Si Gadis Akrobat termenung panjang. Teringat dia akan beberapa tahun lalu, dimana Sarkis Balenjo membuat persembahan yang gah dan ditontoni ramai orang. Berpusu-pusu mereka dari golongan tua, muda dan anak-anak kecil datang, untuk dihiburkan para badut, beruk sarkis, lembu bergaun merah jambu, para akrobat dan macam-macam lagi. Penghibur-penghibur dari Sarkis Balenjo sangat bersemangat memberi persembahan yang terbaik tiap-tiap malam yang beraneka dan berwarna-warni. Dari satu kota ke satu kota dan seluruh ceruk rantau England, Sarkis Balenjo sangat tersohor. Tuan Adolof yang mengetuai rombongan Balenjo sering tersenyum megah dan bangga dengan pencapaian sarkis miliknya.
Kini Sarkis Balenjo tidak semeriah dulu. Tidak ramai penduduk negeri ingin menontonnya, kerana mereka lebih tertarik dengan rombongan Tonel dan Bangsawan yang dibawa oleh Raja England dari India dan gugusan pulau-pulau Asia Tenggara. Walaupun rakyat England tidak mengerti bahasa Tonel, Bangsawan atau Opera tersebut, mereka tetap terhibur. Tiga bulan lalu Istana Raja telah dihiburkan dengan Opera Tanah Besar Cina. Ramai pembesar-pembesar Istana memuji rombongan Opera tersebut. Berita tentang persembahan itu membuat Tuan Adolof bermuram durja. Dia tidak seceria dulu. Oleh kerana itu, seluruh rombongan Sarkis Balenjo juga gundah gulana.

"Hey Pilita! Termenung panjang nampaknya," Faber si Kenit membuatnya kaget. "Oh Faber, hmm...bukan apa, cuma aku terkenangkan zaman kegemilangan Balenjo." jawabnya. "Yelah, aku pun rasa sedih. Dah tak ramai yang ingin menonton Balenjo lagi. Pihak Istana seolah-olah sudah melupakan penghibur tanahair sendiri." Pilita terdiam seketika. Di tenda biru dilihatnya Tuan Adolof dengan mengisap paip kurniaan Raja England. "Lihat tu Pilita, Tuan Adolof nampak tidak sihat?" Faber berkata. "Yelah, nampak gaya macam tu juga. Kita harus jaga Tuan Adolof kerana jasa dia menjaga kita dari dulu. Jangan kita tinggalkan dia semata-mata merosotnya Balenjo." Pilita berkata. Faber mengangguk. "Benar kata kau Pilita, semalam Maria Ratu Balenjo telah berangkat ke Moscow." Fabel memberitahu. "Hah! Buat apa Maria kesana?" "Hmm, biasalah Pilita. Maria tu inginkan namanya terus kekal tersohor dan Balenjo tidak lagi mampu memberikan itu. Jadi dia pun terimalah tawaran Tuan Pyotr untuk rombongan sarkisnya. Bayarannya pun lumayan berbanding Tuan Adolof."
Bersambung...
Rudy Djoharnaen
Singapura
Bersambung...
Rudy Djoharnaen
Singapura
No comments:
Post a Comment