Sunday, February 17, 2008

Berpijak Di Bumi Nyata

(Karya Rudy Djoharnaen 'Sandtiles' Saiz bervariasi, Verisimilitude 2001)
aku berpijak di bumi nyata
kenyataan akan perjalanan hidup
yang kadangkala licin
kadangkala bersimen
kadangkala berdebu
kadangkala berpasir
kadangkala luka kerana terpijak kaca
dan batu-batu kasar
kadangkala terbakar telapak kaki
dek pasir panas dibawah terik matahari
kadangkala lurus
kadangkala berismpang-siur
kadangkala berbukit-bukau
kadangkala luas
kadangkala sempit
kadangkala seluas padang rumput
kadangkala seluas padang pasir
kadangkala lecak
kadangkala kering
oleh
Rudy Djoharnaen
Singapura

No comments: