Friday, October 12, 2007

Selamat Tinggal Teman.

Hello Teman,

Masa berlalu begitu singkat. Kini kau dah nak pergi. Dulu waktu kau datang, aku tak tak begitu ambil kisah. Dan bila kau pergi pun aku tak rasa sedih sedikitpun. Yang aku tahu cuma buat apa yang patut dan hooray-hooray bila kau nak pergi. Tahun demi tahun aku tetap begitu juga. Tapi kali ini bila kau datang aku happy, walau masih juga degil. Sepanjang bersamamu aku cubalah sedikit demi sedikit menabur amalan. Sehingga dipertengahan waktu itu baru aku cuma perbanyakkan. Cuba mantapkan apa yang wajib dan buat lebih-lebih apa yang sunnah. Itikaf dan qiyam di rumah Allah membuat aku sedar betapa bodoh, sombong, miskin dan daifnya diri. Bodoh kerana tidak begitu berilmu, sombong sebab tak kuasa mencari ilmu, miskin kerana kurang berilmu dan daif kerana kecilnya aku sebagai seorang insan. Aku ini banyak dosa dan selama ni tak kesah kalaupun aku banyak dosa.

Pada suatu malam di sebuah masjid fikiran aku 'flashback' segala itu dan aku pun menangis bila mengikut imam yang menyelenggarakan solat Taubat, buat pertama kalinya aku menangis kerana itu. Setelah solat aku baca doa dan istighfar Baginda Nabi Adam a.s yang diajarkan oleh seorang Ustaz. Semoga Allah merahmati beliau. Bila aku baca aku menangis. Macamana agaknya perasaan dan keadaan Baginda bila melafazkan doa itu ye? Alhamdulillah, itikaf itu bermakna bagi aku. Kini kau dah nak pergi. Bila jumpa lagi? Aku rasa macam belum cukup aku beramal. Sedihlah friend. Tapi aku happy sebab pertama kali aku dapat solat teraweh sepanjang aku bersama kau. Semoga Allah izinkan aku ketemu dengan kau lagi ya.

Kalau boleh aku nak teruskan amalan sehingga kau kunjung jelma lagi. Aku perlukan support dari members-members baik yang punya niat yang sama. Perjalanan aku banyak liku-likunya. Ya Allah, kau ampunkanlah dosa-dosaku, ibu bapaku, saudara maraku, para sahabatku dan guru-guruku. Kau rahmatilah kami dan lembutkanlah hati kami untuk beriman padaMu. Terimalah amal ibadah kami walau sekecil manapun. Sesungguhnya kau Maha Pengampun dan Maha Pengasih. Amin.

Sampai jumpa lagi Teman.

Rudy Djoharnaen

No comments: