Saturday, October 27, 2007

Memori Cinta

Seorang teman rapat telah memperdengarkan aku lagu Allahyarham Syed Anaz ketika aku mengunjunginya untuk beraya. Sudah lama aku tidak dengar lagu dari penyanyi yang digelar Boy George Malaysia pada era 80an dahulu. Teringat aku pada rancangan HMI gandingan Allahyarham dan Mazuin hamzah yang di'rekod' ke pita video oleh kakak. Pita tu dah lama dibuang sejak kami berpindah ke Jurong. Allahyarham meninggal pada usia 42 tahun. Semoga rohnya sejahtera di alam sana. Amin.




Syed Anaz

1 comment:

Anonymous said...

kenangan kembali semula bila mendengar lagu ini di mana aku sedang menyanyi di KL and duduk bersama allahyarham dan dia adalah teman karib ku..walaupun dia datang dari keluarga yg ternama dan kaya, allahyarham tetap baik orang nya dan 'down to earth'. lagu ini menyimpan banyak kenangan semasa aku membuat persembahan bersama beliau pada satu masa dahulu..aku amat merindui suara nya, perbualan nya dan gurau nya...satu lagu yg berjudul TEMAN,ciptaan ajai,yg sepatut nya aku nyanyi kan bersama nya untuk album akan datang allahyarham..tidak kesampaian..walaupun dia telah pergi dahulu...namun kami tetap mejandi teman..moga roh nya tenang di sana..amin...