Tuesday, February 03, 2009

Bawah Rumpun Bambu




(P.Ramlee/Salleh Ghani)

4 Jun 1973. Lagu terbitan GUO Records ini diantara ciptaan terakhir P.Ramlee selain Air Mata Di Kuala Lumpur. Senikatanya ditulis oleh Salleh Ghani. Namun, P.Ramlee hanya sempat mendengar lagu ini sebelum EPnya dicetak kerana meninggal dunia pada 29 Mei 1973. Mimi Loma merupakan adik kepada Biduanita Saloma. Beliau pernah berlakon dalam filem Ahmad Albab memgang watak Suhara.

Menurut beberapa sumber, pada awalnya P.Ramlee mencipta lagu ini untuk Saloma. Tujuannya juga untuk menarik Saloma menyertai GUO. Namun Saloma menolaknya kerana mempertimbangkan kredibiliti syarikat rakaman ini. Saloma waktu itu dibawah naungan gergasi EMI. Kalau benar sumbernya, well, you can't blame the lady. (EMI / GUO...come on..hehe).

Kemudian lagu itu diserahkan kepada Mimi untuk merakamnya. Rezeki beliau. Maka secara rasmi, lahirlah Mimi Loma dalam industri muzik Melayu. Lagu ini mempunyai sentuhan muzik hindustan dan susunannya sangat rapi.

p.s. ini lagu Mak aku. :)

2 comments:

dew embun said...

Your Mak has good taste ah!

Rudy Djoharnaen said...

ni lagu zaman dia perr