Sunday, March 02, 2008

Chiki Chiki Boom!

Hari Isnin yang ceria, seceria lagu yang 'kiut miut' ini. Hehe...

Ilham P.Ramlee untuk mencipta lagu Cik Cik Keboom asalnya adalah dari lagu nyanyian Carmen Miranda, Chica Chic Boom Chic yang dicipta oleh Harry Warren, dan lirik oleh Mack Gordon. Lagu ini popular sekitar tahun 1941. Carmen Miranda adalah penyanyi dan pelakon Hollywood kelahiran Pertugis. Kemunculan Saloma dalam Filem arahan Ramon Estella 1959, Saudagar Minyak Urat terbitan MFP Shaw, berpakaian sama dengan gaya Carmen.




Cik cik kecik keboom
A boom boom boom bunyi lagu
Cik cik kecik cik keboom
A boom boom boom sungguh merdu
Cik cik kecik cik keboom
A boom boom boom oh laguku
Penawar duka tentu gembira

Siapa saja jangan suka main mata
Akibat rumahtangga porak peranda
Siapa saja jangan suka main gila
Oh akibatnya jatuh merana


Rudy Djoharnaen

No comments: