Saturday, December 11, 2010

dia yang rupawan

bak bunga mawar yang sedang mekar, 
berkulit kuning langsat 
menutupi seluruh permukaan tubuh yang padat , 
berlekuk lembut elok mengeluarkan 
wewangian alami seorang perawan , 
wajah bulat telur yang dihiasi mata , 
hidung dan mulut sangat sempurna , 
lentik buluh mata, 
hidung mancung ,
bibir tipis memerah merekah , 
bak bidadari turun dari kayangan

Apakah bisa aku menemukan Dayang Sumbiku?

Friday, November 12, 2010

Di Wajahmu Ku Lihat Bulan



31 July 2010
SATURDAY NIGHT LIVE @ POST MUSEUM, Singapore

Di Wajahmu Ku Lihat Bulan, sebuah lagu balada ciptaan Mochtar Embut dirakam oleh Biduan Sam Saimun pada 1960 untuk LP 'Senandung Tanahairku'.

Live gig bersama Iwee (guitaris jazz). Walaupun gignya sederhana, ianya full house. Alhamdulillah.


Rudy Djoharnaen
Singapura

Saturday, November 06, 2010

Taman Sari / Minuet



 

Sebuah melodi gubahan Johann Krieger, seorang komposer dan pemuzik organ muzik klasik era Baroque dari Jerman. Minuet atau Menuet adalah sejenis tarian social berpasangan dari Perancis. Muzik yang mengiringi minuet sering dimainkan secara tempo perlahan dengan masa tiga perempat (3/4 time signature). Tempo muzik juga s...eiring dengan gerakan lemah gemalai dan penuh santun oleh pasangan yang menari. Pada nota muzik klasik sering menggunakan istilah Menuetto. Minuet terkenal pada abad ke 17.

Dalam 'Taman Sari', saya menggunakan melodi Minuet oleh Krieger dengan ekspressi senikata Melayu yang saya tulis sendiri.

Silakan menikmati irama klasik yang indah ini, bersama visual lukisan-lukisan Baroque yang indah.

Senikata: Rudy Djoharnaen (2010)

Sang Pencipta dengarkanlah
Rintihan hatiku yang mencari cintanya
Hamba rindu rasa gundah
Kurniakanlah kekuatan pada jiwa

Mekar indah bak syurgawi
Kumbang-kumbang tentu saja melingkari
Taman sari penuh sakti
Siapalah daku untuk mendekati

Sunyi sepi malam ini
Kurang seri walaupun bulan menemani

Monday, November 01, 2010

Selendang Hijau



Lagu Asal: GREENSLEEVES

Sebuah lagu balada romanesca era Baroque dari abad ke 16. Kononnya lagu ini digubah oleh Raja Henri VIII untuk wanita dambaannya Lady Anne Boleyn. Boleyn telah menolak cintanya dengan keras sehingga emosi sang Raja yang hampa membawa kepada terciptanya lagu ini.

Senikata Melayu hanya sebagai adaptasi dan bukan translasi.

Senikata: Rudy Djoharnaen (2010)

Akhirnya kau buang cintaku
Kata putusmu telah kau beri
Tertutup sudah pintu kasihmu
Putus sudah harapan ini

Kanda impikan bersama dinda
Menikmati keindahan cinta
Asmaradana dikala senja
Disaksikan bulan purnama

Inginku tatap kau yang rupawan
Mencurah cinta kasih untukmu
Mendakapmu bila kerinduan
Mengusap membelai rambutmu

Wahai puspita idaman kalbu
Dikau pengisi jiwa yang sunyi
Selendang Hijau hanya untukmu
Sebagai tanda kasih suci

Selendang Hijau hanya untukmu
Inginku lilitkan di lehermu
Sebagai tanda cinta kasihku
Dikau saja idaman kalbu

Tidak tertanggung sedih dan pilu
Impian tidak menjadi nyata
Kau buang aku dari hatimu
Seperti anjing yang melata

Selendang hijau tiada guna...

Wednesday, October 13, 2010

SATURDAY NIGHT LIVE @ POST MUSEUM: FROM RUSSIA WITH LOVE



Iringan gitar Iwee, aku membawa lagu ini dengan caraku sendiri. Sangat mantap petikan gitarnya.

Monday, October 04, 2010

Joget Kenangan Manis



Sabtu lalu aku telah buat persembahan hari raya untuk bekas murid-murid Melayu dari Sekolah Menengah Ghim Moh. Fun!

Saturday, October 02, 2010

Senja Berulang Senja- Sudirman Haji Arshad



1979 Dari LP 'Perasaan'. Album kedua Almarhum Sudirman. Beautiful words, beautiful melody, beautiful voice.Hanya beliau saja yang boleh menyentuh dengan lagu ini. The right person for the right song, Beautiful words, beautiful melody, beautiful voice. Apa lagi yang ingin dikatakan....


SENJA BEULANG SENJA
(A R Ismail / Zaihasra)
Susunan Muzik: Ooi Eow Jin

Senja berulang rindu
Dan ku sebut namamu
Dalam suara yang bisu
Engkaukah itu

Dan ku ulang kembali
Sewaktu dalam sunyi
Nyanyian kata hati
Rindukah itu

Biarkan kemesraan berlalu
bersama kesunyian yang padu
Akan ku sebut namamu selalu
Namun ada rindu yang lebih dari itu

Kasih di mana janji
Dan kau teruskah lari
Dari ku yang menati
Engkau kah itu

Wednesday, September 29, 2010

1978. 'Monster'. 1979 'Toyol'

Salam sejahtera semua. sudah lama tidak dikemaskini blog ini.

1978. Pink Lady, duo dari Jepun merakam lagu 'MONSTER' ini.
1979. LP'Perasaan'. Sudirman merakam versi saduran dengan tajuk 'TOYOL'.



Wednesday, September 08, 2010

dari jauh ku pohon maaf



hanya ku sampaikan doa dan kiriman tulus ikhlas
dari jauh ku pohonkan ampun maaf...

Selamat Hari Raya
Maaf Zahir Batin.

Monday, September 06, 2010

Thursday, September 02, 2010

rindu

dari mana datangnya rindu itu?

Tuesday, August 03, 2010

Saturday Night Live @ POST-MUSEUM: SAIGO NO HITOHA }{ 最後の一葉



Pertama kalinya aku menyanyi lagu Jepun. Dengan bantuan seorang teman dari Tokyo, aku cuba juga.
Saigo No Hitoha atau 'Daun Terakhir' adalah sebuah balada rakaman Hiromi Ohta pada 1976. Sebutan kata dalam bahasa Jepun sangat tipis dan halus, tidak boleh disebut dengan keras.

Sunday, August 01, 2010

Saturday Night Live @ POST-MUSEUM: Rudy Djoharnaen & Iwee


Ini akan menjadi memori yang berharga. Walaupun kecil, persembahan Sabtu malam lalu FULL HOUSE dan mendapat sambutan yang sungguh hangat oleh para penonton yang hadir. Dengan luahan vokal dan petikan guitar, aku dan Iwee telah berjaya menyentuh hati mereka. Alhamdulillah. 

Aku akan lampirkan sample videonya nanti. 

Rudy Djoharnaen

風 生ギターライブ(22才の別れ)/ Perpisahan pada usia 22 tahun

Tuesday, July 13, 2010

PERSEMBAHAN - RUDY DJOHARNAEN & IWEE


SATURDAY NIGHT LIVE
A Night of Classic Jazz, Bossanova
& Ballads…

RUDY DJOHARNAEN:

His captivating voice and style reminds you of the biggest names of the classic Era such as Frank Sinatra, P.Ramlee, Andy Williams and Nat King Cole. Rudy Djoharnaen won a 1999 Malay TV singing competition called 'Anugerah' and has been singing professionally since then. He has performed at various concerts with big bands like the Singapore Malay orchestra and the PA Chinese Youth Orchestra.

In the recent years, he performs mostly jazz, ballad and bossanova. His stage presence is full of charisma with a style of his own and a voice that is beautifully expressed from the soul. Such distinctive voice is a will definitely leave you captivated, fascinated and mesmerized.





IWEE:

Iwee, the man behind has seen it all, being in the music industry for decade, he had traveled all over Asia as a performing artist. Locally he had performed in many entertainment places, too vast to name it all, mainly at well known places, and events for many corporate functions, weddings and all kinds of parties, along with well known local bands or alone. Having said all that, his passion for music is so strong that he never stops to excel himself, for an instance he had achieved for himself a BA in Jazz
Music.

With his vast experience and talent in music, from Pop, Jazz, Rock, Blues, R&B, Classical and many more, not forgets in addition to his great sense of humors, will sure to stir up the crowd from all walks of life, of all ages from young to old and to your surprise even to the little ones.

THE SONGS:

The Duo will bring you down memory lane with nostalgic songs like LOOK OF LOVE, FROM RUSSIA WITH LOVE, SEALED WITH A KISS, MEDLEY OF BOSSANOVA and many more.

Iwee’s beautiful guitar playing and Rudy’s captivating vocal
expression will definitely put you ‘glued’ to your seat throughout the show. You will be mesmerized.

Well, let’s put it this way, it will blow your heart away!

TICKETS: $20.00 per pax
MAP OF VENUE:
http://www.post-museum.org/map.html

TICKETS: $20.00 per pax
Tickets Available at POST MUSEUM (107+109 ROWELL ROAD)
Call : 63963598

Also available through the following personnel:
Contact:
SITI (sms/call) - 98874519
YANTI (sms) - 81278506

GET YOUR TICKETS NOW & SEE YOU AT THE SHOW!

Tuesday, July 06, 2010

Monday, June 28, 2010

Simfoni Inang Dari Kalbu- Rudy Djoharnaen

video

Dengan ilham dari paduan Inang dan Mozart, aku telah menghasilkan lagu ini. Sedang mencuba cuba saja. :))

Tajuk: SIMFONI INANG DARI KALBU
Lagu: Wolfgang Amadeus Mozart / Rudy Djoharnaen
Lirik: Rudy Djoharnaen
2010

Paduan/Kombinasi/Ilham Melodi Inang & Symphony No. 40 in G minor (1788, Mozart)

East meets West!

Semoga terhibur.

Wednesday, June 02, 2010

ZAPIN D' MUARA


Minggu lalu (28 - 30 Mei), aku telah sama-sama menjayakan persembahan ZAPIN D' MUARA di Taman Warisan Melayu. Acara gilang-gemilang ini diselenggarakan oleh ERA DANCE THEATRE LTD sempena Pesta Seni Singapura 2010 ini. Zapin D Muara menggabungkan expressi seni tari dan muzik 3 negara (Singapura, Malaysia, Indonesia) Era Dance Theatre mewakili Singapura, Yayasan Warisan Johor mewakili Malaysia dan Langkan Budaya Taratak mewakili Indonesia. Persembahan diadakan selama 3 malam (Jumaat, Sabtu & Ahad)


Aku menjalankan tugas aku mewakili Singapura selaku penyanyi. Pebriyana Wulandari mewakili Indonesia dan Wahidah Abd Rahman mewakili Malaysia. Tanggungjawab yang agak berat kerana kami harus bernyanyi secara langsung atau 'live'. Akan tetapi, aku suka pada cabaran sedemikian kerana aku sangat gemar bernyanyi 'live'. Aku menganggap itu sebagai peluang untuk aku terus mengasah vokal dengan lebih baik lagi. ‘Do it once! Do it Good! Lepas tu boleh chill…” begitulah prinsipku bila membuat pertunjukan.

Aku telah mempersembahkan tiga lagu Zapin yang mempunyai kesan yang baik; YALADAN, ZAPIN BERADAT/BUDI & ZAPIN RINDU-RINDUAN. Ramai para penonton suka pada Yaladan, tetapi ramai juga yang berjiwa sentimental sangat terkesan dengan Zapin Rindu-rinduan. Begitulah komen yang aku terima selepas persembahan.

Genre Tradisional sebegini sebenarnya bukanlah ‘forte’ku. Ia bukan makanan harianku seperti penyanyi Wulandari dan Wahida, yang senantiasa menyanyikan genre tersebut untuk pelbagai persembahan pentas. Aku lebih condong ke a rah jazz dan evergreen. Tetapi aku cuba berikan yang terbaik jika menyanyikan lagu-lagu berirama Melayu. Aku cuba berikan 100%, paling kurang 70-80% dari segi vokalnya. Seorang penyanyi yang baik adalah penyanyi yang boleh menyanyi secara langsung dan memberi kesan mendalam kepada sesiapa saja yang mendengarnya.

Alhamdulillah, persembahanku disambut baik dan diberi komentar yang positif oleh para penonton, khususnya para penggemarku yang hadir untuk menyokong. Terima Kasih pada kalian semua. Namun aku akan terus terus memperbaiki dan menjaga mutu nyanyianku. Maaf kalau ada silap ketika membuat persembahan ya, hee. :)



Semoga aku senantiasa bersemangat dalam bidang seni ini. Semoga aku dapat mempersembahkan bakatku di pentas-pentas festival serantau dan antarabangsa, InsyaAllah. Selagi ada dayaku, aku akan terus memberi kesan pada para penonton sebagai tukang nyanyi. Kepada penyelenggara projek Zapin D Muara dan semua yang turut sama menjayakan acara ini, Terima Kasih daun keladi. Semoga kalian terus berjaya dalam melestari seni dan budaya serumpun ini.



"Bernyanyilah lagi, dengan suaramu yang meluahkan nada dari alam yang jauh dari kami, dimana muzik dan cahaya rembulan adalah satu." (Penyair Romantis Percy Bysshe Shelley)

Sunday, May 23, 2010

Oh Pagi



Rudy Djoharnaen & Nur (NURADEE)

Sunday, May 09, 2010

Saturday, April 24, 2010

matimu yang nikmat

Pada satu hari, dengan takdir Yang Kudus,
benang tenunan hidupmu akan putus
Pasti! Tentu!
Ajal maut di tanganNya
Mana tali berpunca tak berhujung?

Dunia hanya persinggahan semata
Semoga jalanmu berpegang pada tali yang diredhai
Alam abadi sudah menanti kepulanganmu
Semoga matimu penuh keindahan
Baringmu di atas tilam dan bantal Rahmat Tuhan
Tidur lena yang sangat mengasyikkan...

Kerana Dia mengasihimu.

InsyaAllah. Amin

Monday, April 19, 2010

Jeritan Batinku

video

17 April, Sabtu. Irama Layar Perak. Iringan Band Nadaria. Persembahan ini tak akan aku lupakan. Akan datang adalah konsert 'Zapin  Di Muara'  pula. InsyaAllah pada akhir bulan Mei ini.

Laporan Berita di Saluran Suria Singapura

Wednesday, April 14, 2010

IRAMA LAYAR PERAK, 17 APRIL SABTU di ISTANA HALL, TAMAN WARISAN

Sila klik pada gambar untuk saiz yang besar agar dapat dibaca butirannya.


Sesalnya Paduka Seri Maharaja...

Aku Paduka Seri Maharaja
Raja besar kota Singapura
kerana hasutan pembesar istana
negeri ditimpa malapetaka

Murkaku pada seorang mulia
Seorang Pasai tinggi ilmunya
kerana pohon pinang terbelah dua
dia ku hukum tanpa bicara

Keris dihunus ke dalam dada
Di Hujung Pasar ku menghukumnya
sebelum maut menjelang tiba
Dia melafaz sumpah bencana

Mayatnya ghaib serta-merta
Setelah mati dihukum beta
Darahnya menitik di Singapura
Di pantai Langkawi terlantar jasadnya

Kemudian bencana datang menimpa
Huru hara seluruh Singapura
Ramai yang maut di pantai sana
Diserang todak beribu banyaknya

Buntulah segala isi Istana
Tidakku tahu nak buat apa
Lalu ku beri perintah yang gila
Pantai dipagar rakyat jelata

Perintah yang bodoh dititah beta
Rakyat jelata menjadi mangsa
Menghadaplah seorang yang bijaksana
"Batang pisang!" itulah cadangannya

Berkat akal yang bijaksana
terselamat negeri dari bencana
Tiada ku duga tiada ku sangka
Budak itu Rahmat yang Esa

Seluruh negeri kembali sejahtera
rakyat jelata riang gembira
Namun diriku tak kenang jasa
Termakan lagi hasutan hina

Kerana dia bijaklaksana
Segera ditamatkan riwayatnya
Kalau dia tumbuh dewasa
Dia tentu merampas kuasa

Termakan lagi hasutan durjana
"Bunuh budak itu!" begitulah titah Beta
Tanpa belas kasihan dirantainya
Tenggelamlah ia di laut gelora

Begitu bodohnya diri yang hina
Daulat kemana aku kemana
Akulah durjana hati ternoda
Sesal ku tidak ada gunanya

Walaupun daulatku terasa mulia
sebagai Raja yang berkuasa
Akalku cetek dungu belaka
lebih rendah dari hamba....

Rudy Djoharnaen

Note: Sekadar imaginasi saja. Ilham dari Singapura Dilanggar Todak.


"Carik baju raja

Dilompati todak

Bukan disahaja

Sebab akal budak."




Bukan Todak Punya Angkara...
Colour Pencils & Oil pastels on paper
Day-to-Day Collection
by Rudy Djoharnaen
2010

Monday, April 12, 2010

You're My Everything



Rehearsal/Jamming session untuk majlis persandingan seorang sahabat.

Tuesday, March 30, 2010

Koleksi Karya Rudy Djoharnaen - Teratai Series

Teratai Di Waktu Fajar oleh Rudy Djoharnaen
25.4 x 17.8 cm
Acrylic on paper
2010 Day To Day Art

dalam Koleksi Peribadi Puan Aryanti Sukaimy

Monday, March 29, 2010

Tekad - Nuradee



1992. Ini adalah album sulung dan yang terbaik dirakamkan oleh kumpulan duo 'Nuradee' di bawah naungan Syarikat rakaman Pony Canyon Singapore. Lagu-lagu berkonsepkan puitis dengan melodi yang agak minimal tapi berkesan. Bagus.

Sunday, March 28, 2010

Suatu Masa - Persembahan Amal

27 March 2010 (Sabtu): Aku telah membuat persembahan di Geylang United Football Clubhouse di Bedok North bersama beberapa artis Singapura seperti Indra Hamzah, Vivid, Azhar Ras dan Fairus Adam untuk menyokong kutipan amal bagi mangsa-mangsa gemba Haiti. Konsert ini diselenggarakan oleh Musiq Huttz dan Insan Media.

Thursday, March 25, 2010

Biar Sejuta atau Seluruh Dunia Tak Suka...

Pada akhir 1972, Aziz menemui Ramlee meminta dia hidupkan filem Melayu dengan Sabah Filem. Seniman itu bersetuju, malahan memberitahu dia sudah ada skrip.

Aziz kemudian bertemu Ramlee dalam satu majlis pesta filem di Singapura pada awal Mei. Ketika itu mereka menjadi artis mewakili negara masing-masing, Aziz mewakili Singapura manakala Ramlee mewakili Malaysia.

"Dia tiba lewat, tetapi tidak seorang pun yang menyambutnya. Lalu, setelah terpinga-pinga mencari tempat duduk, dia akhirnya duduk di belakang saya. Sedih betul wajahnya, semacam hampa kerana tidak dipedulikan.

"Saya ingat lagi cakapnya malam itu; Jis, apa dia orang tidak suka sama gua lagi?"


"Dan saya katakan, biar sejuta atau seluruh dunia tidak suka sama lu tidak apa, asalkan Tuhan suka sama lu."

(Aziz Sattar)

bulan dan awan

sinaran cahaya bulan mengambang, awanlah juga membawa diri...

Tuesday, March 23, 2010

Dondang Sayang Heart To Heart



Aku senang dengan duet Dondang Sayang Ini. Bibi Gt Lye memang spontan dan kecoh bila berpantun. Aku pun kena ikut spontan membalas pantunnya. Hentam saja dah! Gt Lye memang terkenal dengan watak Nyonya Peranakannya. Beliau memang Nyonya asli Melaka tapi sudah bermastautin di Singapura lama. Untuk pengetahuan umum, Gt Lye pernah berlakon dalam filem 'MAMA MAU KAHWIN' arahan Seniman Mat Sentul pada awal 70an.

Sunday, March 21, 2010

Malam Dondang Sayang - Sayang Musalmah

Ekspresi Seni: MALAM DONDANG SAYANG
20 mac 2010 / 8pm hingga 10pm
Istana Hall, Taman Warisan Melayu
Istana Kampung Glam

Sudah agak lama aku tidak membuat persembahan tradisional secara khusus seperti ini. Aku tinggalkan feel jazz aku untuk sementara demi berada di pentas Istana Hall, Taman Warisan Melayu (Istana Kampung Glam). Bersama Bibi Gt Lye yang kecoh dengan telatahnya dalam Dondang Sayang, Kak Noreha Bajuri (deejay veteranWarna 94.2) yang spontan dan santai dan barisan pemuzik dan penyanyi Sri Saujana yang handal dari Muar, aku cuba memberikan sepenuhnya dalam acara tersebut.

Aku bukan jaguh dalam irama asli atau tradisional. Aku tidak pandai akan patah lagu dan alunannya. Aku cuma hentam keromo saja. Namun aku memberi ruang dalam ekspresi suaraku untuk irama seperti ini. Sayang Musalmah adalah sebuah gubahan ghazal lama yang aku sangat suka. Aku jatuh cinta padanya tatkala alk mendengar versi live Sharifah Aini kira-kira 10 tahun lalu. Versi Kamariah Noor dan Rosiah Chik juga aku suka. Aku memang ingin sangat menyanyikan lagu ini namun tidak berkesempatan. Akhirnya, dengan konsert ini, tercapai juga hasratku. Hentam saja dah! Hasilnya..beginilah.



Mungkin ada juga cacat celanya nyanyianku ini, namun aku sangat berpuas hati dan enjoy kerana telah memberikan yang terbaik.

Selamat mendengar bersama orang tua kalian semua.


Sayang Musalmah memakai sanggul
Turun ke sawah menanam padi
Emas sekoyan dapatku pikul
Aku tak sanggup menanggung budi


Turun ke sawah menanam padi
Hendak dijual ke pekan lama
Jangan selalu menanggung budi
Kelaklah nanti jadi bencana.



Ok best! Aku akan upload video Dondang Sayangnya nanti.

Thursday, March 18, 2010

Ekspressi: Pesta Seni

Salam semua,

Aku akan mempersembahkan lagu-lagu Melayu tradisional untuk acara berikut:

EKSPRESI: PESTA SENI
Sempena ulangtahun Taman Warisan Melayu ke 5. Acara ini diselenggarakan untuk memperkenalkan dan melestarikan semula irama Melayu tradisional yang pernah popular satu masa dahulu di Singapura.

Dondang Sayang: Mari Berjoget
Istana Hall,
Taman Warisan Melayu (Malay Heritage Centre)
Istana Kampung Glam

Jam: 8 hingga 10 malam
Tanggal: 20 march 2010, Sabtu

Iringan Muzik live oleh: Kumpulan Sri Saujana (Malaysia)

Turut membuat persembahan ialah Bibi GT Lye dari Persatuan Gunung Sayang yang akan berdondang sayang dan berbalas pantun untuk menambahkan kemeriahan malam itu.

Acara ini dibuka untuk umum dan percuma. Kepada pengunjung-pengunjung blogku di Singapura atau Johor, jika ada masa, silalah turun ke Taman Warisan untuk berhibur. Kepada yang tidak sempat, akan aku cuba merakamkan videonya dan terbitkan di blog atau saluran youtube agar dapat kamu semua dapat menontonnya.

Sudah lama aku tidak menyanyikan lagu-lagu bercorak sedemikian. Sekarang sedang warming uplah ni, haha. Barangkali sudah berkarat. perlu telan Singer Oil. (:o)

video

MALAM CEMERLANG - Rudy Djoharnaen & Sinar Fusika

Video ini lebih bersih dan jelas audionya dari yang lalu. Boleh didengar alunan merdu biola, rebana, gendang dan akordionnya. Syabas Sinar Fusika.

Semoga terhibur.

Wednesday, March 17, 2010

Dondang Sayang

Salam semua,

Aku akan mempersembahkan lagu-lagu Melayu tradisional untuk acara berikut:

EKSPRESI: PESTA SENI
Sempena ulangtahun Taman Warisan Melayu ke 5. Acara ini diselenggarakan untuk memperkenalkan dan melestarikan semula irama Melayu tradisional yang pernah popular satu masa dahulu di Singapura.

Dondang Sayang: Mari Berjoget
Istana Hall,
Taman Warisan Melayu (Malay Heritage Centre)
Istana Kampung Glam

Jam: 8 hingga 10 malam
Tanggal: 20 march 2010, Sabtu

Iringan Muzik live oleh: Kumpulan Sri Saujana (Malaysia)

Turut membuat persembahan ialah Bibi GT Lye dari Persatuan Gunung Sayang yang akan berdondang sayang dan berbalas pantun untuk menambahkan kemeriahan malam itu.

Acara ini dibuka untuk umum dan percuma. Kepada pengunjung-pengunjung blogku di Singapura atau Johor, jika ada masa, silalah turun ke Taman Warisan untuk berhibur. Kepada yang tidak sempat, akan aku cuba merakamkan videonya dan terbitkan di blog atau saluran youtube agar dapat kamu semua dapat menontonnya.

Sudah lama aku tidak menyanyikan lagu-lagu bercorak sedemikian. Sekarang sedang warming uplah ni, haha. Barangkali sudah berkarat. perlu telan Singer Oil. (:o)

video

Monday, March 15, 2010

biarlah mulut orang.

biarlah orang nak cakap belakang kita.
biarkan orang dengan rentak dia.
kadangkala diam tu lebih baik.
kita melenting pun tak guna.
tak kuasa.
asalkan kita jaga mulut kita sudah.

lautan yang begitu besar mungkin boleh ditutup
tapi mulut orang kalau ditutup, boleh ke rapat?

kadangkala...

kadangkala kita ni fikir kita lebih baik dari orang lain. bagi nasihat seolah-olah ikhlas, tapi sebaliknya cuba menunjuk-nunjukkan kebolehan dan kelebihan kita. berbual macam 'real'. macamlah kita bagus sangat. sebaiknya diam saja. orang yang betul-betul merendah dirinya kita akan dapat lihat keikhlasannya.

Sunday, March 14, 2010

Malam Cemerlang




13 Mar 2010. Jamming bersama Sinar Fusika untuk sebuah majlis persandingan. Aku suka pada kumpulan ini. ar Mereka punya 'passion' dan tersendiri. Mereka adalah contoh anak-anak muda berbakat yang melestarikan muzik Melayu tradisional. Semoga mereka terus berjaya dan terus memperjuangkan muzik seperti ini.

1967. Lagu ini dirakam oleh Seniman Aziz Jaafar dan Biduanita Kartina Dahari untuk filem 'Jebak Maut'. Lagu ciptaan Yusuf B. Senikata oleh S.Sudarmaji.

Thursday, March 11, 2010

Kenangan Di Rantau Abang- Biduanita Rafeah Buang



1972. EP EMI Parlophone S-EGEP 738.

"Kenangan Di Rantau Abang" dicipta oleh Ibrahim Bachik (saudara kepada Seniman Almarhum Salim Bachik) dan senikatanya oleh Rosli Haji Yusuf. Berkemungkinan susunan muziknya oleh Kassim Masdor. Vokal Almarhumah Rafeah Buang yang penuh dan lemak merdu sangat sesuai dengan lagu ini. Apatah lagi dengan iringan orkestra yang penuh.

Tuesday, March 09, 2010

Gabus Tarbus - Ismail & Anita


1974 EMI Parlophone 'Rasa Sayang Eh'

Salah satu rakaman duet yang popular pada tahun 70an.

Saturday, March 06, 2010

Lupakanlah Janji - Biduanita Anita Sarawak

video

1971. Lupakanlah Janji: dari EP Papaku Pulang. 
Ciptaan Din Osman, Senikata Yusnor Ef.

Ini adalah rakaman balada dari Anita Sarawak yang sangat aku gemar. Mutu vokalnya pada tahun 70an dan 80an memang baik berbanding kini. Sebutan kata (diction) yang jelas, pitching dan tonasinya bagus pada rakaman ini. Susunan live muziknya juga lengkap dan mampat. Namun lagu ini sangat jarang dimainkan di radio.

Rudy Djoharnaen

Wednesday, March 03, 2010

Pokok-pokok di Swan Lake, Kebun Bunga, Singapura

Trees @ Swan lake, Botanic Gardens, Singapore
Size: 21.0 x 29.7cm (A4)
Bahantara(Medium): Mixed (Dry)
Price: $30.00

Drawing is not framed.

Email to: rudy.djoe@gmail.com jika berminat.

Sunday, February 28, 2010

Glamour 2010 @ Canning Ballroom, Raffles Convention Centre

with Eddy Ali

with Rahimah Rahim. legend beb!





with my Asmida/Azura, Ogy Ahmad Daud. Ini pun legend, beb!

Akulah Rudy Djoharnaen.


27 Feb 2010. Glamour 2010. Aku telah diundang untuk menjayakan satu konsert bersama barisan artis-artis dari Singapura, Malaysia dan Indonesia. Konsert ini dianjurkan majalah Selebriti bersempena ulang tahunnya yang ke-2 dan juga Pelancaran rasmi Malay Artists Association (MAA). Diantara para Artis dari Singapura adalah Zaibaktian, Hyrul Anuar, Indra Hamzah, Azhar Raz, Faizal Isa (peserta Sg Idol), Hydir (peserta Anugerah 2009), Eka Mairina, Black Dog Bone, Eddy Ali, Revallina dan lain-lain lagi. Artis-artis Malaysia dan Indonesia adalah Ogy dan Intan Nuraini.

Sudah agak lama aku tidak menyanyi 'live' di hadapan para penonton Melayu. Sekarang ini banyak persembahanku untuk penonton bukan Melayu. Para Seniman, seniwati filem dan drama tv juga hadir menonton persembahan tersebut. Para penyanyi veteran juga hadir menonton konsert tersebut. Persembahan para Artis sangat hebat. Aku telah membawakan rentak jazz pada sebuah irama tempoe dulu " ESOK MALAM KAU KU JELANG" yang aslinya oleh Titiek Puspa. Dengan iringan IWEE, gitaris ku yang profesional dan berbakat, aku beri ALL OUT! Aku juga beri sentuhan bossa dan blues pada lagu tersebut.

Aku suka menyanyi secara live. Aku boleh bikin improvisasi dan bermain dengan tempo. Alhamdullilah, para penonton memberi respon yang sangat positif. "My dear, you look good and your singing is superb, man. So nice to hear you sing againlah!" begitulah kata penyanyi Rahimah Rahim (Kak Gerl). " I love your jazz version! Best!" kata penyanyi Mahani Mohd. "Superb bro, superb! You sing with a lot of soul." kata Eddy Ali(aku punya Mentor). "Suara kau memang bagus. Maintain the quality, ah. Dengar pesan Tok tau!" kata Seniman Osman Zailani. Aku salute pada mereka yang menjayakan konsert ini.
Thanks a million to Iwee for his guitar. and Abg Eddy for his guidance all this while. This is the best show I've done so far! Good mood!
Nanti aku letak foto-foto nya lagi, InsyaAllah.
Rudy Djoharnaen








Fever di Post Museum



Post Museum, 107 Rowell Road
26 Feb 2010
'Singles Night' anjuran Cats Welfare Society
Jumaat lepas aku membuat persembahan kecil di sebuah acara anjuran Cats Welfare Society. Mereka inginkan jazz jadi aku bawa tiga lagu: Fever, Just The Way You Are (versi bossa) dan Manha De Carnaval. Aku suka pada acara yang santai sebegini. Tidak perlu banyak fikir tentang rehearsal. Relax dan fun.
Acara itu diadakan sempena tahun Harimau ini (Chinese New Year). Selain itu, ada juga flea market dan pameran karya-karya kucing. Karyaku juga dipamerkan disitu.
Kemungkinan besar aku akan mengadakan gig aku disana. Walaupun tempat itu kecil, aku rasa sudah cukup OK. 2-3 piece band would be just nice. Pihak Post Museum telah menghubungiku untuk berbincang. Semoga semuanya positif. InsyaAllah.
Rudy Djoharnaen



Tuesday, February 23, 2010

SELAMAT PENGANTIN BARU AIEN & SUHIRMAN!

Dengan bangganya saya mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada members 2 orang ni dari The Railway Children's Club / Rediscovery. Semoga mahligai yang dibina dengan besi, batu bata, papan, simen, kaca, kristal dan kuat, utuh dan bahagia selagi hayat masih ada. Amin. 

Akhir kata, Stay Kool and Funky Always, yeah!

Monday, February 22, 2010

Angela / Lambaian Tanganmu Yang Terakhir



Angela adalah sebuah lagu popular oleh Jose Feliciano. Versi Melayu oleh Halil Chik pada akhir tahun 70an.

Saturday, February 20, 2010

Lagu Gembira - Eddie Ahmad & Hamidah Ahmad



Gandingan hebat dua beradik sangat terkenal di era 70an. Eddie Ahmad sudah Almarhum dan Hamidah kini menetap di Australia. Keduanya bernaung dibawah label EMI Singapore ketika itu.

Mengapa Dirindu - Saloma



1964. LP'SALOMA' EMI Singapore. Juga lagu filem 'Dua Pendekar' keluaran Cathay Keris pada tahun yang sama. Susunan muzik bagi versi filem lebih baik dari versi piring hitamnya.

Monday, February 15, 2010

Ubin Camp-13 Feb hingga 14 Feb, 2010

Pasang khemah Di Mamam Beach.
panjat pagar laut waktu air surut
Pandangan Selat Johor.
Menikmati matahari terbenam...wonderful!

Angin sejuk, best
BBQ dan santai
Maggi dan Ovaltine panas


Sarapan cornbeef, campbells, ritz, roti dan maggi
lepak, lepak,lepak.
spot khemah memang baik


Aku Cinta Ubin.
Mesti mau plan lagi.

Saturday, February 13, 2010

Thursday, February 11, 2010

Pencakar Langit di City Hall

Testing-testing ambil foto senjakala di City Hall dengan kamera Fuji ni. Not bad panoramic shot dia. i like.

Sunday, February 07, 2010

Sapa, Vietnam




Keindahannya masih terasa.

Sunday, January 31, 2010

Biduanita Sarena Hashim

Sarena Hashim memulakan kariernya sebagai penyanyi piring hitam pada 1969. Album pertamanya diiringi Kugiran yang sangat popular pada era tersebut, iaitu The Quests. 'Panggillah Daku' ciptaan Akbar Nawab adalah diantara lagu dalam album pertamanya. Sarena terus popular di era 70an. Tidak diketahui kemana hilangnya penyanyi ini. Sarena mempunyai paras rupa yang cantik dan kelas yang tersendiri. "Bila Sarena datang ke studio EMI untuk record lagu dia at Mac Donald's House (Dhobi Ghout) dulu, I was amazed by her beauty. She was cantik." Begitulah kata seorang veteran.

Sarena pernah menghiasi kaca TV Malaysia dengan rancangan hiburan malam minggunya sendiri, iaitu 'SARENA'. Rancangan itu diterbitkan oleh Helen Abu untuk Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada era 70an. Dalam rancangan tersebut beliau berduet dengan penyanyi-penyanyi undangannya seperti Saloma, Salamiah Hassan, Helen Velu dan lain-lain.

Sarena mungkin satu-satunya penyanyi di zaman itu yang tidak menggunakan teknik vibrato dalam vokalnya. Gaya nyanyiannya simple dan manja. Namun begitu, gaya tersebut membuat Sarena tersendiri dan istimewa, sesuai dengan lagu-lagu rakamannya. Sarena juga mempunyai bakat menulis senikata lagu dan banyak menyumbang senikata-senikata untuk rakamannya sendiri mahupun penyanyi lain. Diantara lagu-lagu yang popular pada zaman kegemilangannya adalah 'Bersama' (saduran dari lagu hindi (1965) Ye Sama Sama Hai Ye Pyaar Ka), 'Dua Kali Dua', 'Malam Ini', 'Kenangan Manis' dan 'Bayangan Menjelma'.





pengakuan berkias

pabila terpatri rasa cinta
ingin mengaku sejujurnya
namun malu membatasi tutur kata
santun memacu tali bahasa
akal menjadi cerminan jiwa



maka madah,
puisi,
gurindam,
syair,
pantun

menjadi kiasan pengakuan rasa
dari saubari ke sanubari
teruna dan dara.


Rudy Djoharnaen
Singapura

Tuesday, January 26, 2010

Noreen Noor

Duluuu, aku rasa Noreen Noor ni hot babe. Aku suka. Dia manja tapi taklah menjeng macam Raja Ema.

seniku takkan mati

seniku takkan mati
jiwaku masih melukis
fikiranku masih menggores
mulutku masih berdendang
mataku masih memandang
telingaku masih mendengar
segala keindahan yang segar
luahan dari kalbu yang beraneka warna tidak pudar

goresanku
lukisanku
tulisanku
dendanganku
adalah seniku

selagi ada nafasku
sedaya upayaku
seni akan seiring jalan hidupku
seniku takkan mati
walaupun ia tidak kekal abadi

InsyaAllah.

Monday, January 25, 2010

Pendirian

dipancung mati
digodam patah
digantung tinggi
direndam basah
kalau pendirian diaku sudah
pantang dibantah
sukar ditegah

apakah ini dikata megah?
atau degil yang tak sudah?

Rudy Djoharnaen
Singapura

Kepoh Zorro Dalam Bas

Halo makcik pakai labuci gelang bling bling. kalau nak mengumpat dalam bas pun pelan-pelanlah sikit. Ingat makcik sorang ke dalam bas tu. Tone downlah speaker BMB dan Microphne sennheiser tu. Saya pun bayar tambang. jugak. Nak tidor pun susah. Macam-macam story! Please eh makcik! Nak pergi kepoh hal orang tu buat perrr.


(nasib tak baik, aku lupa bawak ipod)


jiwa retak

putus kasih hancur pilu
bagaikan kena sembilu
cumbuan lebur berdebu
jiwa retak seribu

menangis tak berguna
kasih menghilang tinggal merana
keluh kesah sesal untuk apa?

Saturday, January 23, 2010

Memori dari Shuqun Sec Years.

Class 4A (Arts Stream)- Budak - Budak degil! Hahaha... masa berlalu begitu pantas. Memori, memori...


Friday, January 22, 2010

di bawah pohon


aku ingin duduk di bawah pohon rendang
di atas bukit tinggi
sambil menikmati angin sepoi-sepoi bahasa
memandang ke langit biru
dan awan yang berarak
bersama unggas yang berterbangan bebas

lalu aku menggores keindahan itu dengan pensel
diatas kertas putih
ku luahkan dari kalbuku
dan jiwaku yang sepi
sendiri


sepi itu api
sepi itu rindu
usahlah kau biarkan
sepi itu membakar aku...


Rudy Djoharnaen
Singapura
12:00

Thursday, January 21, 2010

Stacey Kent

Aku sayang sama Stacey Kent. Dendangannya membuat aku tenang dan relaks. Love you Stacey!

Wednesday, January 20, 2010

Mamat dan ATM

Halo Mamat, lu dengan headphone besar lu, diri depan ATM lama-lama, orang belakang semua tunggu lu habis transaction, lepas tu lu khayal dengan music kat headphone besar lu, lama-lama depan ATM....lu nak kahwin dengan mesin ATM tu kapa??

Saturday, January 16, 2010

Ibrahim Pendek dan Rock Hudson

1962. Filem Hollywood 'Spiral Road' lakonan Rock Hudson. Almarhum Seniman Ibrahim Pendek (Ibrahim Bin Hassan) diambil sebagai pelakon pembantu membawa watak 'Stegomyia'. Pelakon Melayu pertama berlakon di Hollywood. Untung Bang Brahim kita ni. Very cool!

http://draft.blogger.com/post-create.g?blogID=30882855
1962. Spiral Road.

Tuesday, January 12, 2010

Feminin

Terus terang cakap punya, dulu masa secondary school, aku ada crush gila dekat kumpulan Feminin, especialy...si As ni....woohoo Ok apeeeerr...heee...

Saturday, January 09, 2010

Jodoh, jodoh, jodoh

Malam ini entah kenapa aku terfikir tentang jodoh. dalam perjalanan pulang dari makan malam dan santai bersama teman-teman guru, otak aku memikirkan tentang jodoh. Sebelum ini di Vietnam pun aku memikirkan tentang jodoh untuk beberapa ketika. Jodoh pertemuan di tangan Tuhan, aku tahu. manusia hanya berusaha, aku tahu.

Apakah tidak ada formula yang standard untuk mendapatkan jodoh? :)

Wednesday, January 06, 2010

Aneka Ragam - P.Ramlee Combo

Aku mulakan hari ini dengan P.Ramlee Combo. Lagu yang dirakam pada 1957 ini unik dan agak eksperimental. Susunan muzik yang kool. Black Dog Bone pernah merakamkan semula lagu ini pada lewat 70an.

Saturday, January 02, 2010

Friday, January 01, 2010