Showing posts with label Persembahan. Show all posts
Showing posts with label Persembahan. Show all posts

Tuesday, May 10, 2011

TEH, KOPI & LAGU CINTA-CINTA: RUDY DJOHARNAEN (persembahan)

Rudy Djoharnaen akan membuat persembahan kecil untuk 20-25 orang peminatnya. Acara santai ini akan menyajikan lagu-lagu cinta dan Asmara menampilkan gitaris Jeremy Juraimi dan Biduanita 70an Mahani Mohd. persembahan kecil ini akan diadakan di studio seni LDMM di Bukit Timah Shopping Centre

ayuh hadir, santai, makan dan minum sambil menikmati lagu cinta-cinta.

Tiket: $30.00 seorang (makanan minuman tersedia)

Hubungi: Siti Aminah (ukhti), 98874519 untuk membeli tiket
Tanggal: 28 mei 2011, Sabtu
Masa: 8mlm
Tempat: #04-54 Bukit Timah Shopping Centre, 170 Upper Bukit Timah Road

Map: Click sini.

Wednesday, February 16, 2011

Malam Gala Seri Temasek: Jeritan Batinku


5 Feb 2010, Fairmont Hotel
Sebuah majlis yang memperingati P.Ramlee dan Seniman Seniwati Veteran. Aku ditugaskan untuk membawakan semula lagu ini dengan iringan Orkes Mutiara. Syabas kepada Orkes Mutiara.

Sunday, January 09, 2011

GINGERBREAD REUNION for Sinaran Hati





Sangat senang menonton kembali kumpulan GINGERBREAD reunion untuk satu persembahan konsert SINARAN HATI TAA, untuk membantu yang memerlukan. Gingerbread adalah sebuah kumpulan muzik yang popular di Malaysia dan Singapura pada era 80an.Go Ann Hussein and the rest of Gingerbread. Legend. :)

Friday, November 12, 2010

Di Wajahmu Ku Lihat Bulan



31 July 2010
SATURDAY NIGHT LIVE @ POST MUSEUM, Singapore

Di Wajahmu Ku Lihat Bulan, sebuah lagu balada ciptaan Mochtar Embut dirakam oleh Biduan Sam Saimun pada 1960 untuk LP 'Senandung Tanahairku'.

Live gig bersama Iwee (guitaris jazz). Walaupun gignya sederhana, ianya full house. Alhamdulillah.


Rudy Djoharnaen
Singapura

Wednesday, October 13, 2010

SATURDAY NIGHT LIVE @ POST MUSEUM: FROM RUSSIA WITH LOVE



Iringan gitar Iwee, aku membawa lagu ini dengan caraku sendiri. Sangat mantap petikan gitarnya.

Tuesday, August 03, 2010

Saturday Night Live @ POST-MUSEUM: SAIGO NO HITOHA }{ 最後の一葉



Pertama kalinya aku menyanyi lagu Jepun. Dengan bantuan seorang teman dari Tokyo, aku cuba juga.
Saigo No Hitoha atau 'Daun Terakhir' adalah sebuah balada rakaman Hiromi Ohta pada 1976. Sebutan kata dalam bahasa Jepun sangat tipis dan halus, tidak boleh disebut dengan keras.

Sunday, August 01, 2010

Saturday Night Live @ POST-MUSEUM: Rudy Djoharnaen & Iwee


Ini akan menjadi memori yang berharga. Walaupun kecil, persembahan Sabtu malam lalu FULL HOUSE dan mendapat sambutan yang sungguh hangat oleh para penonton yang hadir. Dengan luahan vokal dan petikan guitar, aku dan Iwee telah berjaya menyentuh hati mereka. Alhamdulillah. 

Aku akan lampirkan sample videonya nanti. 

Rudy Djoharnaen

Tuesday, July 13, 2010

PERSEMBAHAN - RUDY DJOHARNAEN & IWEE


SATURDAY NIGHT LIVE
A Night of Classic Jazz, Bossanova
& Ballads…

RUDY DJOHARNAEN:

His captivating voice and style reminds you of the biggest names of the classic Era such as Frank Sinatra, P.Ramlee, Andy Williams and Nat King Cole. Rudy Djoharnaen won a 1999 Malay TV singing competition called 'Anugerah' and has been singing professionally since then. He has performed at various concerts with big bands like the Singapore Malay orchestra and the PA Chinese Youth Orchestra.

In the recent years, he performs mostly jazz, ballad and bossanova. His stage presence is full of charisma with a style of his own and a voice that is beautifully expressed from the soul. Such distinctive voice is a will definitely leave you captivated, fascinated and mesmerized.





IWEE:

Iwee, the man behind has seen it all, being in the music industry for decade, he had traveled all over Asia as a performing artist. Locally he had performed in many entertainment places, too vast to name it all, mainly at well known places, and events for many corporate functions, weddings and all kinds of parties, along with well known local bands or alone. Having said all that, his passion for music is so strong that he never stops to excel himself, for an instance he had achieved for himself a BA in Jazz
Music.

With his vast experience and talent in music, from Pop, Jazz, Rock, Blues, R&B, Classical and many more, not forgets in addition to his great sense of humors, will sure to stir up the crowd from all walks of life, of all ages from young to old and to your surprise even to the little ones.

THE SONGS:

The Duo will bring you down memory lane with nostalgic songs like LOOK OF LOVE, FROM RUSSIA WITH LOVE, SEALED WITH A KISS, MEDLEY OF BOSSANOVA and many more.

Iwee’s beautiful guitar playing and Rudy’s captivating vocal
expression will definitely put you ‘glued’ to your seat throughout the show. You will be mesmerized.

Well, let’s put it this way, it will blow your heart away!

TICKETS: $20.00 per pax
MAP OF VENUE:
http://www.post-museum.org/map.html

TICKETS: $20.00 per pax
Tickets Available at POST MUSEUM (107+109 ROWELL ROAD)
Call : 63963598

Also available through the following personnel:
Contact:
SITI (sms/call) - 98874519
YANTI (sms) - 81278506

GET YOUR TICKETS NOW & SEE YOU AT THE SHOW!

Tuesday, July 06, 2010

Wednesday, June 02, 2010

ZAPIN D' MUARA


Minggu lalu (28 - 30 Mei), aku telah sama-sama menjayakan persembahan ZAPIN D' MUARA di Taman Warisan Melayu. Acara gilang-gemilang ini diselenggarakan oleh ERA DANCE THEATRE LTD sempena Pesta Seni Singapura 2010 ini. Zapin D Muara menggabungkan expressi seni tari dan muzik 3 negara (Singapura, Malaysia, Indonesia) Era Dance Theatre mewakili Singapura, Yayasan Warisan Johor mewakili Malaysia dan Langkan Budaya Taratak mewakili Indonesia. Persembahan diadakan selama 3 malam (Jumaat, Sabtu & Ahad)


Aku menjalankan tugas aku mewakili Singapura selaku penyanyi. Pebriyana Wulandari mewakili Indonesia dan Wahidah Abd Rahman mewakili Malaysia. Tanggungjawab yang agak berat kerana kami harus bernyanyi secara langsung atau 'live'. Akan tetapi, aku suka pada cabaran sedemikian kerana aku sangat gemar bernyanyi 'live'. Aku menganggap itu sebagai peluang untuk aku terus mengasah vokal dengan lebih baik lagi. ‘Do it once! Do it Good! Lepas tu boleh chill…” begitulah prinsipku bila membuat pertunjukan.

Aku telah mempersembahkan tiga lagu Zapin yang mempunyai kesan yang baik; YALADAN, ZAPIN BERADAT/BUDI & ZAPIN RINDU-RINDUAN. Ramai para penonton suka pada Yaladan, tetapi ramai juga yang berjiwa sentimental sangat terkesan dengan Zapin Rindu-rinduan. Begitulah komen yang aku terima selepas persembahan.

Genre Tradisional sebegini sebenarnya bukanlah ‘forte’ku. Ia bukan makanan harianku seperti penyanyi Wulandari dan Wahida, yang senantiasa menyanyikan genre tersebut untuk pelbagai persembahan pentas. Aku lebih condong ke a rah jazz dan evergreen. Tetapi aku cuba berikan yang terbaik jika menyanyikan lagu-lagu berirama Melayu. Aku cuba berikan 100%, paling kurang 70-80% dari segi vokalnya. Seorang penyanyi yang baik adalah penyanyi yang boleh menyanyi secara langsung dan memberi kesan mendalam kepada sesiapa saja yang mendengarnya.

Alhamdulillah, persembahanku disambut baik dan diberi komentar yang positif oleh para penonton, khususnya para penggemarku yang hadir untuk menyokong. Terima Kasih pada kalian semua. Namun aku akan terus terus memperbaiki dan menjaga mutu nyanyianku. Maaf kalau ada silap ketika membuat persembahan ya, hee. :)



Semoga aku senantiasa bersemangat dalam bidang seni ini. Semoga aku dapat mempersembahkan bakatku di pentas-pentas festival serantau dan antarabangsa, InsyaAllah. Selagi ada dayaku, aku akan terus memberi kesan pada para penonton sebagai tukang nyanyi. Kepada penyelenggara projek Zapin D Muara dan semua yang turut sama menjayakan acara ini, Terima Kasih daun keladi. Semoga kalian terus berjaya dalam melestari seni dan budaya serumpun ini.



"Bernyanyilah lagi, dengan suaramu yang meluahkan nada dari alam yang jauh dari kami, dimana muzik dan cahaya rembulan adalah satu." (Penyair Romantis Percy Bysshe Shelley)

Sunday, May 23, 2010

Oh Pagi



Rudy Djoharnaen & Nur (NURADEE)

Monday, April 19, 2010

Jeritan Batinku


17 April, Sabtu. Irama Layar Perak. Iringan Band Nadaria. Persembahan ini tak akan aku lupakan. Akan datang adalah konsert 'Zapin  Di Muara'  pula. InsyaAllah pada akhir bulan Mei ini.

Laporan Berita di Saluran Suria Singapura

Wednesday, April 14, 2010

IRAMA LAYAR PERAK, 17 APRIL SABTU di ISTANA HALL, TAMAN WARISAN

Sila klik pada gambar untuk saiz yang besar agar dapat dibaca butirannya.


Monday, April 12, 2010

You're My Everything



Rehearsal/Jamming session untuk majlis persandingan seorang sahabat.

Sunday, March 28, 2010

Suatu Masa - Persembahan Amal

27 March 2010 (Sabtu): Aku telah membuat persembahan di Geylang United Football Clubhouse di Bedok North bersama beberapa artis Singapura seperti Indra Hamzah, Vivid, Azhar Ras dan Fairus Adam untuk menyokong kutipan amal bagi mangsa-mangsa gemba Haiti. Konsert ini diselenggarakan oleh Musiq Huttz dan Insan Media.

Sunday, March 21, 2010

Malam Dondang Sayang - Sayang Musalmah

Ekspresi Seni: MALAM DONDANG SAYANG
20 mac 2010 / 8pm hingga 10pm
Istana Hall, Taman Warisan Melayu
Istana Kampung Glam

Sudah agak lama aku tidak membuat persembahan tradisional secara khusus seperti ini. Aku tinggalkan feel jazz aku untuk sementara demi berada di pentas Istana Hall, Taman Warisan Melayu (Istana Kampung Glam). Bersama Bibi Gt Lye yang kecoh dengan telatahnya dalam Dondang Sayang, Kak Noreha Bajuri (deejay veteranWarna 94.2) yang spontan dan santai dan barisan pemuzik dan penyanyi Sri Saujana yang handal dari Muar, aku cuba memberikan sepenuhnya dalam acara tersebut.

Aku bukan jaguh dalam irama asli atau tradisional. Aku tidak pandai akan patah lagu dan alunannya. Aku cuma hentam keromo saja. Namun aku memberi ruang dalam ekspresi suaraku untuk irama seperti ini. Sayang Musalmah adalah sebuah gubahan ghazal lama yang aku sangat suka. Aku jatuh cinta padanya tatkala alk mendengar versi live Sharifah Aini kira-kira 10 tahun lalu. Versi Kamariah Noor dan Rosiah Chik juga aku suka. Aku memang ingin sangat menyanyikan lagu ini namun tidak berkesempatan. Akhirnya, dengan konsert ini, tercapai juga hasratku. Hentam saja dah! Hasilnya..beginilah.



Mungkin ada juga cacat celanya nyanyianku ini, namun aku sangat berpuas hati dan enjoy kerana telah memberikan yang terbaik.

Selamat mendengar bersama orang tua kalian semua.


Sayang Musalmah memakai sanggul
Turun ke sawah menanam padi
Emas sekoyan dapatku pikul
Aku tak sanggup menanggung budi


Turun ke sawah menanam padi
Hendak dijual ke pekan lama
Jangan selalu menanggung budi
Kelaklah nanti jadi bencana.



Ok best! Aku akan upload video Dondang Sayangnya nanti.

Thursday, March 18, 2010

Ekspressi: Pesta Seni

Salam semua,

Aku akan mempersembahkan lagu-lagu Melayu tradisional untuk acara berikut:

EKSPRESI: PESTA SENI
Sempena ulangtahun Taman Warisan Melayu ke 5. Acara ini diselenggarakan untuk memperkenalkan dan melestarikan semula irama Melayu tradisional yang pernah popular satu masa dahulu di Singapura.

Dondang Sayang: Mari Berjoget
Istana Hall,
Taman Warisan Melayu (Malay Heritage Centre)
Istana Kampung Glam

Jam: 8 hingga 10 malam
Tanggal: 20 march 2010, Sabtu

Iringan Muzik live oleh: Kumpulan Sri Saujana (Malaysia)

Turut membuat persembahan ialah Bibi GT Lye dari Persatuan Gunung Sayang yang akan berdondang sayang dan berbalas pantun untuk menambahkan kemeriahan malam itu.

Acara ini dibuka untuk umum dan percuma. Kepada pengunjung-pengunjung blogku di Singapura atau Johor, jika ada masa, silalah turun ke Taman Warisan untuk berhibur. Kepada yang tidak sempat, akan aku cuba merakamkan videonya dan terbitkan di blog atau saluran youtube agar dapat kamu semua dapat menontonnya.

Sudah lama aku tidak menyanyikan lagu-lagu bercorak sedemikian. Sekarang sedang warming uplah ni, haha. Barangkali sudah berkarat. perlu telan Singer Oil. (:o)

Wednesday, March 17, 2010

Dondang Sayang

Salam semua,

Aku akan mempersembahkan lagu-lagu Melayu tradisional untuk acara berikut:

EKSPRESI: PESTA SENI
Sempena ulangtahun Taman Warisan Melayu ke 5. Acara ini diselenggarakan untuk memperkenalkan dan melestarikan semula irama Melayu tradisional yang pernah popular satu masa dahulu di Singapura.

Dondang Sayang: Mari Berjoget
Istana Hall,
Taman Warisan Melayu (Malay Heritage Centre)
Istana Kampung Glam

Jam: 8 hingga 10 malam
Tanggal: 20 march 2010, Sabtu

Iringan Muzik live oleh: Kumpulan Sri Saujana (Malaysia)

Turut membuat persembahan ialah Bibi GT Lye dari Persatuan Gunung Sayang yang akan berdondang sayang dan berbalas pantun untuk menambahkan kemeriahan malam itu.

Acara ini dibuka untuk umum dan percuma. Kepada pengunjung-pengunjung blogku di Singapura atau Johor, jika ada masa, silalah turun ke Taman Warisan untuk berhibur. Kepada yang tidak sempat, akan aku cuba merakamkan videonya dan terbitkan di blog atau saluran youtube agar dapat kamu semua dapat menontonnya.

Sudah lama aku tidak menyanyikan lagu-lagu bercorak sedemikian. Sekarang sedang warming uplah ni, haha. Barangkali sudah berkarat. perlu telan Singer Oil. (:o)

Sunday, March 14, 2010

Malam Cemerlang




13 Mar 2010. Jamming bersama Sinar Fusika untuk sebuah majlis persandingan. Aku suka pada kumpulan ini. ar Mereka punya 'passion' dan tersendiri. Mereka adalah contoh anak-anak muda berbakat yang melestarikan muzik Melayu tradisional. Semoga mereka terus berjaya dan terus memperjuangkan muzik seperti ini.

1967. Lagu ini dirakam oleh Seniman Aziz Jaafar dan Biduanita Kartina Dahari untuk filem 'Jebak Maut'. Lagu ciptaan Yusuf B. Senikata oleh S.Sudarmaji.