

Menyanyi hanyalah sebagai satu hobi baginya. Sungguhpun demikian, beliau menjadi seorang bintang pada masa itu. Beliau berjaya meraih naib juara dalam pertandingan adubakat terbitan RTS (Radio Televisyen Singapura) pada tahun 60an menyusuli kugiran 'The Tidbits' sebagai juara.
'Hadiah kedua itu ialah tiket ke Australia, tetapi saya jual. Duitnya saya guna untuk majlis perkahwinan pada Ogos berikutnya,' katanya.
Setelah banyak memenangi pertandingan menyanyi, Allahyarham Ahmad Daud mengajak beliau menyertai EMI dan berikutan itu beliau menghasilkan empat rekod jangka pendek (EP) dalam bahasa Inggeris dan empat EP dalam bahasa Melayu. Satu daripadanya ialah lagu duet beliau dengan Kartina Dahari berjudul Antara Dua Dunia.
(Gambar bersama Kartina)

Sugiman dilahirkan di Bukit Chermin dan mendapat pendidikan di Pulau Bukom English School. Ayahnya meninggal dunia ketika beliau berusia empat tahun. Antara lagu-lagu Inggeris rakamannya yang aku suka adalah versi 'Woman, Woman', 'If You Go Away', 'Born Free'. Versi 'Kisah Cinta'nya (Love Story asal Andy Williams) sangat terkenal pada awal 70an.
What a crooner! Am a big fan. Respek!
No comments:
Post a Comment