Friday, May 01, 2009

Irama dari Piano



Sesuatu yang agak sukar pada waktu aku mula menyanyi secara professional. Harus mengawal suara dimana keynya seiring dengan irama dari piano. Setelah beberapa tahun berlatih barulah aku dapat memberikan yang terbaik atau sebaik mungkin. Pemain piano dan Penyanyi harus mempunyai eye contact yang konsisten agar sentiasa seiring dan vokal tidak lari dari tempo. Apatah lagi menyanyi irama tradisional diiringi piano sahaja. Aku ini bukan pakar dalam irama tradisional, main hentam keromo saja.

Aku masih lagi belajar...


Rudy Djoharnaen

1 comment:

chaharani said...

Nah keheningan inilah keunggulan kamu dan duo Rudy dengan Hairul. Harap kamu terus menyanyikan lagu-lagu Melayu juga walau kata kamu "hentam keromo"(ini pun berasal dari rendah hati).