Friday, November 23, 2007

Seniman S.Kadarisman

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Aku seorang peminat filem-filem Melayu klasik, lebih-lebih lagi keluaran MFP Shaw dan Cathay Keris. Kedua syarikat gergasi ini telah melahirkan para Seniman dan Seniwati yang sangat bermutu tinggi lakonannya. Tambahan pula mutu cerita para pengarahnya.

Salah seorang pelakon yang aku kagumi ialah Almarhum Seniman S.Kadarisman. Beliau mempunyai kelebihan berlakon pelbagai watak, terutama sekali watak bengis dan jahat. Watak ini mampu dijayakannya, sehingga boleh menimbulkan rasa benci. Selain beliau, Seniman A.Rahim, Salleh Kamil dan Mahmud Jun juga boleh membawakan watak tersebut.

Aku ingin berkongsi sedutan filem 'Lubalang Daik' keluaran MFP 1962 dimana ia menunjukkan lakonan S.Kadarisman yang sangat berkesan. 'Scene' yang aku sifatkan sebagai scene 'interrogasi' ini berfokus ke arah beliau sebagai Demang, didukung pula oleh kelebihan para pelokan handalan bagi 'scene' filem itu; Aziz Jaafar, Zainon Fiji, A.Rahim (yes! A.Rahim), Rosnani dan Sarimah yang jelita (I like...hehe)



S.Kadarisman adalah seniman yang tidak ada tolok bandingnya. Sukar untuk dicari ganti. Cintanya yang mendalam terhadap seni dapat aku rasakan. Almarhum meninggal dunia pada 1989.

Semoga rohnya sejahtera di alam sana.

"Masa saya berlakon bangsawan dulu, upah saya hanya 20 sen saja. Tapi saya tetap berbangga bila mana penonton berdiri dan bertepuk tangan selepas selesai lakonan kami pada hari itu." S.Kadarisman.


Rudy Djoharnaen
Singapura

No comments: