Showing posts with label Dulu-Dulu. Show all posts
Showing posts with label Dulu-Dulu. Show all posts

Saturday, November 01, 2008

Sekolahku dulu-dulu.


SEKOLAH RENDAH PERMAISURA
PERMAISURA PRIMARY SCHOOL
1965-1992

(Aku dari batch 1987-1992)

WE THE CHILDREN OF THIS SCHOOL
PERMAISURA IT'S HIS NAME

CHILDREN SO HAPPY BOLD AND FREE
FORWARD MARCHING ON

ALWAYS ALERT
READY AND WILLING
CHILDREN OF PERMAISURA

TRYING...STRIVING
FORWARD MARCHING ON

BERJAYA...BERJAYA

TEACHERS CHILDREN
WORK TOGETHER WITH GLEE
LIVE TOGETHER IN HARMONY!!

Dululah 1996 agaknya. Gambar yang di'box' tuuu...


Rudy dulu Kental Gila Sial!

Saturday, September 06, 2008

Anak rusa Nani,
Baru kembang ekor,
Apa dosa kami,
Lalu tidak tegur.

Apa sey?


Monday, August 11, 2008

Kenangan Geylang Serai

Pasar Geylang Serai dalam kenangan setiap kali tiba Ramadhan.


Friday, November 30, 2007

Kubur Bidadari

Perkuburan Bidadari (Inggeris: Bidadari Cemetery, Cina: 比达达利坟场) meninggalkan kenangan. Masa aku kecil, setiap tahun di musim raya Wak Mat selalu mambawaku ke sana untuk menziarahi pusara nyai dan yayi dari keluarga angkatku. Juga beberapa pusara saudara terdekat Mak dan Bapak.


Bila Wak membaca Yasin, aku akan bermain-main disekitar kubur berdekatan dan aku suka membaca nama-nama para ahli kubur yang tertulis pada batu-batu nisannya. Kononnya aku ni 'pengkajilah'. Perkuburan tidak panas kerana banyak pepohon rendang yang sudah tua usianya. Kadang-kadang ternampak juga askar gurkha berlari-lari anak disitu. Teringat juga akan Masjid Bidadari, dimana Wak akan solat Asar disitu setelah menziarahi kubur. Dan aku akan bermain-main dengan anak-anak kucing disitu. Masjid Bidadari dipercayai dibina pada tahun 1910.

Perkuburan Bidadari dibuka oleh pihak British pada 1907 setelah perkuburan Bukit Timah. Ia diantara yang tertua di Singapura. Kawasan tersebut menempatkan perkuburan Islam, Kristian dan Hindu. Ia ditutup pada 1972. Nama 'Bidadari' diambil sempena nama isteri Maharaja Abu Bakar dari Johor yang menetap disitu suatu masa dulu. Kini, semua pusara telah dipindahkan ke kawasan baru di Lim Chu Kang, untuk memberi laluan kepada pembangunan perumahan dan lain-lain.

Ia menjadi tempat bersemadinya beberapa nama-nama bersejarah seperti Douglas Campbell (Penasihat British Johor), Lim Boon Keng dan Syarif Masahor (Panglima Sarawak).
Oh ya...ada satu pengalaman yang aku ingat. Sedang Wak khusyuk membaca Yasin, aku telah mengutip 3 biji buah pong-pong dan melontar jauh dekat beberapa buah kubur. Tiba-tiba aku disapa oleh seorang datuk tua. Dia tersenyum dan menegurku. "Nak, jangan campak-campak buah tu nanti terkena batu nisan tak baik..." Aku pun buanglah biji buah itu dan menuju ke arah Wak. Bila aku toleh, aku tak nampak lagi datuk tua tu...
Rudy Djoharnaen
Singapura