Tuesday, February 19, 2008

Melati Dari Jayagiri

Untuk mereka yang menggemari interpretasiku pada lagu 'Melati Dari Jayagiri'. Lagu puitis karangan Iwan Abdurachman ini dirakam pada awal 70an oleh Trio Bimbo. Bimbo juga terkenal dengan 'Balada Seorang Biduan' dan 'Tuhan'. Keindahan senikata dan melodi terserlah dalam lagu ini.

Kini aku rangkaikan semula rakaman ini untuk dinikmati sekali lagi. Aku rasa versi mp3 ini lebih bermutu suaranya dari youtube. Terima kasih Cikgu Zarina kerana memperkenalkan aku pada karya ini suatu ketika dulu.



Ada juga beberapa pembaca yang meminta beberapa rakaman yang lain agar dapat diposkan disini. InsyaAllah, akan aku cuba laksanakan.

No comments: