Tuesday, January 13, 2009

Filem 'Raja Bersiong'



1968. Sebelum Shaw menutup pintu gerbang Studio Jalan Ampasnya, ia telah menerbitkan sebuah filem bercorak 'Epic' dalam format warna Shawscope. 'Raja Bersiong' diadaptasi dari lagenda pra-Islam negeri Kedah dengan ilham Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Malaysia ketika itu.

Filem arahan Jamil Sulong ini menampilkan hampir seluruh bintang Malay Film Productions; Ahmad Mahmud, Sarimah, Nor Azizah, Aziz Jaafar, Omar Suwita, Salleh Kamil, Rahmah Rahmat, Zaiton, Normadiah dan lain-lain lagi.

Filem ini adalah filem paling tinggi bajetnya. Jarang ditayangkan di TV kerana mungkin mengandungi unsur-unsur khurafat seperti penyembahan berhala dan perkahwinan yang dilangsungkan oleh sami. Namun dari segi estetik, aku rasa ia sangat bermutu dan 'grand scale'. Namun ia gagal menyelamatkan industri filem Melayu yang sudah menjunam. Merdeka Studio di Ulu Kelang dan Cathay juga turut marasakan pahitnya.

Setelah 'Raja Bersiong', layar perak Studio Jalan Ampas pun menutup tirainya.



No comments: