"Hito Koishikute (Rindu Seseorang)" nyanyian Saori Minami Lirik: Tsuzuru Nakazato, Lagu: Masamitsu Tayama, Susunan: Kimio Mizutani, Penerbit: Masatoshi Sakai, 1975.
1978. Trio Manja (dianggotai oleh Jamaliah Arshad, Hamidah Ahmad dan Aida Ahmad) merakam semula lagu ini dalam versi Melayu. Diberi judul 'Hari Bahagia' Senikata oleh Almarhum Haron AbdulMajid. Dimuatkan dalam LP 'Untukmu Sayang' dibawah label EMI Singapore. Kalau tak silap susunan muzik oleh S.Atan.
Kedua versi ini aku suka. Pembawaan Trio lebih lebut berbanding Saori, tetapi begitulah keindahan kedua versi ini. Muzik Melayu dulu memang banyak meminjam dari Muzik lain seperti Jepun dan Inggeris.
Chie, aku sangat setuju Saori Minami seorang yang jelita, macam Hiromi Ohta. Hehe... Thanks dear.
6 comments:
Lagu ini juga indah, tapi agak aneh ya kalau dibawakan oleh penyanyi lelaki. Sayang yaa Rudy. Omong-omong, di foto ini, yang manakah Jamaliah Arshad / Hamidah Ahmad / Aida Ahmad? Kalau boleh saya tahu.
Chie,
lagu itu kurang sesuai untuk lelaki. Kalau melihat dari gambar LP, adalah dari kiri: Jamaliah, Hamidah di tengah dan aidah kanan
Rudy, terima kasih banyak ya, penjelasannya.
rudy,
banyak lagu jepun yang disadurkan ke lagu melayu pd zaman 70 dan 80-an,
saya menyimpan lagu ori jepun lagu saduran berikut
ku ingin bahagia - rina rahman
utk ayah dan ibu - rina
akhirnya kecewa - rina
hari bahagia - trio manja
ku gembira - trio manja
bukan sekadar ucapan - alleycats
kisah aku dan dia - alleycats
bintang disayang - rahimah rahim
sejak mengenal cinta - halil chik
ramuan tarik harga - hamidah ahmad
untuk dia yg disayang - uji rashid
lagu kenangan - julie remie
waktu bercinta - roy n fran
Wah hebat ya, My Cuppie Cake. Saya numpang berterimakasih atas info-nya. Semoga saya sempat mendengar lagu-lagu itu kapan-kapan.
Cuppie cake:
yup, memang benar. muzik melayu zaman itu banyak meminjam.
sharelah kat blog anda jika ada.
Post a Comment