Showing posts with label Malar Segar Asia. Show all posts
Showing posts with label Malar Segar Asia. Show all posts

Wednesday, September 29, 2010

1978. 'Monster'. 1979 'Toyol'

Salam sejahtera semua. sudah lama tidak dikemaskini blog ini.

1978. Pink Lady, duo dari Jepun merakam lagu 'MONSTER' ini.
1979. LP'Perasaan'. Sudirman merakam versi saduran dengan tajuk 'TOYOL'.



Friday, June 05, 2009

Sejak kau Pergi - Sarena Hashim

Main Shair To Nahin adalah lagu asalnya. Dari filem Hindustan 'Bobby' yang sangat popular pada zaman mummy aku. Sarena Hashim merakam versi Melayunya pada awal 70an. Main Shair To Nahin berarti Aku Bukan Penyair.





Rudy Djoharnaen

Monday, April 27, 2009

Friday, April 17, 2009

Mr. Summertime

Sebuah grup harmoni 70an bergelar CIRCUS dari Jepun yang aku sudah jadi minat. Sesuai dengan taste aku.

Tuesday, March 24, 2009

いたずらっぽい目・・・由美かおる



1967. Biduanita Kaori Yumi. Barusan pulang dari gym, lagu ini sungguh menyegarrkan...aah..where's my ceylon tea? melodinya mirip lagu 50n 'Burung Kenari' oleh Biduanita Nona Asiah.

Sunday, February 08, 2009

Hito Koishikute dan Hari Bahagia



"Hito Koishikute (Rindu Seseorang)" nyanyian Saori Minami Lirik: Tsuzuru Nakazato, Lagu: Masamitsu Tayama, Susunan: Kimio Mizutani, Penerbit: Masatoshi Sakai, 1975.

1978. Trio Manja (dianggotai oleh Jamaliah Arshad, Hamidah Ahmad dan Aida Ahmad) merakam semula lagu ini dalam versi Melayu. Diberi judul 'Hari Bahagia' Senikata oleh Almarhum Haron AbdulMajid. Dimuatkan dalam LP 'Untukmu Sayang' dibawah label EMI Singapore. Kalau tak silap susunan muzik oleh S.Atan.

Kedua versi ini aku suka. Pembawaan Trio lebih lebut berbanding Saori, tetapi begitulah keindahan kedua versi ini. Muzik Melayu dulu memang banyak meminjam dari Muzik lain seperti Jepun dan Inggeris.

Chie, aku sangat setuju Saori Minami seorang yang jelita, macam Hiromi Ohta. Hehe... Thanks dear.





















Tuesday, January 13, 2009

Bobby

Aku bukan peminat lagu hindustan, tapi ini lagu memang baik.
Dari filem 70an, Bobby lakonan Rishi Kapoor dan Dimple Kapadia.
Mak boleh meleleh-leleh airmata tengok ini gambar.

Friday, October 10, 2008

赤い運命 - 山口百恵 Akai Unmei

Ahah! Baru sahaja aku mendapat maklumat berguna oleh sahabatku Chie dari Tokyo.

赤い運命 - 山口百恵

Lagu asal dari Ku Ingin Bahagia oleh Rina Rahman (scroll ke post rina di bawah) adalah "Akai Unmei (Nasib Merah)" 1976. Ia dirakam oleh Momoe Yamaguchi(Lahir di Tokyo tahun 1959), Penggubah muziknya adalah Takashi Miki,dan senikata oleh Kazuya Senke. Hiroshi Takada bertindak selaku Penyusun Muzik Orchestra.

Momoe Yamaguchi adalah ikon legendaris zaman 70an, yang beraktif sebagai penyanyi dan pemain drama TV antara tahun 1973-1980. Waktu berumur 21 tahun
(1980) saat puncak sebagai idol, dia mundur dari dunia hiburan saat menikah dengan aktor Tomokazu Miura dan tidak sama sekali muncul ke media massa sejak itu.

Tentu saja, erti lirik original berbeza dengan versi Rina Rahman. Versi Momoe adalah soundtrack drama TV yang tajuknya sama, tentang nasib dua orang gadis yang secara accident terganti di antara dua ayah yang saling membenci, maka menggambarkan perasaan wanita muda yang mencari kebenaran.

Senikata bagian refrainnya: Di suatu tempat, ada saya yang seorang lagi.
Dia mencari anda yang seorang lagi. (Chie)

Ternyata muzik pop Melayu 70an banyak juga meminjam melodi pop Jepun.

Thanks a lot Chie! Pastinya ia akan menjadi arkipku bagi sejarah muzik yang berguna.

Wednesday, September 03, 2008

Melodi Sebelum Azan

Melodi indah padang pasir ini akan kedengaran di sebuah stesen radio Melayu di Singapura sebagai isyarat kepada pendengar bahawa azan akan berkumandang. Sejak kecil hingga sekarang, aku sering mendengarnya. 'The Moon and I' (1959)adalah salah satu karya seniman Ron Goodwind and His Orchestra di dalam LP (piring hitam) 'Music For An Arabian Night'. (Thanks Hamlau for the song!)

Lagu ini pernah dirakam versi Melayunya (beserta senikata) oleh Sharifah Aini pada awal 70an dibawah EMI Singapore. Versi Melayu tidak kurang hebatnya hebatnya, sesuai dengan vokal Biduanita yang menguasai lenggok Ghazal ini. Semoga keindahan 'The Moon and I' dapat menenangkan jiwa pembaca sekalian. Selamat Berpuasa.

The Moon And I - Ron Goodwind and His Orchestra

Di Malam Persandingan - Sharifah Aini

Thursday, June 19, 2008

Yoroshiku Aishu / Sejakku Mengenal Cinta

Dunia muzik Melayu era 70an banyak menghasilkan lagu-lagu saduran. Contohnya, pada 1977, Halil Chik telah merakamkan lagu 'Sejak Mengenal Cinta', sebuah versi Melayu dari 'Yoroshiku Aishu' oleh Hiromi Go.

Senikata keduanya memberi gambaran yang seiras. Dengarlah.


Yoroshiku Aishu - Hiromi Go

Sejak Mengenal Cinta - Halil Chik


Rudy Djoharnaen
Singapura

Sunday, June 15, 2008

Amadare (Rintik Hujan)


Amadare-Biduanita Ohta Hiromi (1974)



sendirian...
rintik hujan membuat ku kesepian
jadi aku coba memanggilmu
satu payung untuk kita berdua
berjalan riang di kota
musim dingin seperti angin
"dingin tidak?" tanya kau lembut
deg-degan hati ku
kedua insan yang sepi ini
mendekatkan bahu ke bahu
saling nyampaikan
awal cinta yang melambung

Gambaran Senikata oleh Chie Fukase (Tokyo).


Thanks
Fukase! Aku malu kerana penguasaan Bahasa Melayu/Indonesiamu lebih baik dariku. Semoga kau sejahtera selalu dan terima kasih kerana menghargai jiwa seniku. Aku juga menghargai ketulusan dirimu. Semoga kita dapat berjumpa satu hari nanti.

Rudy Djoharnaen
Singapura

Wednesday, May 07, 2008

Ramlee & Saloma

Dari Filem 'Love Parade' terbitan Shaw Brothers, 1963. Filem ini diterbitkan di Hong Kong dalam bentuk warna. Pasangan lagenda Saloma & P.Ramlee telah diundang untuk menyanyikan lagu Bengawan Solo dalam satu babak filem berbahasa Cantonese ini. Waktu itu, P.Ramlee merupakan berlian bagi Shaw Brothers di Singapura.

A super rare clip! Must see!




Kita selalu melihat pasangan ini dalam hitam putih. Bila Mak aku lihat kilp ini, dia excited banget. "Ooh, macam gini warna baju songket Saloma," katanya. Bila aku fikir-fikir, oh ya, baju ini yang dikenakan beliau dalam lagu 'Bila Larut Malam' bersama Panca Sitara untuk filem Labu-Labi.

Memang vogue penyanyi pujaan aku ni.

Rudy Djoharnaen
Singapura

Tuesday, February 26, 2008

Dahil Saiyo-Pilita Corrales




Sa buhay ko'y labis
Ang hirap at pasakit, ng pusong umiibig
Mandin wala ng langit
At ng lumigaya, hinango mo sa dusa
Tanging ikaw sinta, ang aking pag-asa.

Dahil sa iyo, nais kong mabuhay
Dahil sa iyo, hanggang mamatay
Dapat mong tantuin, wala ng ibang giliw
Puso ko'y tanungin, ikaw at ikaw rin

Dahil sa iyo, ako'y lumigaya
Pagmamahal, ay alayan ka
Kung tunay man ako, ay alipinin mo
Ang lahat ng ito, dahil sa iyo

Kerana kau kuserahkan jiwa,
Kerana kau biar tak apa,
Kerana aku tahu, nanti di satu waktu,
Engkau akan tau, cinta suciku,

Kerana kau impian hatiku,
Kerana kau ratapan sukmaku,
Oleh kerana itu dengarlah laguku,
Laguku untukmu, kerana kau.

Saturday, December 15, 2007

Biduanita Pilita Corrales


Saluran TV Singapura kini menyiarkan Idola Asia yang menampilkan para Idola dari Singapura, Thailand, India, Indonesia, Malaysia dan lain-lain. Diantara barisan pengadil dari negara-negara asia yang diundang, salah seorang menarik perhatianku; Biduanita Pilita Corales, lagenda dari Filipina.
Dilahirkan di Cebu, Filipina pada 1939, beliau tersohor sebagai penyanyi lagu-lagu 'folk' Filipina yang diberi jolokan 'Asia's Queen of Songs'. Beliau berdarah kacukan Spanish dan Austronesian. Sebanyak 135 album telah dirakamkannya dan beliau pernah membuat persembahan bersama para biduan hebat seperti Frank Sinatra, Sammy Davis Jr dan Julie Andrews. Namanya sebagai penyanyi tercipta melalui saluran TV Melbourne pada 1950an hingga awal 60an dengan lagu 'Come Closer To Me'.

Pada pertengahan 60an, beliau kembali ke Manila untuk meneruskan kerjaya nyanyiannya dalam industri muzik Filipina dan mendapat sambutan yang hangat. Lagu dendangannya, 'Dahil Sa Iyo', merupakan lagu kegemaran Biduanita Saloma, yang merakamkannya dalam versi Melayu dengan tajuk 'Kerana Kau Impianku' pada tahun 1959.



Uhaw Sa Gugma (loghat Visayan)

Senikata yang membawa erti berikut (dalam Bahasa Melayu):

Aku dahaga wahai kasihku
dahaga akan cintamu
Bilakah kan ku rasai kemanisan madu cinta?
Tidakkah kau mengasihaniku? Cintaku, aku tahu aku bersalah
Tidakkah kau ingin memaafkan?

Kisah semalam kita, kitakan ingati
Masihku bayangkan, keriangan dan senda tawa ini
Kau pergi jauh, dan segalanya kehilangan
Di dalam hatiku sungguh mendalamnya kesepian...


Rudy Djoharnaen

Singapura