Friday, May 29, 2009

Seniman Muzik Ahmad Jaafar

Seniman muzik yang unggul ini adalah anak kelahiran Binjai, Sumatra Indonesia. Lahirnya pada tanggal 30 Ogos 1919. Beliau mendapat pendidikan awalnya di Methodist Boy's School dan juga sekolah Arab.

Sejak dari usia kanak-kanak, beliau belajar muzik atas dorongan dan didikan bapa saudaranya. Bapa saudaranya adalah seorang pemain biola dan bapa kandungnya seorang ejen filem bisu di Medan. Penglibatan Ahmad Jaafar dalam dunia muzik mula berkembang sekitar tahun 1933 apabila beliau menyertai kumpulan muzik tentera di Tanjung Pura. Bersama kumpulan inilah, beliau belajar bermain saksafon, klarinet dan lain-lain.

Pada zaman Jepun, Ahmad mula menggubah lagu-lagu sandiwara pentas bersama temannya Lilik Suhaeri. Mereka berdua telah menghasilkan lagu-lagu seperti Rama-Rama, Bunga Tanjung dan banyak lagi.

Penghijarahannya ke Singapura bersama isterinya Sutinah pada 1946 mula menambahkan warna seni muziknya.

"Kami didorong oleh kehebatan nama Singapura yang dikatakan mempunyai pemain muzik yang handal-handal. Saya mahu mencuba bakat saya," (Ahmad Jaafar, dipetik dari buku 7 Magnificient Composers)

Di Singapura, beliau berkawan dengan seorang lagi Seniman muzik Osman Ahmad dan mendapat pekerjaan sebagai pemain tenor di Great World Cabaret. Pada 1950, beliau mencipta sebuah lagu 'Ibu' sebagai lagu filem keluaran Shaw Brothers yang sama tajuknya. Lagu ini dirakam oleh Biduan P.Ramlee. Antara lagunya yang berkesan sehingga kini adalah 'Selamat Hari Raya' oleh Saloma. Lagu ini menjadi lagu wajib bagi setiap hari raya puasa.



Selian itu, beliau juga mengetuai dan mengasaskan Orkes Rayuan Kencana yang terkenal di tahun 50an dan sering mendapat undangan bermain untuk rancangan hiburan di Radio Malaya di Singapura. Beliau turut memimpin Orkestra HMV.

Pada 1958, Ahmad menyertai Radio Televisyen Singapura (RTS) atas rekomendasi dan usaha penerbit Yusof Ahmad. Beliau bermain muzik dan kemudian memimpin Orkestra RTS selama 15 tahun. Beliau terus berkerja bersama RTS sehingga stesen tersebut bertukar nama pada Perbadanan Penyiaran Singapura (SBC). Beliau bersara pada 1992.

Pada 1981, beliau dianugerahkan pingat 'Cultural Medallion' oleh pemerintah Singapura dan Meritorious Award oleh Compass pada 1996.

Industri muzik Melayu telah kehilangan seorang Seniman unggul yang wajar dikenang dan dilestarikan segala karyanya. Inilah dikatakan 'Passion'. Seniman Ahmad Jaafar meninggal dunia Sabtu, 23 Mei yang lalu akibat penyakit pneumonia.

Semoga rohnya dicucuri Rahmat. Amin.

Rudy Djoharnaen
Singapura

2 comments:

chaharani said...

Terima kasih atas info serta ucapan belasungkawa(dukacita) yang penuh isinya. Sayang sekali, tahun lalu, saya tidak sempat mendengar Anda menyanyikan lagu almarhum. Mudah-mudahan tahun ini jadi.
Mengenang dan menyanyikan ulang karya cipta alharhum, merupakan suatu sikap yang mulia, yang bisa kita lakukan sebagai pecinta/penerus seninya yang tetap bernyawa di bumi ini.

MY CUPPIE CAKE said...

RUDY,
PAKCIK masa jadi wartawan BH Malaysia pernah ke rumah Allahyarham untuk menemubual beliau. Malangnya beliau tiada di rumah kerana ada rakaman dengan TCS. Hanya bertemu isyerinya.