Friday, August 15, 2008

Adubakat

Sejarah muzik Melayu menunjukkan bahawa Para Penyanyi atau Penghibur Melayu yang popular dan malar segar mengukir nama melalui Adubakat atau Talentime. Diantara mereka adalah seperti Sharifah Aini (Bintang RTS 1968), Sudirman (Bintang RTM 1977), Siti Bersaudara (Bakat TV 1972), Othman Hamzah (Talentime SBC) dan September 5 (Bintang RTM 1974).

Peserta diadili oleh para Juri yang hebat, bukan calang-calang orang dan punya kredibiliti yang tinggi. Contohnya, bagi video Adubakat 1972 ini, barisan para juri adalah Saiful Bahri(Pemimpin Orkestra dari Jakarta dan pemuzik lagenda), P.Ramlee (legend!), dan Zain Azman.

"Adubakat dulu bukan senang, dek. kita kena nyanyi dengan big orchestra. Juri semua orang-orang muzik. Tapi penyanyi dulu ada kualiti. Kalau memang dapat bikin rekod, terus popular." kata seorang Biduanita kepada ku sedikit masa dulu.

No comments: