Friday, March 27, 2009

Mat Lodeh - Biduanita Zaharah Agus





Kalau mau kenal siapa Zaharah Agus, tontonilah filem Madu Tiga arahan P.Ramlee. Biduanita ini memegang watak Latifah, isteri pertama kepada Jamil ofis besar. Zaharah Agus adalah penyanyi 50an yang banyak menyanyi untuk Radio Malaya. Beliau juga terkenal dengan 'Keindahan Bintang Malam' gubahan Ahmad Nawab pada era tersebut. Saloma membawakan semula lagu ini dengan tajuk 'Bintang Malam' pada 1965.


mat lodeh.mp3 - zaharah agus

Versi Anita Sarawak (1976)

Lodeh Mak Lodeh - Anita Sarawak

Lagu Mat Lodeh ini unik kerana senikatanya berimaginasi. Anita Sarawak telah merakam semula lagu ini dengan senikata yang lain di tahun 70an dengan tajuk Lodeh Mat Lodeh

Aku suka part

Gegat dengan pijat jadi towkay Bangsawan Yang jadi direktor cerita Sang babi Hutan Datang gajah temiak, jadilah pahlawan yang jadi seri panggung hai anak ikan haruan Lodeh Mat Lodeh Lodeh anak Salleh Cucu Osman jenggot Pak Hussin hingus meleleh hai tolak Mek oi tolak, tolak sampai boleh gelak Mek oi gelak lagu merepek dah nak habis...
Enjoy!

No comments: