, di situlah hartamu berada."



(Sang Alkemis: Paulo Coelho)

SUATU MASA

Sebuah konsert berjudul 'FACADE', 2005 oleh Orkestra Melayu Singapura Belia (OMS Belia) menampilkan para pemuzik belia yang berbakat. Aku diundang untuk menjayakan konsert ini dengan dendangan lagu 'SUATU MASA'. aku memang suka pada muzik orkestra kerana kemantapan hasil muziknya, lebih lebih lagi alat biola dan pianonya.

FACADE telah diadakan di Auditorium Persatuan Rakyat, Singapura (P.A Auditorium).

Terima Kasih pada Zoul di atas sumbangan video ini.


Dendangan asal oleh M.Nasir, 1980.


Rudy Djoharnaen
Singapura

Tuesday, November 06, 2007

Friday, November 02, 2007

Zapin

Zapin masuk ke nusantara sejalan dengan berkembangnya agama Islam sejak abad ke 13 Masehi. Para pedagang dari Arab dan Gujarat yang datang bersama para ulama dan senimannya, menelusuri pesisir nusantara. Di antara mereka ada yang tinggal menetap di tempat yang diminati, dan ada pula yang kembali ke negeri mereka setelah perdagangan mereka usai. Bagi yang menetap kemudian menikahi penduduk setempat dan berketurunan hingga kini.


Zapin Arab oleh Persatuan Arab, Singapura

Zapin, salah satu dari kesenian yang dibawa para pendatang tersebut kemudian berkembang di kalangan masyarakat pemeluk agama Islam. Sekarang kita dapat menemukan zapin hampir di seluruh pesisir nusantara, seperti: pesisir timur Sumatera Utara, Riau dan Kepulauannya, Jambi, Sumatera Selatan, Bangka Belitung, Bengkulu, Lampung, Jakarta, pesisir utara-timur dan selatan Jawa, Nagara, Mataram, Sumbawa, Maumere, seluruh pesisir Kalimantan, Sulawesi Selatan, Sulawesi Tengah, Gorontalo, Ternate, dan Ambon. Sedangkan di negara tetangga terdapat di Brunei Darussalam, Malaysia dan Singapura.


Zapin Melayu oleh Teater Tari Era, Singapura

Di nusantara, zapin dikenal dalam 2 jenis, yaitu zapin Arab yang mengalami perubahan secara lamban, dan masih dipertahankan oleh masyarakat turunan Arab. Jenis kedua adalah zapin Melayu yang ditumbuhkan oleh para ahli lokal, dan disesuaikan dengan lingkungan masyarakatnya. Kalau zapin Arab hanya dikenal satu gaya saja, maka zapin Melayu sangat beragam dalam gayanya. Begitu pula sebutan untuk tari tersebut tergantung dari bahasa atau dialek lokal di mana dia tumbuh dan berkembang. Sebutan zapin umumnya dijumpai di Sumatera Utara dan Riau, sedangkan di Jambi, Sumatera Selatan dan Bengkulu menyebutnya dana. Julukan bedana terdapat di Lampung, sedangkan di Jawa umumnya menyebut zafin. Masyarakat Kalimantan cenderung memberi nama jepin, di Sulawesi disebut jippeng, dan di Maluku lebih akrab mengenal dengan nama jepen. Sementara di Nusatenggara dikenal dengan julukan dana-dani.

(Seniman Tari Tom Ibnur)


Rudy Djoharnaen
Singapura

Rock Tradisional.

Pabila Rock Melayu bertemu Tradisional Melayu, hasilnya sedemikan rupa.


Sharifah Aini & Fotograf

Rakaman Asal Fotograf dibawah:




Rudy Djoharnaen
Singapura

Aku ingin damai...

Aku telah melancarkan peperangan dari kebodohan fikiranku. Kerana hatiku yang kotor dengan prasangka buruk dan iri maka bodohlah fikiranku. Pedang itu telah aku tujukan kearah mereka. Walhal peperangan itu tidak berbalas kerana mereka tidak bersalah apa apa. Mengapa aku dicengkam cemburu dan sakit hati? Mengapa aku berdendam tanpa mengenangkan kebaikan dan ketulusan hati mereka. Dan aku terus dicengkam keburukan munafik dan tidak bisa meloloskan diri. Sepanjang masa aku mengasingkan diri untuk terus berperang, tibalah dari satu sudut hati kecilku berkata. “ Janganlah begitu dan berdamailah, engkau yang tolol. Engkau yang salah.” Namun kesombongan telah menegah aku untuk berdamai. Ini kerja gila. Mengapa aku ingin gila sebelum ditakdirkan? Aduhai, aku bersalah! Sangat benar itu. Sangat benar itu. Sangat benar itu. Dan kini pedang itu akan aku musnahkan...

Aku pohon maaf dengan sangat…

Aku pohon kasih dengan sangat…

Aku pohon silaturrahim dengan sangat…

Damai…

Damai…

Damai…

Aku tidak mahu berperang lagi…


Rudy Djoharnaen
Singapura

Tentang Anak-Anak

Dan seorang ibu yang sedang menggendong anaknya berkata,
Bicaralah pada kami tentang anak-anak

Lelaki itu pun bersabda,
Anak-anakmu bukanlah anak-anakmu
Mereka adalah putra-putri kehidupan
Yang mendambakan kehidupannya sendiri
Mereka datang melalui kamu tapi tidak darimu
Dan meskipun mereka bersama kamu namun bukanlah milikmu
Engkau boleh memberi cintamu namun tidak kehendakmu
Engkau boleh merumahkan raga-raga mereka
Namun tidak bagi jiwa mereka
Kerana jiwa mereka ada di masa hadapan
Yang tidak boleh engkau kunjungi walaupun dalam mimpi-mimpimu
Engkau boleh menjadi seperti mereka
Tetapi usah cuba menjadikan mereka sepertimu
Kerana kehidupan tidaklah kebelakang dan tidak pula berada di masa lalu

Engkau ibarat busur-busur
Dan anak-anakmu meluncur seperti anak panah
Sang Pemanah membidik seseorang yang sangat jauh
Lalu Dia melenturkan busur itu dengan kekuatan-Nya
Agar anak-anak panah itu dapat meluncur dengan pantas dan jauh
Jadikanlah tarikan tangan sang pemanah itu sebagai kegembiraan
Sebab ketika ia mencintai anak-anak panah yang terbang,
maka ia juga mencintai busur yang teguh dengan kudratnya.


Khalil Gibran

Saturday, October 27, 2007

Memori Cinta

Seorang teman rapat telah memperdengarkan aku lagu Allahyarham Syed Anaz ketika aku mengunjunginya untuk beraya. Sudah lama aku tidak dengar lagu dari penyanyi yang digelar Boy George Malaysia pada era 80an dahulu. Teringat aku pada rancangan HMI gandingan Allahyarham dan Mazuin hamzah yang di'rekod' ke pita video oleh kakak. Pita tu dah lama dibuang sejak kami berpindah ke Jurong. Allahyarham meninggal pada usia 42 tahun. Semoga rohnya sejahtera di alam sana. Amin.




Syed Anaz

Monday, October 15, 2007

Salam Dunia...


Dendangan asal oleh M.Nasir

Suara tangis yang kau dengar
Memecah hari kudus ini
Adalah aku mengenang pemilikmu

Kita pohon kemenangan
Meroboh kota keakuan
Ini saatnya yang kunanti-nanti

Mereka yang dilanda derita
Redhalah harimu kan tiba
Cahaya kekasih yang benar
Menghapus segala api kemarahan

Salam Dunia
Salam semua
Salam Hari Raya
Bersinar akhirnya
Salam dunia
Salam semua
Salam Hari Raya
Bersinar akhirnya

Inilah hari kita
Tiada lagi rasa ketakutan...






Rudy Djoharnaen
Singapura

Saturday, October 13, 2007

Salam Lebaran.



imipian yang murni

hingga menjadi kenang-kenanganku

hanya rangkaian kata dengan lagu

dendang perantau...

Rudy Djoharnaen
Singapura

Friday, October 12, 2007

Selamat Tinggal Teman.

Hello Teman,

Masa berlalu begitu singkat. Kini kau dah nak pergi. Dulu waktu kau datang, aku tak tak begitu ambil kisah. Dan bila kau pergi pun aku tak rasa sedih sedikitpun. Yang aku tahu cuma buat apa yang patut dan hooray-hooray bila kau nak pergi. Tahun demi tahun aku tetap begitu juga. Tapi kali ini bila kau datang aku happy, walau masih juga degil. Sepanjang bersamamu aku cubalah sedikit demi sedikit menabur amalan. Sehingga dipertengahan waktu itu baru aku cuma perbanyakkan. Cuba mantapkan apa yang wajib dan buat lebih-lebih apa yang sunnah. Itikaf dan qiyam di rumah Allah membuat aku sedar betapa bodoh, sombong, miskin dan daifnya diri. Bodoh kerana tidak begitu berilmu, sombong sebab tak kuasa mencari ilmu, miskin kerana kurang berilmu dan daif kerana kecilnya aku sebagai seorang insan. Aku ini banyak dosa dan selama ni tak kesah kalaupun aku banyak dosa.

Pada suatu malam di sebuah masjid fikiran aku 'flashback' segala itu dan aku pun menangis bila mengikut imam yang menyelenggarakan solat Taubat, buat pertama kalinya aku menangis kerana itu. Setelah solat aku baca doa dan istighfar Baginda Nabi Adam a.s yang diajarkan oleh seorang Ustaz. Semoga Allah merahmati beliau. Bila aku baca aku menangis. Macamana agaknya perasaan dan keadaan Baginda bila melafazkan doa itu ye? Alhamdulillah, itikaf itu bermakna bagi aku. Kini kau dah nak pergi. Bila jumpa lagi? Aku rasa macam belum cukup aku beramal. Sedihlah friend. Tapi aku happy sebab pertama kali aku dapat solat teraweh sepanjang aku bersama kau. Semoga Allah izinkan aku ketemu dengan kau lagi ya.

Kalau boleh aku nak teruskan amalan sehingga kau kunjung jelma lagi. Aku perlukan support dari members-members baik yang punya niat yang sama. Perjalanan aku banyak liku-likunya. Ya Allah, kau ampunkanlah dosa-dosaku, ibu bapaku, saudara maraku, para sahabatku dan guru-guruku. Kau rahmatilah kami dan lembutkanlah hati kami untuk beriman padaMu. Terimalah amal ibadah kami walau sekecil manapun. Sesungguhnya kau Maha Pengampun dan Maha Pengasih. Amin.

Sampai jumpa lagi Teman.

Rudy Djoharnaen

Sunday, October 07, 2007

Lebaran

Ini lagu raya yang aku rasa diantara yang paling groovy. Rentak disko yang menarik. Kali terakhir aku bertemu dengan M.Ramlee 2 tahun lalu di perjumpaan raya Masjid Darussalam.



M.Ramlee 1977

Manusia Miskin Kaya

Sebuah lagu rakaman awal 70an yang aku gemari.



Eddy Nor Ali

Tuesday, October 02, 2007

Countdown bermula...

Kini telah tiba 10 malam terakhir. Semoga semakin teguh perjuangan, demi kemantapan iman. Semoga kalian menjadi insan yang bertaqwa dan memperoleh malam indah yang menjadi kurniaan Tuhan yang Maha Agung. Semoga keampunan dan rahmatNya untuk kita semua. Ayuh kita cari bersama kerana malam itu memberi ganjaran keindahan bak seribu purnama.




Rudy Djoharnaen
Singapura

Sunday, September 30, 2007

Do'a / Istighfar Nabi Adam a.s

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang

"Wahai Tuhan kami, kami telah berbuat zalim ke atas diri kami sendiri, jika tidak Engkau ampuni kami dan rahmati kami, niscaya kami termasuk golongan orang yang rugi".

Rudy Djoharnaen
Singapura

Lagu Raya

Kalau tiada lagu ini, seperti tak sah meriahnya suasana hari raya. Lagu ini menjadi salah satu pembuka perayaan lebaran Aidilfitri dan sangat popular dahulu. Sehingga kini juga masih diminati. Disini aku muatkan 2 versi. Versi pertama yang dikenali ramai adalah versi awal 70an. yang kedua adalah yang asalnya di awal 60an. Biduanitanya tidak perlulah aku perkenalkan lagi. Pasti ramai yang tahu.

Versi 1


Versi 2



Almarhumah Salmah Bte Ismail (Saloma)

Rudy Djoharnaen
Singapura

Saturday, September 29, 2007

Dalam Diri


Rafeah Buang

Dimanakah iman yang teguh
taqwamu tergugat separuh
dalam solat tiada khusyuk
berkhayal mimpi dalam ruku'

selembut belai gadis ayu
syaitan memujuk merayumu
kau turuti kelembahnya
tanpa sedar dirimu ternoda

musnahlah amalan
runtuh penghormatan
kerana dosa yang sititik
menangis menyesal
iblis tertawa kemenangan

dimanakah iman yang teguh
jiwa luhur tenteram selalu
dalam diri kau temui
terkumpul di segumpal hati...
Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Umatku telah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka. Bau mulut daripada seorang Islam yang berpuasa adalah terlebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi. Ikan-ikan di lautan memohon istighfar (keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa".

Suara Takbir - P.Ramlee

Sedikit demi sedikit akan aku muatkan beberapa lagu hari raya kegemaranku. Diantaranya telah lama tidak kedengaran kerana usianya yang begitu klasik, seperti lagu di bawah ini.



Rudy Djoharnaen

Friday, September 28, 2007





Kenangan semalam kembali lagi pabila aku menunaikan solat terawih di sebuah masjid kecil di Lorong Liput malam tadi. Masjid Kampung Holland, itulah namanya. Waktu aku kecil dulu, arwah bapak pernah menyajakku ke Masjid ini untuk solat terawih. Masjid ini tidak jauh berubah. Jam dinding dari zaman 70an masih lagi berfungsi. Kitab-kitab lama yang kekuningan tersusun rapi di atas para-para. Masjid ini menampung sejumlah jemaah yang kecil. Tenang sekali aku rasakan pabila berjemaah di Masjid lama ini.

Rudy Djoharnaen
Singapura

Sunday, September 23, 2007

Nama-namaNya yang Terbaik

Katakanlah: "Serulah Allah atau serulah Ar-Rahman. Dengan nama yang mana saja kamu seru, Dia mempunyai al asmaa'ul husna (nama-nama yang terbaik) dan janganlah kamu mengeraskan suaramu dalam salatmu dan janganlah pula merendahkannya dan carilah jalan tengah di antara kedua itu" - (Al Israa': 110)

Asma Ul Husna

Panti Asuhan

Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:”Orang-orang yang bertanggungjawab mengurus anak yatim, baik dari keluarga sendiri atau tidak, maka aku dan dia seperti dua ini di syurga kelak.” Dan baginda memberi isyarat dengan merapatkan jari telunjuk dan jari tengah (ertinya berdekatan).”


Hetty Koes Endang

Tuesday, September 18, 2007

Tuhan

Dendangan asal kumpulan TRIO BIMBO dari Indonesia pada tahun 70an. Lagu ini popular di Indonesia dan Singapura pada waktu itu. Bersama kawanku Indra Hamzah, seorang penyanyi dari Singapura, kami menyanyikan semula lagu ini dengan sentuhan kamis sendiri dalam satu persembahan bulan Ramadhan untuk Tabung Amal Aidilfitri pada 2005. Renungkanlah senikata yang meluahkan rasa kasih dan pengharapan dariNya yang Rahman dan yang Rahim...



Tuhan
Tempat aku berteduh
Di mana aku mengeluh
dengan segala peluh

Tuhan
Tuhan yang Maha Esa
dimana aku memuja
dengan segala doa

Aku jauh Engkau jauh
Aku dekat Engkau dekat
Hati adalah cermin
tempat dosa dan pahala
bertaruh

Tuhan
Tuhan Yang Esa
Dimana aku memuja
dengan segala doa...


Rudy Djoharnaen
Singapura

Friday, September 14, 2007

Kisah Ramadhan kira-kira 21 tahun lalu...

"Oi, kau tak puasa eh?"

"puasalah"

"cakap betul-betul."

"yelah..puasa, mak"

"jangan bohong, bohong kan?"

"....puasa...betol.."

"abih tu..apasal epok epok ni setengah aje...kau curi curi makan kan?"

"takdelah"

"mak tau kau tak puasa..sebab mak kira epok epok ni...jangan bohong."

"...rudy laparlah..."



dipendekkan cerita, aku 'diharamkan' oleh Mak makan bersama keluarga pada waktu berbuka. Tak dapatlah aku jamah bubur suro panas panas...padan muka aku...begitulah kisahnya waktu umur 6 tahun

Thursday, September 13, 2007

Amalan Suci

Di kala senja sering kedengaran lagu rentak Melayu tradisional nyanyian Biduan Frankie Cheah ini. Lagu ini dirakam olehnya pada awal 70an. Kerana minatnya pada lagu Amalan Suci ini, aku rakamkan semula dengan intrepretasiku sendiri dan aku kongsi untuk semua. Senikatanya yang bermakna sangat bersesuaian pada bulan puasa ini.



Amalan suci yang tiada meminta balasan
perjuanglah kita dengan penuh oh keikhlasan
Pencipta Alam akan tersenyum memandang
pada kita yang disebut insan

kemerdekaan yang diberi oh insan padamu
gunakanlah dengan oh ya bakti oh sucimu
siapa yang hidup tanpa berbakti berjuang
sama dengan oh mayat berjalan

pandangi alam yang sungguhnya indah
bukan setakat dipuji dipuja
tapi untuk kita mencari membongkar isinya

amalan suci tiadalah oh tuan tercinta
kalau belum kita oh berjuang dan berusaha
untuk berkembang menjadi insan sempurna
amal ilmu iman pasti ada...

Rudy Djoharnaen
Singapura

Kepadamu Kekasih

Ramadhan Al Mubarak sudah tiba, Alhamdulillah. Dan ingin sekali ku berkongsi lagu di bawah, yang aku nyanyikan pada Ramadhan dua tahun lalu, bersama dua orang teman. Persembahan ini untuk Tabung Amal Aidilfitri 2005 yang diadakan di Geylang Serai, Singapura.

Sempena bulan mulia ini ingin sekali aku pohon maaf segala salah silapku dalam menulis di blog ini. Kepada para sahabat dan kenalan, juga aku pohon maaf lahir batin. Semoga Rahmat Illahi dicurahkan untuk kita semua.




KepadaMu Kekasih
Aku berserah
Kerana ku tahu Kau lebih mengerti
Apa yang terlukis di cermin wajahku ini
Apa yang tersirat di hati
Bersama amali

KepadaMu Kekasih
Aku bertanya
Apakah Kau akan menerimaku kembali
Atau harus menghitung lagi
Segala jasa dan bakti
Atau harus mencampakku ke sisi
Tanpa harga diri

Hanya padaMu Kekasih
Aku tinggalkan
Jawapan yang belum ku temukan
Yang bakal aku nantikan
Bila malam menjemputku lena beradu

KepadaMu Kekasih
Aku serahkan
Jiwa dan raga
Jua segalanya
Apakah Kau akan menerima penyerahan ini
Apakah Kau akan menerimaku
Dalam keadaan begini...


Rudy Djoharnaen
Singapura

Sunday, September 09, 2007

Maafkan Aku kerana Diam.

Aku minta maaf sekiranya senyapku selama ini menyinggung hati. Aku minta maaf jika diamku tanpa berita ini melahirkan rasa kurang senang. Diamku punya beberapa sebab dan aku rasa tidak perlulah aku ceritakan. Aku tidak sekali-kali ingin memutuskan silaturrahim. Kalau sifatku dianggap bodoh dan kebudak-budakkan, aku minta maaf. Akan aku berhubung semula dalam waktu terdekat ini. Selamat Menyambut Bulan Ramadhan dan Selamat Berpuasa.

Rudy Djoharnaen
Singapura

Saturday, September 08, 2007

Kurnia Tuhan Pada seorang anak kecil.



Melihat pada anak kecil yang sedang mewarnakan goresan keretapi itu, aku jadi sangat kagum. Kecerdasan dan ketajaman akalnya melebihi anak-anak muridku yang lain. Sedang mereka berhati-hati dalam melukis agar tiada kesalahan, anak istimewa ini dengan santainya menggores gambar keretapi dan mawarnakannya merah. Dia mudah menangkap contoh goresan dan lukisan yang ku tunjukkan dalam kelas. Inilah kurniaan Tuhan yang menjadi kelebihan anak ini. Anak istimewa ini telah membuka mataku pada realiti kehidupan dan kebesaran Tuhan yang seringkali aku lupakan. Dan Tuhan itu Maha Adil dan Bijaksana.

Kadangkala kita memandang mereka yang istimewa ini berkelakuan bodoh dan gila. Padahal kitalah yang bodoh dan gila. Apa bezanya mereka dan kita?

Rudy Djoharnaen
Singapura

Friday, September 07, 2007

Mak dan Arwah Bapak


Nah, satu lagi foto nostalgia yang begitu berharga. Mak dan Arwah Bapak angkatku. Aku dipelihara oleh mereka ketika aku masih bayi lagi. Jasa itu aku akan kenang sampai mati. Mak masih ada lagi, dan akan aku balas baktinya. Boleh tahan, tampan juga arwahnya masa muda.Ada iras-iras rupa Seniman Aziz Jaafar. Gambar ini diambil di tahun 60an.

Mak orangnya pendiam. Arwah Bapak garang tapi menurut Mak, akulah anak yang paling dia sayang dan manjakan. Mummy juga pernah beritahu Arwah jadi marah bila mummy menjentik tanganku kerana main api, seingat akulah. Walhal, Mummy itu ibu kandungku sendiri. Betapa kasihnya dia padaku. Arwah juga suka menyanyi. Diantara lagu kegemarannya ialah 'Hati Ke Hati' oleh Rafeah Buang dan R.Ismail. Lagu ini sempat aku muat turun ke dalam imeem.com di bawah.



Arwah meninggal 2 tahun lalu pada bulan Ramadan, seminggu sebelum Syawal. Tiga hari sebelum dia pergi, dia memegang tanganku dan berkata "Bapak mati pun kat tangan kau jugak..." Sungguh benar kata-katanya kerana akulah yang menandatangani segala dokumen kematiannya. Namaku tercatit di sijil kematian. Itulah yang aku rasa maksud kata-kata arwah. Sepanjang proses mengurus jenazah dan pengkebumian aku tenang saja. Namun aku menangis sepanjang malam setelah itu sehingga sahur. Semoga arwah sejahtera di alam sana. Amin.

Rudy Djoharnaen
Singapura

Foto Lama



Semalam bila aku bersihkan gerobok baju, terjumpa pula album lama dari kampung. Belek punya belek, ternampak foto arwah Nyai Kamisah. Cantik juga orangnya, macam seniwati filem 50an. Mummyku ada juga menyimpan salinan dalam bentuk lukisan potret arwah. Kasihan, nyai meninggal ketika Mummy masih kecil dan Mummy tak pernah melihat wajahnya. Hanya gambar dan lukisan saja menjadi kenangan. Semoga arwah sejahtera di alam sana. Amin.

Rudy Djoharnaen
baru terjaga dari lena
"Oi! Cepat-Cepat mandi lepas tu sembahyang."
kedengaran suara mak
oh...hari ini hari jumaat!
kena pergi masjid solat.

Rudy Djoharnaen
Singapura

Thursday, September 06, 2007

Tuesday, September 04, 2007

Monday, September 03, 2007

\ \ \ \ \ \ \ \\ \
\ \ \ \ \ \\ \ \ \ \
\ \ \ \\ \\\\ \\
\\\\\ \\\ \ \ \ \ \ \ \
\ \ \ \ \ \ \ \ \ \ \\\\ \
~~ ~~~~~~ ~~~ ~~~~~ ~~~~~~~

kebasahan akibat disirami hujan
mataku merenung dalam khayalan
kedengaran melodi air hujan

Rudy Djoharnaen
Singapura

Saturday, September 01, 2007

Warna-Warni- Indra Shahril dan rakan-rakan

Lagu kanak-kanak yang popular pada tahun 70an. Indra Shahril merupakan anak kepada Biduanita Nona Asiah. Kini beliau seorang pemuzik.

Friday, August 31, 2007

SELAMAT HARI GURU!

1 September kami menyambut Hari Guru. Kepada guru-guru yang banyak bersabar dengan karenahku di sekolah, jasa kalian tetapku kenang. Bukan senang hendak jadi guru kerana guru adalah penyampai ilmu yang sangat berharga, tidak kira ilmu dunia atau akhirat. Terima kasih Cikgu! Thank you Teacher!


Selamat Pagi Cikgu-EddyNor Ali

Di sini
tempat aku menunggu kawan
kawan sama-sama sekolah
sama-sama belajar

sampai sekolah
kami riang selalu
berjumpa guru
Selamat pagi Cikgu

Sekolah
tempat aku menuntut ilmu
membaca menulis mengira
dengan panduan guru

Marilah kita kawan
usaha selalu
hormatlah guru
Selamat Pagi Cikgu...

1971

Rudy Djoharnaen
Singapura

Thursday, August 30, 2007

sedangkan gajah berkaki empat
kadangkala tersandung jatuh terlipat.

Wednesday, August 29, 2007

Aneka Loghat- Rahim Hamid, Siti Tanjung Perak, Umi Kalsom, Wahid Satay

Sebuah lagu yang menarik dendangan para penyanyi tertulis diatas. Almarhum Rahim Hamid adalah ayah kepada Rahimah Rahim dan seorang penyanyi, penggubah lagu dan pemuzik. Beliau juga pernah berlakon. Almarhumah Siti Tanjung Perak (Mak Iti) adalah Seniwati filem dari tahun 40an. Lakonan lucu beliau yang dapat saya ingat adalah dalam filem 'Bujang Lapok'. Umi Kalsom adalah ibu kepada penyanyi Noorkumalasari dan seniwati filem keluaran Cathay Keris. begitu juga Seniman dan pelawak Wahid Satay.


...kita sesama kita...ucap satu bahasa...

Rudy Djoharnaen
Singapura

Tuesday, August 28, 2007

Merpati Dua Sejoli- P.Ramlee & Momo Latiff

Sebuah lagu 50an yang 'kiut-miut'. Momo Latiff adalah Biduanita yang wajar dihargai di persada muzik Melayu. Masih lagi sihat walafiat. You go Nek Momo!

Monday, August 27, 2007

"...pabila cinta memanggilmu... ikutilah dia walau jalannya berliku-liku... Dan, pabila sayapnya merangkummu... pasrahlah serta menyerah, walau pedang tersembunyi di sela sayap itu melukaimu..." (Kahlil Gibran)

Sunday, August 26, 2007

Biduanita Julie Sudiro

Suara yang masih 'soulful' dan 'jazzy'. Tabik kepada Julie Sudiro.





Rudy Djoharnaen
Singapura

Saturday, August 25, 2007

Biduan Ahmad Jais

Respect! Respect! Walau sudah usia senja suara tetap maintain, datuk! Kasut putih pun maintain.






Rudy Djoharnaen
Singapura

Friday, August 24, 2007

Biadabnya

Wahai saudara,

kau orang terpelajar

kau orang bijak pandai

didikan orang tua tentu sempurna

tentu dah dilentur dengan baiknya

mengapa bersikap sedemikian rupa

apa akalmu tiada lagi berguna?

mengapa tidak tahu erti hormat

mengeluarkan kata tiada cermat

dimana adabmu? celupar sekali mulutmu

sudahlah...apa yang kau belajar

dari orang tuamu tak berguna...sia sia

Walau disepuh emas lancung, kilat tembaga tampak juga.


Rudy Djoharnaen
Singapura

Lagak Berani- Aziz Sattar & Momo Latiff

Lagu dari filem 'Hantu Jerangkung'keluaran MFP, Shaw Singapura.





Rudy Djoharnaen
Singapura

Thursday, August 23, 2007

Siapa dia?

Siapa dia?

cantik menawan

keluar berjalan

Bagai bulan penuh

mengambang di kaki awan.


Rudy Djoharnaen
Singapura

Wednesday, August 22, 2007

Dialog

"Pakcik bukannya manusia! Tetapi pakcik adalah syaitan bertopengkan manusia! Pakcik sanggup mempertaruhkan anak untuk bermain judi ya?! Tahukah perbuatan pakcik itu akan menyebabkan persundalan disisi masyarakat?! Pakcik sanggup memukul Ajis ya? Pakcik sanggup memukul Ajis. Jikalau tidak ada Ajis, anak pakcik akan mati didalam sungai dan pakcik akan dituduh menjadi pembunuh tau!!!"

Dari Filem 'Bujang Lapok' (1959). babak dimana Ramlee (P.Ramlee) membalas pukulan Pakcik (M.Babjan) kepada Sapiah (Dayang Sofiah). Pakcik terjatuh lalu Ramlee membasuhnya dengan dialog diatas. Sapiah diselamatkan oleh Ajis (Aziz Sattar)dari percubaan bunuh diri kerana tidak sanggup dijual oleh Pakciknya demi membayar hutang judi.

Filem Bujang Lapok adalah keluaran MFP, Shaw, Singapura

Rudy Djoharnaen
Singapura

Monday, August 20, 2007

“Bila giliran engkau, dy?”

Semalam mummy berbicara tentang kahwin
Maklumlah kebetulan ada walimatul urus
Majlis persandingan sepupuku
Alhamdulillah, keduanya sama cantik, sama padan
Bak pinang dibelah dua, tersenyum keriangan
“Bila giliran engkau, dy?”
“Dah ada yang suka, bilang mummy aje?”
“Ni Apa penyakit ni mummy?”
“Kenapa tanya” sambil ku tertawa
“Yelah, kau kan anak bujang mummy satu-satunya”
“Habis tu?”
“Adik kau pun dah nak kahwin tu…”
Pandai betul mummy mengajukan soalan
cepu emas di waktu yang bertepatan
Aku mengerti harapannya
Tapi apakan daya diri belum berpunya
Ada juga yang hatiku tertawan
Tapi belum lagi hendak berkasih-kasihan
Demi masa, ingin ku tahu isi hatinya
kaca atau permata
kilau intan atau sekadar pasir di tepi jalan
Semoga suatu hari hajat mummy terkabul
Pabila pintu kasihku diketuk
Oleh jodoh yang tepat dan cocok
Bak Sirih, pulang ke gagang
Pinang pulang ke tampuk…

Sunday, August 19, 2007

Friday, August 17, 2007

Gubahanku

Pada zaman mudanya, ibu yang kupanggil mammy sangat gemar dengan lagu balada indonesia ini.


Broery Marantika & Anna Mantovani

Ku tuliskan lagu ini
ku persembahkan padamu
walaupun tiada indah
syair lagu yang ku gubah

ku ingatkan kepadamu
akan janjimu padaku
hanyalah satu pintaku
jangan kau lupakan itu

walau apa yang terjadi
tabahkan hatimu selalu
jangan sampai kau tergoda
mulut manis yang berbisa

setahun kita berpisah
sewindu terasa sudah
duhai kasih pujaanku
cintaku hanya padamu...

Rudy Djoharnaen
Singapura

Hujan pagi ini


jam 8.23pagi

di barat Singapura

hujan turun dengan lebatnya

tetesan air yang berjuta-juta agaknya

diiringi angin sejuk yang menderu

dalam suasana yang kelabu

nampaknya terkabul doa hamba

walau terpaksa berpayung dan berlari

sempat juga memetik gambar pagoda taman Cina...


Rudy Djoharnaen
Singapura

Wednesday, August 15, 2007

SEBESAR mana dirimu

s e l u a s mana hartamu

s
e
d
a
l
a
m mana ilmumu

dalam dunia ini

yang bak huruf O

kau

aku

mereka

segalanya

hanyalah setetes air

di dalam lautan yang luas adanya


apakah aku sedia memikirkannya?



apakah aku sedia menelan artinya?



apakah aku sedia menerimanya?



apakah aku bersedia?



wallahualam.



Rudy Djoharnaen
Singapura

Sunday, August 12, 2007

Hujan




Sudah beberapa hari panas terik. Hujanlah sedikit...tetesan air bak mutiara dan airmata...bersama pedih dan rindu...

kau datang dan kau pergi jua..rindu... lagi.



Al-Fatihah
Almarhum Sudirman
1954-1992





Rudy Djoharnaen
Singapura

Friday, August 10, 2007

japan-jalan dalam Satu Jalan




kita punya jalan sendiri

jalanmu mungkin berlainan dengan jalanku

apakah sama seekor agas dengan seekor gajah?

jalan aku, jalan engkau dan jalan mereka

di dalam Jalan yang Satu

semoga jalanku, jalanmu dan jalan mereka

adalah jalan yang dirahmati

di dalam Jalan yang Satu

Insyaallah.

Alhamdulillah.



Rudy Djoharnaen
Singapura

Thursday, August 09, 2007

Berkorban Apa Saja- P.Ramlee

Almarhum ayah angkatku gemar dengan lagu ini. Teringat pula masa kanak-kanakku beliau akan bernyanyi pada masa santainya sambil menghisap gudang garam. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Amin.



Berkorban apa saja
harta ataupun nyawa
itulah kasih mesra
sejati dan mulia

kepentingan sendiri
tidak diingini
bahgia kekasih
saja yang diharapi

untuk mencari bukti
kasih yang sejati
itulah tandanya
jika mahu diuji

Rudy Djoharnaen
Singapura

Wednesday, August 08, 2007

Diam...

Rasanya bibirku

terlalu banyak berbicara

kata-kata yang tak berguna

sehingga mungkin membingitkan telinga

benci melihat diri

mengapakah aku begini?

Mungkin diam itu lebih baik...


Rudy Djoharnaen
Singapura

Sunday, August 05, 2007

SELAMAT HARI JADI SINGAPURA!


Lukisan oleh anak murid, Tan Wee Joe. Teacher Rudy is proud of you, kid!

Sunday, July 29, 2007

Entah, Entah, Entah

Sebuah lagu Spanish 'Quizás, Quizás, Quizás' yang diberi sentuhan senikata Melayu.
Lagu asalnya ciptaan Osvaldo Farrés pada 1947. Senikata Inggeris 'Perhaps, Perhaps, Perhaps oleh Joe Davis. Versi Inggeris 1964 oleh Doris Day adalah diantara yang terbaik.



Senikata Melayu oleh Rudy Djoharnaen

Kau tak mahu mengaku
yang kau cinta padaku
dikau hanya berkata
entah, entah, entah

berulang ulang kali
ku tanya dan terus bertanya
namun ini jawabnya
entah, entah, entah

berikanlah kata putusmu
jangan buatku keliru
usahlah kau mempermainkan
cintaku yang tulus suci

jika cinta katakanlah cinta
jika tidak katakanlah tidak
usah melafaz kata
entah, entah, entah



Rudy Djoharnaen
Singapura

Friday, July 27, 2007

Senandung Hidup- The Pentatonics Live

Salah sebuah rakaman The Pentatonics. Lagu Asal Senandung Hidup adalah dari J.Mizan.






Bila hati dalam kesedihan
bila diri rasa kesunyian
mengapa itu harus kau kesalkan
jangan pula kau tangiskan

tiada insan yang tetap sempurna
tiada pula yang terus derita
hidup ibarat berputarnya roda
ambil itu untuk renungan

hidup ini suatu perjuangan
perlukan pengorbanan
jangan kesal bila kau kecundang
anggap itu bukan penghalang

bila jaya usah engkau lupa
bila gagal usah kau kecewa
berjaya bukan tanda bahagia
gagal tidak erti derita

Rudy Djoharnaen
Singapura

Thursday, July 26, 2007

Rangkaian Irama Melayu Tradisional



FACADE 2005, Konsert Orchestra Melayu Singapura (OMS) Belia.
Persembahan irama Melayu Tradisional bersama Caca(Aksi Mat Yoyo).

Rangkaian Lagu:
Tari Tualang Tiga
Zapin Senandung Dua
Suka Sama Suka
Udang Sama Udang


Rudy Djoharnaen
Singapura

Wednesday, July 25, 2007

Tak Puaskah?

Kadangkala kita

tidak merasa puas

dengan apa yang kita ada

walaupun dalam senang

masih meminta-minta

minta ini minta itu

sudah ada biduk, serempu pula

kasi betis, hendak peha

semakin kenyang semakin lapar

lama-lama kebuluran

akhirnya matilah kita

dalam sifat tamak haloba

Bersyukurlah

Tuhan Maha Kaya.

Sunday, July 22, 2007

Untuk Saudaraku yang sedang kehilangan...

Saudaraku,

Aku merasakan kehilanganmu

seorang yang kau kasihi

kini sudah dijemputNya

kita tidak bisa menghalang

Dia menentukan mati akan datang

padanya, padamu, padaku dan semua

kesedihan kini melandamu

namun ku yakin keutuhan imanmu

bisa menenangkan hatimu

aku hanya dapat mendoakannya

sejahteralah dia di alam sana

kematian hanyalah tidur yang sangat panjang

semoga tidurnya itu dibuai mimpi indah

dan Rahmat Tuhan menjadi

tilam dan bantal yang sangat empuk

dan Kasih Tuhan membelai dirinya

yang sedang tidur lena

InsyaAllah...

Rudy Djoharnaen

Friday, July 20, 2007

AKU INGIN

Sapardi Djoko Damono

aku ingin mencintaimu dengan sederhana:
dengan kata yang tak sempat diucapkan
kayu kepada api yang menjadikannya abu

aku ingin mencintaimu dengan sederhana:
dengan isyarat yang tak sempat disampaikan
awan kepada hujan yang menjadikannya tiada

Panggung Sandiwara - Duo Kribo

Sebuah kumpulan rock dari Indonesia pada tahun 70an. Pakcikku peminat mereka dan gemar pada lagu ini.




dunia ini panggung sandiwara

ceritanya mudah berubah

kisah mahabrata

atau tragedi dari yunani

setiap kita dapat peranan

yang harus kita mainkan

ada peran wajar

ada peran berpura-pura

mengapa kita bersandiwara

peran yang kocak

bikin kita terbahak bahak

peran bercinta bikin orang mabuk kepayang

dunia ini penuh peranan

dunia ini bagaikan jembatan kehidupan

Monday, July 16, 2007

Hilang Wang

Hari ini aku hilang wang

Hati sakit bukan kepalang

bukan sedikit jumlahnya

lima puluh banyaknya

aduh peritnya

apa boleh ku buat

apa nak dikata

kalau bukan rezeki,

di mulut lari ke luar juga.

Sunday, July 15, 2007

Ah, Shut Up You!



Hai orang yang banyak colok!

Macam daun terap

bunyinya degah-deguh,

degah-deguh jatuh ke bawah

Tutuplah mulutmu

Buang air liur sahaja

Hai orang yang banyak bicara!

Macam bagus sahaja

Bunyimu bising bak tong

Tapi tong kosong

Tutuplah mulutmu

Buang air liur sahaja

Hai orang yang banyak berbual!

Macam faham sahaja

Macam pandai sahaja

Kata-katamu besar

Besar bungkus tak berisi

Tutuplah mulutmu

Buang air liur sahaja

Sunday, July 08, 2007

Kadangkala kita merasakan

diri penuh kelebihan

tersenyum bangga

terasa mulia

akulah yang terbaik

akulah yang terbagus

akulah nombor satu

tiada lain setanding aku

kita dibuai kata puji

kita khayal dengan keindahan kita

terlupa siapa diri kita sebenarnya

kita rasa sempurna

Janganlah begitu

bagus sangat ke kita ini?

Hidung janganlah tinggi

Cerminlah diri sebelum

Berjalan mendongak

Diri ketagih disanjung

Kenapa macam kaduk naik junjung?



Rudy Djoharnaen
Singapura

Sunday, June 24, 2007

Lagu Anak Rantau- Saloma

Inilah dia biduanita yang merakamkan 'Lagu Anak Rantau', rakaman terakhirnya pada 1981. Lagu ini sudah lama tidak diputarkan di radio. Senikata yang cukup berarti dan melodinya yang indah telah menjadikan lagu ini diberi sentuhan baru oleh 'The Pentatonics'. Sila 'scroll' dibawah untuk mendengar versi barunya.

Semoga roh Almarhumah dicucuri rahmat. Amin.


(1981, Gubahan Kassim Masdor)


Salmah Ismail (Saloma)
1935-1983

Rudy Djoharnaen
Singapura

Kasihku (Manha De Carnaval)

Sebuah lagu filem 1959 'Black Orpheus' ciptaan Luiz Bonfa yang diberi versi Melayu oleh Biduan Ahmad Daud. 'The Pentatonics' juga memberi sentuhan baru pada lagu ini untuk persembahan 'Pelayaran Kasih' anjuran PPIS.




Almarhum Ahmad Daud

Klik sini untuk mendengar versi Ahmad Daud. (Perlu ada perisian real player)

Rudy Djoharnaen
Singapura

Saturday, June 23, 2007

Lagu Anak Rantau

Tahun lalu, bersama 3 orang rakan (Ismalia, Hayatz dan Wan Quando) yang berbakat dalam bidang muzik, kami menubuhkan kumpulan 'The Pentatonics'. Bukanlah ianya kumpulan muzik yang sepenuh masa. Kami hanya bergabung untuk persembahan jika ada masa dan peluang.

Pertama kali 'The Pentatonics' muncul adalah di Pelayaran Kasih anjuran 'PPIS Jurong' dimana kami menggelarnya 'The Love Boat Show'. Diantara lagu yang kami bawakan adalah 'Kasihku' (saduran dari Manha De Carnaval) dan sebuah lagu istimewa 'Lagu Anak Rantau'. Tabik kepada Pak Kassim Masdor selaku pencipta lagu yang indah ini dan juga Biduanita Saloma, penyanyi asalnya. Lagu ini merupakan rakaman terakhir Almarhumah.

Pabila 'The Pentatonics' diberi peluang membuat persembahannya di Perpustakaan Esplanade, lagu Anak Rantau juga kami bawakan dengan sentuhan baru. Alhamdulillah, Pak Kassim Masdor sebagau tetamu khas kami senang dengan versi itu.

Dengan rendah hati aku perdengarkan 'Lagu Anak Rantau'. Senikatanya juga bermakna.


(Kassim Masdor. Saloma 1981)

Wahai kawan
dikau jauh
aku risau kerinduan
tak tertahan kesedihan
berlinang airmata
bila malam keseorangan
ku diteman bintang-bintang
suasana malam ini
berlagu anak rantau

di suatu pinggiran
tak jauh dari sini
tempat berkenalan
tidakkah kau ingati

bila malam kesunyian
ku terkenang peristiwa
pertemuan
perpisahan
yang kini telah terjadi...

Rudy Djoharnaen
Singapura

Saturday, June 09, 2007

Ku Impikan Bintang



Versi Melayu bagi 'Let's Never Stop Falling In Love' dari kumpulan Perancis Pink Martini, sebuah kumpulan yang unik dan berbakat besar dalam dunia hiburan antarabangsa. Klik
sini untuk versi asalnya.

Satu percubaan yang baik dari Sean, menghidupkan semula zaman legendaris Sam Saimun, Ahmad Daud, Rahim Hamid, Saloma dan lainnya.

Rudy Djoharnaen
Singapura

Di Pinggiran-P.Ramlee

Walaupun ada diantara kamu mungkin menganggap seniman ini sebagai 'Over-Rated', bukanlah post ini bertujuan sedemikian. Cuma aku gemar dengan lagu ini dan ingin berkongsi dengan sekalian pengunjung blog. Semoga Terhibur


Koleksi gambar dari Album 1973, P.Ramlee yang dikeluarkan setelah pemergiannya. Al Fatihah.

di pinggiran
air terjun
bawah pohon rimbun
lagu dan pantun kususun

mengenangkan
peristiwa yang meragut jiwa
kerna tuan hamba
tak bersua

andai kata ada
sayap seperti burung
ku terbang padamu

akan tapi hasratku
tiada berdaya
kau hilang kemana

dipinggiran
ku merintih hati
tambah pedih
bila kan pulih khayal kasih...

Saturday, June 02, 2007

Goresan dari Hari ke Hari

“Disinilah daku, menggores dengan caraku sendiri
Setiap objek ku lihat dalam hidupku
Dari hari ke hari...”


Inilah saat yang sudah lama aku nantikan. Sebagai seorang hamba seni yang berkepelbagaian, adalah menjadi impianku untuk mengadakan Pameranku sendiri.
Alhamdulillah, kini impian kan jadi kenyataan.

Dengan rendah hati aku ingin mengundang sekalian pembaca blog di Singapura ini ke
pameran soloku yang pertama. Sebanyak 50 karya-karya goresan akan aku persembahkan dalam Pameran 'Day-To-Day atau Hari Ke Hari"

Kepada mereka di luar Singapura, walaupun mungkin agak sukar untuk turut hadir, aku akan sertakan dokumentasi berbentuk gambar karya dan pameran untuk tatapan semua.

Sila klik sini untuk maklumat lanjut.


Rudy Djoharnaen
Singapura

Kasih



Rakaman asal: Ermy Kullit


seandainya mungkin

ku mampu terbang ke awan

detik ini juga

ku akan melayang kesana...

Monday, May 14, 2007

Hari ini...




hari ini hari kenangan

hariku keluar dari rahim ibuku

hari ini ku singkap memori

menahan kesakitan

dari satu pengorbanan

ibuku yang melahirkan

daku bayi yang songsang

tak dapat dibayangkan

kini setahun meningkat lagi usiaku

masih bernafas...masih bertenaga

terima kasih Tuhan

rahmatilah daku dan orang tuaku

rahmatilah sahabat handaiku

Kau Maha Merahmati

Kau Maha Agung

Alhamdulillah.

Rudy Djoharnaen

Friday, May 11, 2007

Mak, Mummy...Selamat Hari Ibu!




Tiada emas atau berlian sebagai hadiahmu

hanya taat setiaku

hanya doaku dan keihklasanku untukmu

tiada harta, tiada apa

hanya untukmu

kusunting sekuntum mawar putih

sebagai lambang kesucian cintaku...

Mak..Mummy...Selamat Hari Ibu...

Aku sangat sayang padamu berdua...

Friday, May 04, 2007

Satu Dia

Penulis dan penggubah lagu dari Indonesia sememangnya berjiwa besar dalam seni. Lagu-lagu yang mereka gubah cukup berkualiti dari melodi dan senikatanya. Begitu juga dengan biduan dan biduanitanya seperti Sam Saimun, Broery Marantika, Trio Bimbo, Eddy Silitonga, Emilia Contessa, Tetty kadi, Ana Mantovani dan lain-lain lagi.


(Ciptaan Titiek Puspa)

Oh embun pagi
Mengapa rindu
Tak pernah hilang
Surya di siang
Kunanti bila kau datang
Bulan dan bintang Katakan padanya
Kutunggu, kunanti
Ditempat yang sama

Ada tiada tetap menyinta
Sehidup semati berdua
Janjimu itu bak pusaka
jiwa ragaku milikmu jua

Bunga di taman
kumbang2 mulai berdatang
oh burung pipit tolong usir si kumbang jalang
Hai angin lalu, jemputlah kasihku
Rinduku, cintaku, jangan sampai beku
Oh..oh..oh.yang satu dia
kusanjung dan kumanja
Oh..oh..oh.yang satu dia
Kusayang dan kucinta
Oh..oh...satu dia

Rudy Djoharnaen
Singapura

Monday, April 30, 2007

Layang-Layang Putus Talinya

Sesudah 5 tahun, baru aku menjumpai semula rakaman ini. Ia merupakan diantara yang aku sungguh hargai. Petikan dari sesi 'rehearsal' bagi program TV Talk Show Najip Ali 'TV KINI' pada 2002. Thanks Najip. Semoga terhibur.




(M.Nasir/S.Amin Shahab)

Berarak mendung kelabu
mengekori langkahku
sepanjang kehidupan
penuh dugaan
namun aku tetap akur

ku cuba dan terus mencuba
mencapai suria
walau membakar jiwa
walau aku dihina
namun aku tetap akur

derita oh derita
engkau dimana-mana
walaupun jauh aku lari
mahupun berdiam diri

namun indah mimpi dari realiti
hidupku tanpa arah
bagaikan layang-layang
terputus talinya

derita oh derita
engkau dimana-mana
walaupun jauh aku lari
mahupun berdiam diri
namun indah mimpi dari realiti
tapi pasti di suatu hari
nanti sinar suriakan menjelma...

Saturday, April 28, 2007

Apriseasi Keroncong: Tinggallah

Mempunyai suara yang menusuk kalbuku. Pabila dia berkeroncong, sangat cocok suaranya yang meluahkan rasa dalaman pada senikata lagu itu. Dengan iringan muzik yang mendayu, rasaku sangat tepat menggelarnya sebagai Biduanita Irama Keroncong Singapura. Dialah Puan Kartina Dahari.



Tinggallah mustika hati
tinggallah kau seorang diri
sungguh berat ku mencerai diri
belum tentu jumpa lagi

menyahut seruan pertiwi
membela kedaulatan negeri
janganlah kau kelak menyesali
berputus asa di hati

doakan ku pergi
tiada aku gentar hati
biar teguh berani
dari undur biar mati

tinggallah intan mustika
pada bayu ku kirim pesan
andai ku tiada lagi di dunia
jangan nanti kau kesalkan...

Friday, April 20, 2007

Apriseasi Keroncong: Kenang Daku Dalam Doamu

Pertama kali mendengar melodi asal Almarhum Biduan M.Bakri ini, aku mula meminatinya. Senikata tentang perpisahan yang tidak diminta sebarang pun jua, hanya kenangan dalam doa. Lagu ciptaan Ahmad Wan Yet ini pernah diberi sentuhan istimewa oleh S.M Salim dan Sharifah Aini. Tabik kepada M.Bakri sebagai Biduan asalnya dan Ahmad Wan Yet selaku penciptanya. Kini aku memberi sentuhanku sendiri sebagai seorang amatur dalam 'genre' keroncong ini. Lagu ini sempat ku rakam dari persembahan makan malam sempena Aidilfitri di salah sebuah hotel tahun lepas. Muzik latarnya disusun merdu oleh Almarhum Pak Hamzah Dolmat, seorang penggesek biola yang disegani di alam seni muzik tradisional Melayu.


(Ahmad Wan Yet/M.Bakri)


Sunnguh jauh dikau pergi
berpisah untuk selamanya
tiada lagi senyum mesra
dan gurau senda

Ingin ku turut bersama
apa daya ku tak terdaya
sudahlah memang nasibku dik
demikian rupa

ku berdoa agar dikau
hidup bahagia
jangan bimbang padaku
nan berduka

tapi dik kau jangan lupa
kenang daku dalam doamu
itu yang ku pinta
dari dulu waktu bertemu...


M.Bakri dalam kenangan

Rudy Djoharnaen
Singapura