
Hairul Syafrein mula bermain Electone seawal usia 5 tahun. Beliau menggemari instrumen tersebut dan juga mendalami beberapa alat muzik seperti Piano dan Akordion. Selama menceburkan diri dalam dunia muzik, Hairul telah mencuba beberapa 'genre' seperti pop, jazz dan irama Melayu tradisional. Beliau menggangotai Orkestra Melayu Singapura dan juga kumpulan tradisional Melayu, Delima.Nikmati keindahan ekspressi Hairul Syafrien melalui persembahan piano solonya yang pertama; 'LIVING WITH HAIRUL SYAFRIEN'.

Hairul akan mempersembahkan muzik Pop, Jazz, Balada dan Irama Melayu Tradisional. Beliau juga menampilkan penyanyi bersuara lunak, Rudy Djoharnaen yang akan mendendangkan lagu-lagu malar segar seperti 'You're My Everything' (Santa Esmeralda) dan 'Ibu' (P.Ramlee).
LIVING WITH HAIRUL SYAFREIN
Isnin, 05 Mei 2008
8 malamThe Living Room
The Arts House, 1 Old Parliament Lane
Singapura
Singapura
Tiket-tiket berharga $10 dan $21 boleh didapatkan menerusi lelaman berikut (klik pada link):
Jumpa anda disana!

No comments:
Post a Comment