Monday, January 28, 2008

Azlina Aziz dan Siti

Dua hari lepas aku 'terserempak' dengan video ini di youtube. Siti memberi penghormatan kepada Azlina Aziz dengan menyanyikan lagu-lagunya secara duet dengannya. Bukanlah niat untuk 'overrate' Siti Nurhaliza, tetapi aku rasa persembahan duet ini cukup menarik untuk aku ketengahkan di blog ini.

Jika diamati dengan telinga yang tajam, suara mereka berdua mempunyai tonasi yang serupa. Kelunakan vokal keduanya tidak boleh dipertikaikan lagi. Siti is superb and Azlina is a legend!





Rudy Djoharnaen
Singapura

Simfoni Kasih


Lagu dendangan Ogy Ahmad Daud dari Filem 'Abang' pada tahun 1981 ini memang sudah lama tidak kedengaran. Filemnya juga sudah lama tidak ditayangkan di kaca TV.

Filem arahan Seniman Rahim Razali ini mengisahkan seorang Abang yang sulung yang kembali ke pangkuan keluarganya setelah sekian lama membawa diri ke London dengan secara tiba-tiba. Kembalinya dia disambut dengan bermacam emosi dan perasaan, sedang ia cuba menjalani hidup seperti biasa dengan mereka, menyembunyikan rahsia kesihatannya yang dipendam selama ini.

Filem ini membawa kejayaannya sebagai Pelakon Lelaki Terbaik dan Penulis Skrip terbaik di festival Filem Malaysia ke 2 pada 1981. Begitu juga dengan Ogy Ahmad Daud, yang dianugerahkan Pelakon Harapan Wanita di Festival Filem Asia Pasifik (Kuala Lumpur) ke 27 pada 1982.

Diantara para pelakon dalam filem ini adalah Noorkumalasari, Ahmad Tamimi, Seniman Veteran S.Roomai Noor dan Seniwati umi Kalthum.



Rudy Djoharnaen
Singapura

Sunday, January 27, 2008

73-72=1

Apakah kita tergolong dalam 1 itu?
Ya Rahman, berilah petunjuk.


Rudy Djoharnaen
Singapura

Thursday, January 24, 2008

Penghibur Sudirman Hj Arshad

Penghibur lagenda yang dicungkil bakatnya menerusi Bintang RTM 1976 ini pernah diberi jolokan 'Elvis of Malaysia' dan 'The Singing Lawyer'. Media Singapura menggelarnya 'The Singing Dynamite'. Lakonannya dalam filem 'Kami' arahan Seniman Aziz Sattar pada 1982 masih segar dalam ingatan.

Almarhum Sudirman telah merakamkan banyak lagu yang bermutu. Diantaranya ialah 'Salam Terakhir', 'Merisik Khabar' dan 'Pelangi Petang'. Ada juga lagu-lagu yang bermutu dan mempunyai melodi dan senikata yang indah tetapi 'under-rated'.

Seperti lagu ini; 'Senja Berulang Senja'. Pada pandanganku, jika dibandingkan dengan 'Pelangi Petang', lagu ini lebih indah lagi sentuhannya. Tidak dinafikan bahawa 'Pelangi Petang' memang bagus tetapi padaku lagu ini lebih menyentuh kalbu.




Senja Berulang Senja- 1979

Al Fateha buat Almarhum Sudirman Hj Arshad.



Rudy Djoharnaen
Singapura

Tribute kepada Eddy Ali.

Dari filem arahan K.M Basker tahun 1958, 'Satay' merupakan produksi Cathay Keris Films, Singapura. Bintang kanak-kanak ini pernah memenangi oscar bagi lakonan terbaik dan sebaris dengan bintang kanak-kanak yang lain seperti Bat Latiff (Nujum Pa' Blalang) dan Tony Castello (Anakku Sazali).

Beliau datang dari keluarga seni filem dan muzik. Bak kuah tumpah ke nasi, bakat Almarhum bapanya sebagai pemuzik dan penyanyi diwarisi olehnya dan beberapa orang adiknya seperti Ebby Saiful dan Eddy Nor Ali.



Rudy Djoharnaen
Singapura

Soalan-Soalan 'Diamond' Di Hari Persandingan Adikku

Ahad, 20 Januari 2008 dari 11pagi hingga 6petang

"bila awak punya turn pulak?"

"bila makan nasi minyak"

"wah, adik kau langkah bendul eh...kau bila nak kahwin?"

"dah ada calon?"

"si bujang ni bila lagi?"

"umur dah 28 ni, dah time kan?"

"dah kahwin ke belum?"

"hai...adik kahwin dulu dari abangnya?"

"when your turn ah, bang?"

"when will your day coming?"

"you married already?"

"bila kau punya giliran?"

"abang ada matair?"

bila?

bila?

bila?


Tuesday, January 22, 2008

Malam 18 Januari 2008, Jumaat

"...aku sedihlah Dy, aku kahwin arwah Bapak takde."

"...takpelah...aku masih ada apa..."





Rudy Djoharnaen

Monday, January 21, 2008

Sabtu lalu Jadi Wali.


Sabtu, 19 Januari 2008. 4:45ptg di Pandan Gardens,
di bawah sinaran lampu 'diamonds' yang kuning menyala-nyala...

aku menunggu dengan debaran...
Tuan Kadi tiba dan beri salam
masanya untuk merasmikan pernikahan
sebagai Wali menggantikan Arwah Bapak.
nervous....nervous...tapi aku tetap nampak cool...
Kemudian datang pengantin lelaki dan rombongannya.
Ruang tamu semakin sempit dengan saudara-mara.
semuanya tertumpukan pada Pengantin lelaki dan tuan Kadi.
tapi...aku yang nervous...Pengantin lelaki nampak macam tak nervous
tapi aku rasa dia lagi nervous cuma dia act cool aje...
setelah Tuan kadi dapat Green Light dariku,
maka upacara pernikahan pun dimulakan.

aku menyerahkan tugas akad nikah pada tuan Kadi...
lalu aku diberi sepotong ayat untuk mengumumkan keizinan itu...
gedebak gedebuk...akad nikah selamat dan pengantin lelaki sudah sah menjadi adik iparku...
Alhamdulillah....Syukur nikmat...

Semua orang pun happy....mummy happy...aku happy...nenek happy...pengantin happy....saudara mara happy...best...
lalu aku pun tangkap pose yang sungguh charming.
Dalam kesibukan orang memetik gambar pengantin dan riang ria tu...Tuan Kadi dengan senyumannya sempat pula tembak soalan pada aku...
"Awak dah nikah...?"
bersambung...
.........................
Kepada Sally, adik dan Lan dan semua cuzzins...sabar-sabar...nanti gua upload gambar-gambar majlis semalam okay...gua nak tangkap cool gambar gua dululah...sabar eh...hehehe :)


Rudy Djoharnaen
Singapura




Keroncong Untuk Ana


Keroncong adalah salah satu muzik kegemaranku...dan Keroncong Untuk Ana adalah satu satu keroncong kegemaranku. Dan lagu ini menjadi tanda kasih sayang abang iparku kepada kakakku, tatkala dia cuba menambat hatinya. Berjaya juga akhirnya...hehe...




Rudy Djoharnaen
Singapura

Friday, January 18, 2008

Biduanita Sanisah Huri




Dunia muzik Melayu di era 60an and 70an telah melahirkan barisan penyanyi yang bermutu tinggi. Lagu-lagu yang dirakamkan menjadi terkenal dan malar segar sehingga kini. Salah seorang penyanyi yang aku rasa wajar diberi pengikhtirafan ialah Biduanita Sanisah Huri. Beliau mula menjadi artis rakaman pada tahun 60an, di era kegemilangan Pop Yeh Yeh. 'Si Baju Hijau' dan 'Siapa Gerangan' adalah diantara lagu-lagunya yang popular ketika itu, sebaris dengan Biduan Ahmad Jais, Rafeah Buang, A.Ramlie dan lain-lain lagi.


Beliau bernaung dibawah EMI Singapore, sebuah syarikat rakaman gergasi ketika itu. Popularitinya berterusan sehingga era 70an. Di pertengahan era tersebut beliau perbindah ke Senada Records, dibawah naungan Kassim Masdor. Sanisah mempunyai suara yang merdu dengan tonasi dan sebutan kata yang jelas. Cara nyanyiannya juga tersendiri. Beliau berkebolehan menyanyi secara live, berkat pengalamannya membuat pertunjukan pentas dahulu. Kehebatan beliau dikagumi oleh penyanyi seangkatannya seperti Ahmad Jais. Biduan ini pernah cuba mendapatkan beliau untuk berduet dalam konsertnya namun hajat tersebut tidak kesampaian.

Beliau banyak muncul di rancangan TV Singapura, yang dahulunya digelar RTS, kemudian SBC. Kali terakhir aku melihatnya di kaca TV adalah sekitar tahun 1998. Kemudian beliau terus menyepikan diri dari industri muzik.

Aku pernah bersua dengan Biduanita ini. Seorang teman karib yang mengenalinya membawaku bertandang ke rumahnya pada Aidilfitri beberapa tahun lalu. Tutur katanya sopan dan wataknya yang lemah lembut menambah lagi keanggunan wajahnya walaupun sudah senior. She ages gracefully. Pertemuan tersebut tidak boleh aku lupakan dan setiap nasihatnya dalam bidang nyanyian aku pegang sehingga kini.

Sanisah Huri adalah contoh dan sumber inspirasi kepada penyanyi-penyanyi muda zaman ini. Beliau wajar diberi penghormatan dan sumber rujukan bagi dunia muzik Melayu. Jasanya tidak boleh dilupakan. Semoga beliau sejahtera.



Rudy Djoharnaen
Singapura

Wednesday, January 16, 2008

Dean Martin dan Tony Bennett

Sebuah lagi duet yang bermutu.



Rudy Djoharnaen
Singapura

Saturday, January 12, 2008

Bossanova...aku suka.

How Insensitive (Insensatez)
Ciptaan Antonio Carlos Jobim.
Senikata Inggeris oleh Norman Gimbel








Rudy Djoharnaen
Singapura

Wednesday, January 09, 2008

Dua Lagenda

Biduanita Petula Clark yang terkenal dengan lagu 'Downtown' telah berduet dengan Biduanita Peggy Lee yang terkenal dengan 'Fever'. Gabungan suara dua penghibur ini sangat istimewa. Masing-masing dengan gaya tersendiri yang tinggi mutu bakatnya.

Video ini dirakam pada tahun 60an. Pada waktu itu Petula sudah bergelar bintang dan Peggy sudah senior berstatus Lagenda. Namun dalam paduan suara ini, tiada seorang yang cuba 'mengalahkan' yang lain. Inilah keseimbangan dalam nyanyian. Inilah cara duet yang 'rendah diri' tapi tinggi nilai seninya.

This is what a duet is all about.

Tuesday, January 08, 2008

Oh Bangau - Lagenda Lagu Kanak-Kanak

Dari album keluaran Parlophone 1974 'Indra Shahril dan Rakan-Rakan', bintang kanak-kanak ini menghibur para pendengar dengan lagu kanak-kanak yang menjadi popular pada ketika itu. Salah satu tracknya adalah 'Oh Bangau' dendangan Farouk, Zabrina dan rakan-rakan. Lagu ini menjadi siulan kanak-kanak sekolah dahulu, malah dalam bilik darjah cikgu Bahasa Melayu akan menyanyikannya.

Memang old school. Lagu ini pernah dinyanyikan Seniman Wahid Satay dalam filem Dang Anom. Indra Shahril adalah anak kepada Biduanita Nona Asiah, yang terkenal pada era 40an dan 50an.








Rudy Djoharnaen
Singapura

Monday, January 07, 2008

Si Merah (Bahagian 1)

Si Merah termenung panjang. Dalam lamunannya itu terbayang wajah neneknya yang sangat dia sayangi. Nenek juga sangat sayang kepadanya. Maklumlah Merah hanya seorang sahaja cucunya. Cucu yang sulung dan tunggal. Mentelah lagi ibu Merah telah meninggal dunia sewaktu Merah masih kecil, kira-kira tujuh tahun yang lalu. Mendiang ibunya adalah putri tunggal pada neneknya. Sebagai satu-satunya zuriat, sudah tentu diberi kasih sayang bagai menantang minyak yang penuh, tidak sedikitpun tertumpah ke tanah.

Ibu Merah bernama Suri. Merah mempunyai rupa paras seperti ibunya yang sangat jelita. Rambutnya hitam ikal mayang, pipi pauh dilayang. Lesung pipit dan tahi lalat di bawah bibir sebelah kanan menambah lagi manisnya. Suri bersuamikan Kancan, pemuda yang tampan dan tegap. Bekerja ia sebagai tukang kayu dan sesekali menjual hasil kerja seninya. Ia mahir pada seni ukiran kayu dan sering mendapat upah mengukir tepak sirih untuk majlis-majlis perkahwinan orang-orang ternama dan tersohor seperti Tok Demang dan Orang Kaya Tirana. Malah Raja Ampuan dari Kota Ondan juga memuji hasil kerjanya. Dia dikenali sebagai pengukir yang bermutu tinggi dan telaten dalam penghasilan ukirannya.

Namun kelebihan rezeki itu tidaklah membuat dia hidung tinggi. Dia hidup dalam kesederhanaan dan sering memberi makan orang-orang miskin kalau ada rezeki lebih dari upah dan jualannya. Budi pekerti dan hati emasnya telah membuka pintu kasih Suri kepadanya. Kancan juga menaruh rasa cinta padanya kerana Suri tinggi kesantunan dan tatakrama, selain dari wajahnya yang jelita. Perkongsian cinta kasih keduanya membawa ke alam rumahtangga dan dengan kemurnian kasih itulah maka lahirnya si Merah yang mewarisi keindahan rupa dan sifat kedua orangtuanya. Alangkah bahagianya pasangan itu dengan lahirnya Si Merah. Bayi yang molek itu dijaganya dengan sangat rapi dan penuh kasih sayang. Malah Suri juga menulis sekuntum puisi khusus untuk Merah:

Dikau bak bulan purnama
Menyentuh kalbu dan kasih bonda
Kasih bonda dan ayahanda
Kasih murni tidak ternoda
Lahirmu membawa bahagia
Sinar suria penerang mega


bersambung…


Rudy Djoharnaen
Singapura

Saturday, January 05, 2008

Ideal Sisters

Salah satu girl groups dunia muzik Pop Melayu yang popular pada awal 80an. Kakak aku memang minat dengan mereka ini.





kini kau...patah patah patah hati...

Rudy Djoharnaen
Singapura

Wednesday, January 02, 2008

Wahai Anak Murid Cikgu...


Pertama kali Cikgu mengenalimu,
kau sungguh peramah dan mesra
kau suka bergurau
dan membuat teman temanmu ketawa.

Cikgu tak boleh lupa
bila kau menari nari
sambil memetik gitar Picasso
yang kau lukis dengan indah sekali
Lukisan Mondrianmu juga Cikgu suka
dihiasi keceriaan pelbagai warna

Tahun baru ini Cikgu sudah bersedia
untuk mengajarmu dan teman-teman sekelas
melukis rumah-rumah, burung-burung
dan lain-lain yang tentunya kau suka

Sepanjang November dan Disember Cikgu rindu
rindu bertemu dan mengajarmu dan teman-temanmu
pelajaran seni yang baru

Namun rindu itu tidakkan hilang
Cikgu sayang padamu...sayang sekali
Tapi Tuhan lebih menyayangimu
Tuhan menjemputmu pulang ke tempat yang indah
yang jauh lebih indah dari dunia yang fana

Bagaimana akan Cikgu bersua muka
dengan teman-temanmu yang lain
pada hari pertama kelas lukis?
semua akan ada disitu kecuali kamu
Kalau mereka bertanyakan
dan memperkatakan tentang kamu
apakah Cikgu dapat menahan rasa sedih?
Cikgu tahu Cikgu harus kuat dan tabah
Seperti kamu, mereka masih kecil...
Tentu mereka juga sedih dan rindu padamu...

Cikgu takkan lupa tanggal 2 Januari ini...

Bing Hong...Cikgu sayang padamu...
dan Tuhan itu Maha Pengasih...
I'm gonna miss you, Kid...I'm really proud of you as my student.
Yang Benar,
Rudy Djoharnaen
Singapura