Saturday, June 23, 2007

Lagu Anak Rantau

Tahun lalu, bersama 3 orang rakan (Ismalia, Hayatz dan Wan Quando) yang berbakat dalam bidang muzik, kami menubuhkan kumpulan 'The Pentatonics'. Bukanlah ianya kumpulan muzik yang sepenuh masa. Kami hanya bergabung untuk persembahan jika ada masa dan peluang.

Pertama kali 'The Pentatonics' muncul adalah di Pelayaran Kasih anjuran 'PPIS Jurong' dimana kami menggelarnya 'The Love Boat Show'. Diantara lagu yang kami bawakan adalah 'Kasihku' (saduran dari Manha De Carnaval) dan sebuah lagu istimewa 'Lagu Anak Rantau'. Tabik kepada Pak Kassim Masdor selaku pencipta lagu yang indah ini dan juga Biduanita Saloma, penyanyi asalnya. Lagu ini merupakan rakaman terakhir Almarhumah.

Pabila 'The Pentatonics' diberi peluang membuat persembahannya di Perpustakaan Esplanade, lagu Anak Rantau juga kami bawakan dengan sentuhan baru. Alhamdulillah, Pak Kassim Masdor sebagau tetamu khas kami senang dengan versi itu.

Dengan rendah hati aku perdengarkan 'Lagu Anak Rantau'. Senikatanya juga bermakna.


(Kassim Masdor. Saloma 1981)

Wahai kawan
dikau jauh
aku risau kerinduan
tak tertahan kesedihan
berlinang airmata
bila malam keseorangan
ku diteman bintang-bintang
suasana malam ini
berlagu anak rantau

di suatu pinggiran
tak jauh dari sini
tempat berkenalan
tidakkah kau ingati

bila malam kesunyian
ku terkenang peristiwa
pertemuan
perpisahan
yang kini telah terjadi...

Rudy Djoharnaen
Singapura

7 comments:

~peNgLipuR LaRa~ said...

i lurVeee di soNg..

orG dengAr kat loVe boaT saMpai terisaK-isaK. jGn meMain awaK. =D

Rudy Djoharnaen said...

penglipurr...sapa yang tersedu sedan tu? kita disini nak tau jugak...hehehe ;)

~peNgLipuR LaRa~ said...

*hiakzz*

ade kaN paX yg nangIs biLa wak nyanyi lagu tuH. feeling betul lah. =D

lagu anuar zain satu lah! =P

Anonymous said...

anuar zain..tak moh ah...tak minat ah soo sorri hehe...jangan jangan you yang nangis tak? ;)

~peNgLipuR LaRa~ said...

haaaa..no lah..saya tk nangis. Saya menghayati sahaja. ;o)

reaLi..ada couple nangis.. so tar-cheD bila wak nyanyi lagu nie. =)

Anonymous said...

hehe..sebab lagu tu di'storykan' dengan lagu 'kasihku' tu. Sebab knowing this youngsters mana tahu lagu lama...so terpaksalah saya buat plan B, turn it into a story. and Ismalia enhanced it with her beautiful violin playing. and the guitars as well..cool rite the musicians...
Begitulah ceritanya.

~peNgLipuR LaRa~ said...

yerP2..love d music & of kos, d musiciaNs wHo maDe it haPpen! =)

Caya lah! =D

keeP it uP u guYz + gerL! (",)