Friday, December 07, 2007

Biduanita Aretha Franklin



Pertama kali aku mendengar nyanyiannya, aku mulai jatuh cinta dengan suaranya yang bertenaga dan sungguh 'soulful'. Aretha Louise Franklin dilahirkan pada 1942 di Memphis dan mencipta namanya sebagai penyanyi, pemuzik dan penggubah lagu. Awal penglibatannya dalam seni suara adalah sebagai penyanyi Gospel. Kemudian beliau melangkah sebagai penyanyi soul, dengan mendapat inspirasi dari biduan dan biduanita lagenda ketika itu; Dinah Washington dan Sam Cooke.

Beliau telah mencipta nama di bawah beberapa syarikat rakaman seperti Columbia dan Arista. 'RESPECT', 'Chain of Fools' merupakan diantara lagu-lagu yang terkenal dan kini malar segar. Beliau juga merakamkan semula lagu-lagu seperti 'Say A Little Prayer' oleh Dionne Warwick dan 'Natural Woman' oleh Carol king. Dengan gaya suaranya yang tersendiri, lagu-lagu tersebut berjaya diberi nafas baru ketika itu.

Inilah dia Aretha Franklin, yang menjadi salah satu inspirasiku dalam alam seni suara. Memang wajar menobatkan beliau sebagai 'Ratu Soul' atau 'The Queen of Soul'.



Rudy Djoharnaen
Singapura

No comments: