Wednesday, August 06, 2008

A Girl Called Dusty - Biduanita Dusty Springfield

Mary Isabel Catherine Bernadette O'Brien lebih dikenali sebagai Dusty Springfield lahir pada 16 April 1939. Beliau adalah penyanyi Inggeris keturunan Irish. Era 'British Invasion' yang melanda industri muzik 60an di Amerika, telah memberi laluan untuk beliau menempah nama sebagai penyanyi yang unggul. Lagu-lagu 'singles' beliau adalah diantara tertinggi di carta Billboard Hot 100 dari 1963 sehingga 1970.

Gaya vokalnya sangat dipengaruhi muzik Soul dari Amerika dan dengan pengaruh itu beliau telah memberi intepretasi dan perubahan vokalnya yang dikenal sebagai 'blue eyed soul sound'. Keunikan suaranya dikagumi oleh ramai penggemar muzik, terutama sekali penggubah lagu lagenda, Burt Bacharach, yang pernah mengatakan; "Tiga nota...dan anda tahu itu adalah Dusty."

A Girl called Dusty... adalah singlenya yang pertama pada 1963. Diantara lagu-lagunya yang terkenal dan digemari adalah 'Look of Love', 'You Don't Have to Say You Love Me', 'Windmills of Your Mind', 'The Son Of A Preacher Man' dan 'Wishin' and Hopin''.

Biduanita yang istimewa ini meninggal dunia pada 1999 kerana kanser payudara. Ramai penyanyi lagenda wanita Inggeris yang aku gemar, tetapi aku belum pernah mendengar suara penyanyi yang begitu sensual, romantis, halus seperti Dusty Springfield.

Album 'Dusty In Memphis' sangat aku gemari.
Dibawah adalah diantara dendanganya yang aku suka.

Look of Love (1967)


Ini my all time favourite- Windmills of Your Mind (1969)


Spooky (1970)

4 comments:

Anonymous said...

Salam,
Yeap. She's great. I too love 'windmills of your mind' among others. Her cover version of 'if you go away' is soothing. Very melancholic. Tak pasti pulak dalam album yang mana satu.
_Deli

Anonymous said...

have you find out the controversial "answer" yet?

Anonymous said...

mungkal,

If You Go Away was from the album 'Where Am I going' 1967 by phillip records. One good version from that album is 'Sunny'. Fantastic

Sepai, the controversial answer is...there is no controversial answer...Dusty was never the dusty I was made known to know. A friend has confirmed it. Hehe

Irfak sdk said...

if you go away ,first song english.. amazing karakter n boooming viral n dusty old first singenglish that