Saturday, April 24, 2010

matimu yang nikmat

Pada satu hari, dengan takdir Yang Kudus,
benang tenunan hidupmu akan putus
Pasti! Tentu!
Ajal maut di tanganNya
Mana tali berpunca tak berhujung?

Dunia hanya persinggahan semata
Semoga jalanmu berpegang pada tali yang diredhai
Alam abadi sudah menanti kepulanganmu
Semoga matimu penuh keindahan
Baringmu di atas tilam dan bantal Rahmat Tuhan
Tidur lena yang sangat mengasyikkan...

Kerana Dia mengasihimu.

InsyaAllah. Amin

Monday, April 19, 2010

Jeritan Batinku

video

17 April, Sabtu. Irama Layar Perak. Iringan Band Nadaria. Persembahan ini tak akan aku lupakan. Akan datang adalah konsert 'Zapin  Di Muara'  pula. InsyaAllah pada akhir bulan Mei ini.

Laporan Berita di Saluran Suria Singapura

Wednesday, April 14, 2010

IRAMA LAYAR PERAK, 17 APRIL SABTU di ISTANA HALL, TAMAN WARISAN

Sila klik pada gambar untuk saiz yang besar agar dapat dibaca butirannya.


Sesalnya Paduka Seri Maharaja...

Aku Paduka Seri Maharaja
Raja besar kota Singapura
kerana hasutan pembesar istana
negeri ditimpa malapetaka

Murkaku pada seorang mulia
Seorang Pasai tinggi ilmunya
kerana pohon pinang terbelah dua
dia ku hukum tanpa bicara

Keris dihunus ke dalam dada
Di Hujung Pasar ku menghukumnya
sebelum maut menjelang tiba
Dia melafaz sumpah bencana

Mayatnya ghaib serta-merta
Setelah mati dihukum beta
Darahnya menitik di Singapura
Di pantai Langkawi terlantar jasadnya

Kemudian bencana datang menimpa
Huru hara seluruh Singapura
Ramai yang maut di pantai sana
Diserang todak beribu banyaknya

Buntulah segala isi Istana
Tidakku tahu nak buat apa
Lalu ku beri perintah yang gila
Pantai dipagar rakyat jelata

Perintah yang bodoh dititah beta
Rakyat jelata menjadi mangsa
Menghadaplah seorang yang bijaksana
"Batang pisang!" itulah cadangannya

Berkat akal yang bijaksana
terselamat negeri dari bencana
Tiada ku duga tiada ku sangka
Budak itu Rahmat yang Esa

Seluruh negeri kembali sejahtera
rakyat jelata riang gembira
Namun diriku tak kenang jasa
Termakan lagi hasutan hina

Kerana dia bijaklaksana
Segera ditamatkan riwayatnya
Kalau dia tumbuh dewasa
Dia tentu merampas kuasa

Termakan lagi hasutan durjana
"Bunuh budak itu!" begitulah titah Beta
Tanpa belas kasihan dirantainya
Tenggelamlah ia di laut gelora

Begitu bodohnya diri yang hina
Daulat kemana aku kemana
Akulah durjana hati ternoda
Sesal ku tidak ada gunanya

Walaupun daulatku terasa mulia
sebagai Raja yang berkuasa
Akalku cetek dungu belaka
lebih rendah dari hamba....

Rudy Djoharnaen

Note: Sekadar imaginasi saja. Ilham dari Singapura Dilanggar Todak.


"Carik baju raja

Dilompati todak

Bukan disahaja

Sebab akal budak."




Bukan Todak Punya Angkara...
Colour Pencils & Oil pastels on paper
Day-to-Day Collection
by Rudy Djoharnaen
2010

Monday, April 12, 2010

You're My Everything



Rehearsal/Jamming session untuk majlis persandingan seorang sahabat.