Saturday, June 09, 2007

Ku Impikan Bintang



Versi Melayu bagi 'Let's Never Stop Falling In Love' dari kumpulan Perancis Pink Martini, sebuah kumpulan yang unik dan berbakat besar dalam dunia hiburan antarabangsa. Klik
sini untuk versi asalnya.

Satu percubaan yang baik dari Sean, menghidupkan semula zaman legendaris Sam Saimun, Ahmad Daud, Rahim Hamid, Saloma dan lainnya.

Rudy Djoharnaen
Singapura

Di Pinggiran-P.Ramlee

Walaupun ada diantara kamu mungkin menganggap seniman ini sebagai 'Over-Rated', bukanlah post ini bertujuan sedemikian. Cuma aku gemar dengan lagu ini dan ingin berkongsi dengan sekalian pengunjung blog. Semoga Terhibur


Koleksi gambar dari Album 1973, P.Ramlee yang dikeluarkan setelah pemergiannya. Al Fatihah.

di pinggiran
air terjun
bawah pohon rimbun
lagu dan pantun kususun

mengenangkan
peristiwa yang meragut jiwa
kerna tuan hamba
tak bersua

andai kata ada
sayap seperti burung
ku terbang padamu

akan tapi hasratku
tiada berdaya
kau hilang kemana

dipinggiran
ku merintih hati
tambah pedih
bila kan pulih khayal kasih...

Saturday, June 02, 2007

Goresan dari Hari ke Hari

“Disinilah daku, menggores dengan caraku sendiri
Setiap objek ku lihat dalam hidupku
Dari hari ke hari...”


Inilah saat yang sudah lama aku nantikan. Sebagai seorang hamba seni yang berkepelbagaian, adalah menjadi impianku untuk mengadakan Pameranku sendiri.
Alhamdulillah, kini impian kan jadi kenyataan.

Dengan rendah hati aku ingin mengundang sekalian pembaca blog di Singapura ini ke
pameran soloku yang pertama. Sebanyak 50 karya-karya goresan akan aku persembahkan dalam Pameran 'Day-To-Day atau Hari Ke Hari"

Kepada mereka di luar Singapura, walaupun mungkin agak sukar untuk turut hadir, aku akan sertakan dokumentasi berbentuk gambar karya dan pameran untuk tatapan semua.

Sila klik sini untuk maklumat lanjut.


Rudy Djoharnaen
Singapura

Kasih



Rakaman asal: Ermy Kullit


seandainya mungkin

ku mampu terbang ke awan

detik ini juga

ku akan melayang kesana...

Monday, May 14, 2007

Hari ini...




hari ini hari kenangan

hariku keluar dari rahim ibuku

hari ini ku singkap memori

menahan kesakitan

dari satu pengorbanan

ibuku yang melahirkan

daku bayi yang songsang

tak dapat dibayangkan

kini setahun meningkat lagi usiaku

masih bernafas...masih bertenaga

terima kasih Tuhan

rahmatilah daku dan orang tuaku

rahmatilah sahabat handaiku

Kau Maha Merahmati

Kau Maha Agung

Alhamdulillah.

Rudy Djoharnaen

Friday, May 11, 2007

Mak, Mummy...Selamat Hari Ibu!




Tiada emas atau berlian sebagai hadiahmu

hanya taat setiaku

hanya doaku dan keihklasanku untukmu

tiada harta, tiada apa

hanya untukmu

kusunting sekuntum mawar putih

sebagai lambang kesucian cintaku...

Mak..Mummy...Selamat Hari Ibu...

Aku sangat sayang padamu berdua...

Friday, May 04, 2007

Satu Dia

Penulis dan penggubah lagu dari Indonesia sememangnya berjiwa besar dalam seni. Lagu-lagu yang mereka gubah cukup berkualiti dari melodi dan senikatanya. Begitu juga dengan biduan dan biduanitanya seperti Sam Saimun, Broery Marantika, Trio Bimbo, Eddy Silitonga, Emilia Contessa, Tetty kadi, Ana Mantovani dan lain-lain lagi.


(Ciptaan Titiek Puspa)

Oh embun pagi
Mengapa rindu
Tak pernah hilang
Surya di siang
Kunanti bila kau datang
Bulan dan bintang Katakan padanya
Kutunggu, kunanti
Ditempat yang sama

Ada tiada tetap menyinta
Sehidup semati berdua
Janjimu itu bak pusaka
jiwa ragaku milikmu jua

Bunga di taman
kumbang2 mulai berdatang
oh burung pipit tolong usir si kumbang jalang
Hai angin lalu, jemputlah kasihku
Rinduku, cintaku, jangan sampai beku
Oh..oh..oh.yang satu dia
kusanjung dan kumanja
Oh..oh..oh.yang satu dia
Kusayang dan kucinta
Oh..oh...satu dia

Rudy Djoharnaen
Singapura

Monday, April 30, 2007

Layang-Layang Putus Talinya

Sesudah 5 tahun, baru aku menjumpai semula rakaman ini. Ia merupakan diantara yang aku sungguh hargai. Petikan dari sesi 'rehearsal' bagi program TV Talk Show Najip Ali 'TV KINI' pada 2002. Thanks Najip. Semoga terhibur.




(M.Nasir/S.Amin Shahab)

Berarak mendung kelabu
mengekori langkahku
sepanjang kehidupan
penuh dugaan
namun aku tetap akur

ku cuba dan terus mencuba
mencapai suria
walau membakar jiwa
walau aku dihina
namun aku tetap akur

derita oh derita
engkau dimana-mana
walaupun jauh aku lari
mahupun berdiam diri

namun indah mimpi dari realiti
hidupku tanpa arah
bagaikan layang-layang
terputus talinya

derita oh derita
engkau dimana-mana
walaupun jauh aku lari
mahupun berdiam diri
namun indah mimpi dari realiti
tapi pasti di suatu hari
nanti sinar suriakan menjelma...

Saturday, April 28, 2007

Apriseasi Keroncong: Tinggallah

Mempunyai suara yang menusuk kalbuku. Pabila dia berkeroncong, sangat cocok suaranya yang meluahkan rasa dalaman pada senikata lagu itu. Dengan iringan muzik yang mendayu, rasaku sangat tepat menggelarnya sebagai Biduanita Irama Keroncong Singapura. Dialah Puan Kartina Dahari.



Tinggallah mustika hati
tinggallah kau seorang diri
sungguh berat ku mencerai diri
belum tentu jumpa lagi

menyahut seruan pertiwi
membela kedaulatan negeri
janganlah kau kelak menyesali
berputus asa di hati

doakan ku pergi
tiada aku gentar hati
biar teguh berani
dari undur biar mati

tinggallah intan mustika
pada bayu ku kirim pesan
andai ku tiada lagi di dunia
jangan nanti kau kesalkan...

Friday, April 20, 2007

Apriseasi Keroncong: Kenang Daku Dalam Doamu

Pertama kali mendengar melodi asal Almarhum Biduan M.Bakri ini, aku mula meminatinya. Senikata tentang perpisahan yang tidak diminta sebarang pun jua, hanya kenangan dalam doa. Lagu ciptaan Ahmad Wan Yet ini pernah diberi sentuhan istimewa oleh S.M Salim dan Sharifah Aini. Tabik kepada M.Bakri sebagai Biduan asalnya dan Ahmad Wan Yet selaku penciptanya. Kini aku memberi sentuhanku sendiri sebagai seorang amatur dalam 'genre' keroncong ini. Lagu ini sempat ku rakam dari persembahan makan malam sempena Aidilfitri di salah sebuah hotel tahun lepas. Muzik latarnya disusun merdu oleh Almarhum Pak Hamzah Dolmat, seorang penggesek biola yang disegani di alam seni muzik tradisional Melayu.


(Ahmad Wan Yet/M.Bakri)


Sunnguh jauh dikau pergi
berpisah untuk selamanya
tiada lagi senyum mesra
dan gurau senda

Ingin ku turut bersama
apa daya ku tak terdaya
sudahlah memang nasibku dik
demikian rupa

ku berdoa agar dikau
hidup bahagia
jangan bimbang padaku
nan berduka

tapi dik kau jangan lupa
kenang daku dalam doamu
itu yang ku pinta
dari dulu waktu bertemu...


M.Bakri dalam kenangan

Rudy Djoharnaen
Singapura

Apriseasi Keroncong

Minatku pada irama keroncong berputik pada tahun 1999 setelah mendengar dendangan Keroncong 'Di Wajahmu Ku Lihat Bulan' oleh Hetty Koes Endang. Sejak itu bermulalah koleksi beberapa lagu keroncong yang aku perolehi dari rakaman-rakaman baru
dan lama. Kebetulan pada tahun 2003, aku berkesempatan untuk berkeroncong dalam satu rancangan amal secara langsung. Dapat juga aku memberi sentuhanku sendiri pada 'Keroncong Pasar Gambir'. Terharu dan tidak sia-sia rasanya, apabila dendanganku diberi pujian oleh Biduan R.Ismail, salah seorang tetamu khas pada malam itu. Biduan yang ku hormati itu bersalaman denganku lalu berkata, "Rudy, suara keroncong kau ini keroncong aslilah, bagus!" Kata-kata itu ku ingat sampai kini. R.Ismail terkenal dengan duetnya bersama Almarhumah Biduanita Rafeah Buang dalam lagu Gurindam Jiwa, sebuah lagu filem ciptaan Almarhum Pak Wandly Yazid, keluaran Cathay Keris Filem.

Irama warisan ini telah menjadi penenang jiwaku. Semoga ia juga dapat menenangkan jiwamu...kalau tidak...apa boleh buat...dengarkan sajalah ya. Semoga Terhibur.


BISIKAN HATI- RAFEAH BUANG 1977



dengarlah bisikan hasrat hati

yang merindu menjelma kembali

ingatanku yang telah lalu

bersama berjanji sehidup semati


kini tinggal hanyalah kenangan

dikau hilang dimana gerangan

tiada berita ku dapati

hanya ingatanku di masa yang lalu


kasihanlah kepadaku sayang

tiap hari jua wajahmu terbayang

ampunkanlah segala dosaku

seandainya kita tak lagi bertemu


dengarlah bisikan hasrat hati

yang merindu menjelma kembali

ingatanku tetap bersemadi

walau dikau kini telah mungkir janji...

Wednesday, April 18, 2007

Mengapa - Quinary M



1979

Mengapa mengapa mengapa yay

mengapa kau bersedih hati

mengenang orang jauh

hiburkanlah hatimu bersamaku

lupakan lupakan lupakan yay

lupakanlah cerita pahit

gantikan kisah indah

agar hidup berguna

masa depan untukmu

hanya untukmu...

Sunday, April 15, 2007

Peribahasa

Kadangkala kita merasakan

diri penuh kelebihan

tersenyum bangga

terasa mulia

akulah yang terbaik

akulah yang terbagus

akulah nombor satu

tiada lain setanding aku

kita dibuai kata puji

kita khayal dengan keindahan kita

terlupa siapa diri kita sebenarnya

kita rasa sempurna

Janganlah begitu

bagus sangat ke kita ini?

Hidung janganlah tinggi

Cerminlah diri sebelum

Berjalan mendongak

kerana adat periuk berkerat

adat lesung berdedak...

Rudy Djoharnaen
Singapura

Wednesday, April 11, 2007

Dari Hari Ke Hari - Si Mega Mendung...



(Karya2 Sketsa mega mendung oleh Rudy Djoharnaen, 2007)

Rudy Djoharnaen
Singapore

Dialog Antara Imam Muda dan Kupu-Kupu Malam

Kupu-Kupu Malam:

Kau teruna mempesona

Membuat jiwaku bergelora

Mari kemari dekat padaku

Akan ku belai rambutmu


Imam Muda:

Wahai jelita mempesona

Membuat Jiwaku bergelora

Maafkan daku menolak dirimu

Walau setapak mendekat padamu


Kupu-Kupu Malam:

Mengapa diri menolak tuah

Aku disini bersedia

Melayan segala nafsu syahwatmu

Nah, bukankah indah potongan tubuhku


Imam Muda:

Memang indah potongan badanmu

Berdegup pantas buah jantungku

Namun begitu maafkan daku

Terpaksa menolak layanan dirimu


Kupu-Kupu Malam:

Hatiku gatal dendam berahi

Tubuhku mendamba dakapan lelaki

Buaskanlah nafsumu dakaplah daku

Inilah nikmat depan matamu


Imam Muda:

Daku menolak sekali lagi

Walau tawaranmu menarik hati

Maafkan daku wahai jelita

Kerana ini bukan jalannya


Kupu-Kupu Malam

Berpuluh jantan sudahku hiburkan

Semuaku syarat dengan hantaran

Dikaulah seorang ku beri percuma

Jangan tolak rezeki depan mata


Rudy Djoharnaen

Sunday, March 25, 2007

Semalam Mega Mendung



semalam mega mendung

memberi tanda hujan nak turun

aku masih duduk termenung

fikiran terus mengelamun

semalam hujan turun

dengan lebat membasah bumi

fikiran masih mengelamun

fikirkan itu fikirkan ini

semalam hujan berhenti

terasa sejuk tiupan bayu

tersadar dari lamunan ini

ketika dipanggil oleh ibuku...

Rudy Djoharnaen