Beliau lahir dengan nama Edith Sumampouw dalam keluarga Kristian yang berasal dari Menado, Sulawesi, Indonesia pada 1932. Orang tua kandungnya bernama Estefanus Louis Sumampouw dan Suzanna Mathilde Huwaè.
Pada usia 18 tahun, namanya bertukar menjadi Norma Abdullah apabila beliau memeluk agama Islam bersama bapa angkatnya pada usia 18 tahun. Bersama bapa angkatnya, beliau mula-mula melibatkan diri sebagai pelakon dalam rombongan bangsawan yang merantau ke Malaya. Pabila menjadi pelakon filem, beliau diberi nama Normadiah oleh A.R Tompel.
Syarikat perfileman yang mula-mula menawarkan kontrak lakonan kepadanya adalah Nusantara Film Company. Di Nusantara Film Company Normadiah berlakon dalam filem Seniati arahan A.R. Tompel, Pacar Putih arahan Naz Achnas dan Dian arahan Naz Achnas. Pada 1953, beliau menyertai Shaw Brothers dibawah produksi Malay Filem Productions (MFP) sebagai pelakon, penyanyi dan pereka tari sehinggalah penutupan studio tersebut pada 1967.
Di MFPlah namanya sebagai Seniwati filem mengharum dengan lakonannya yang sangat berkesan. Watak jahatnya sebagai Ibu tiri dalam 'Lela Manja' membuat penonton benci padanya, kerana keberkesanan lakonan tersebut. Bukan sahaja watak serius, malah watak komedi juga dibawanya dengan baik seperti filem 'Saudagar Minyak Urat', 'Siapa Besar', Aksi Kucing' dan lain-lain lagi.
Filem Si Tanggang
Setelah penutupan MFP, beliau ada berlakon dalam beberapa buah filem seperti Ibulah Shorga oleh Gafico Filem, 1968 dan Mat Karung Guni (1971) (arahan Mat Sentul) oleh Cathay Keris Film. Pada era 70an dan awal 80an, beliau sering digandingkan dengan Seniman Mahmud Jun (watak sebagai suami isteri orang kaya) dalam filem-filem seperti Badul, Panglima Badul, Si Luncai, Toyol dan lain-lain lagi.
Normadiah juga adalah seorang biduanita unggul yang merakam lagu-lagu malar segar seperti Penggodaan, Seri Dewi Malam (Sharifah Aini merakamkannya semula pada 1970), Sang Rajuna Hati dan juga lagu-lagu dari Pancha Sitara yang dianggotainya. Pancha Sitara diketuai oleh P.Ramlee pada awal 60an.
Beliau telah berkahwin tiga kali. Suaminya yang pertama adalah seorang berbangsa Cina dan hasil perkahwinan itu adalah Martinah Hatim Hassan. Perkahwinan kedua menghasilkan dua orang anak, Syed Ekzan dan Sharifah Hasnor. Sharifah Hasnor pernah bergandingan dengan Bat Latiff untuk filem Satu Titik Di Garisan (1971, Cathay Keris). Perkahwinan terakhir dengan Seniman/Biduan Almarhum Aziz Jaafar, mendapat dua orang anak, iaitu Azlina dan Liza yang mewarisi bakat keduanya dalam bidang nyanyian.
Lagu yang aku tidak dapat lupa adalah 'Bulan dan Juga Angin', duet beliau dengan P.Ramlee untuk filem 'Panggilan Pulau'. Menurut kakakku yang dahulunya seorang penari, Normadiah seorang yang sangat rendah diri dan menggelarkan dirinya 'Mak' ketika sama-sama membuat rakaman SBC Hari Raya Haji pada pertengahan 80an . Azlina juga peramah dan sopan ketika berbicara.
Keunggulan Seniwati dan Biduanita ini tidak ada tolok bandingnya. Beliau meninggal dunia pada tahun 2000 pada usia 68 tahun akibat penyakit appendiks dan kencing manis. Semoga rohnya dicucuri Rahmat. Amin
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Salam,
Oh! she's one of my favaourite artiste. And honest to god, her rendition of Sang Rajuna Hati is sooo beautiful. Tang mana beautifulnya aku pun tak dapat nak gambarkan. That's one of her early recordings kan? Too bad you did not post 'em here.
May ALlah cucurkan rahmat ke atas rohnya. Amin
Post a Comment