Wak Mat,
aku akan menjaga Wak sebagaimana Wak menjaga keselamatanku dari rumah ke sekolah dulu.
aku akan bersama Wak sebagaimana Wak bersama aku dari sekolah ke rumah dulu.
Wak Mat,
maafkan aku yang lupa diri, seolah-olah tak ambil peduli hal kesihatan Wak kini
maafkan aku kerana lupa jasa bakti Wak
maafkan aku kerana sekarang baru aku nak ingat Wak bila Wak sedang sakit dan terlantar di hospital
Wak Mat,
aku akan menyayangi Wak selalu
aku akan mengasihi dan ingat pada Wak yang telah senja usia
sisa-sisa hidup Wak akan aku isi dengan senda tawa
dengan riang dan kasih sayang
sekarang aku ingat kembali jasa Wak
Wak Mat,
Besok Rudy bawakkan kopi yang Mak buat, wak mesti rindu kopi Mak.
nanti Rudy bawakkan kopi tu, sebagaimana Wak buatkan Milo waktu malam-malam dulu.
semoga aku tak lupa lagi...
Rudy Djoharnaen
Singapura
Monday, March 17, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment