Sunday, November 23, 2008

Biduan Ahmad Jais




Biduan Ahmad Jais. Kasut putihnya yang menjadi identiti uniknya disamping suaranya yang unggul sehingga kini. Ahmad Jais memulakan langkahnya dalam dunia seni suara apabila berhijrah ke Singapura pada 1959. Bekas pekerja Cycle & Carriage menikmati sinar bintangnya apabila memenangi pertandingan beberapa nyanyian di Singapura. Rakaman awalnya adalah dibawah label Panda Records bersama Orkes Selayang Pandang.
Kejayaannya sebagai juara dalam pertandingan Lagu Asli Singapura telah meluaskan lagi kariernya sebagai penyanyi apabila beliau diberi peluang menjadi Penyanyi Undangan oleh Kumpulan Sriwana (masih ada lagi) dalam persembahan di Panggung Victoria. Pada zaman itu, panggung terbabit sering menjadi tumpuan golongan elit dan bangsawan. Ternyata kehebatan suaranya sewaktu menyanyikan lagu Di Ambang Sore diperakui tokoh muzik terkenal Singapura, Zubir Said yang banyak terbabit dengan dunia rakaman.




Di bawah Label EMI Singapore, album hit pertama Ahmad Jais muncul pada 1965, di zaman kegemilangan Pop Yeh Yeh yang menjadi puncak kegemilangannya. Album itu adalah Kucupan Azimat. Dibawah label inilah beliau telah merakam lagu-lagu duet bersama Biduanita Rafeah Buang dan Kartina Dahari. Sebagai penyanyi live yang sering diiringi kugiran dan orkestra, tidak oleh dinafikan kemantapan vokalnya kerana kebiasaan tersebut.

“Mungkin muzik sebegitu sesuai dengan suara saya. Yang penting bila menyanyi saya menyanyi sampai ke jiwa raga. Bukan itu sahaja, malah saya juga harus bertanggungjawab kepada lagu itu dengan menghayatinya,” (Ahmad Jais)

Sehingga kini Ahmad Jais sudah merakamkan lebih 100 lagu dalam 15 album, kebanyakannya dalam bentuk EP dan LP.

No comments: