Saturday, December 15, 2007

Biduanita Pilita Corrales


Saluran TV Singapura kini menyiarkan Idola Asia yang menampilkan para Idola dari Singapura, Thailand, India, Indonesia, Malaysia dan lain-lain. Diantara barisan pengadil dari negara-negara asia yang diundang, salah seorang menarik perhatianku; Biduanita Pilita Corales, lagenda dari Filipina.
Dilahirkan di Cebu, Filipina pada 1939, beliau tersohor sebagai penyanyi lagu-lagu 'folk' Filipina yang diberi jolokan 'Asia's Queen of Songs'. Beliau berdarah kacukan Spanish dan Austronesian. Sebanyak 135 album telah dirakamkannya dan beliau pernah membuat persembahan bersama para biduan hebat seperti Frank Sinatra, Sammy Davis Jr dan Julie Andrews. Namanya sebagai penyanyi tercipta melalui saluran TV Melbourne pada 1950an hingga awal 60an dengan lagu 'Come Closer To Me'.

Pada pertengahan 60an, beliau kembali ke Manila untuk meneruskan kerjaya nyanyiannya dalam industri muzik Filipina dan mendapat sambutan yang hangat. Lagu dendangannya, 'Dahil Sa Iyo', merupakan lagu kegemaran Biduanita Saloma, yang merakamkannya dalam versi Melayu dengan tajuk 'Kerana Kau Impianku' pada tahun 1959.



Uhaw Sa Gugma (loghat Visayan)

Senikata yang membawa erti berikut (dalam Bahasa Melayu):

Aku dahaga wahai kasihku
dahaga akan cintamu
Bilakah kan ku rasai kemanisan madu cinta?
Tidakkah kau mengasihaniku? Cintaku, aku tahu aku bersalah
Tidakkah kau ingin memaafkan?

Kisah semalam kita, kitakan ingati
Masihku bayangkan, keriangan dan senda tawa ini
Kau pergi jauh, dan segalanya kehilangan
Di dalam hatiku sungguh mendalamnya kesepian...


Rudy Djoharnaen

Singapura

No comments: