Wednesday, August 23, 2006

DIALOG TENTANG ANAK ANTARA EMAK DAN BAPAK

“ Emaknya… bingung sekali saya…

mengapa begitu jadinya anak kita…”

“Entahlah Bapaknya…sudah kita asuh dia…

sebagaimana tanggungjawab kita Bapaknya…”

“Dia sudah besar panjang Emaknya…

seharusnya dia tahu buruk baik perbuatannya…”

“Itulah dia Bapaknya…

saya juga risau memikirkannya…”

“ Ish! Aku tak tahu apa lagi yang harusku buat Emaknya…

Apa lagi harusku buat dengan anak kita

hari-hari ada saja jahat dan nakalnya…”

“Hmm…dulu…Bapaknya pun begitu jugakkan perangainya…”

“ Ooh… jadi awak nak memulangkan paku buah keras ya Emaknya”

“ Tidak… saya cuma nak ingatkan…kalau bapaknya borek

anaknya tentulah rintik pula…”

“Ya Tuhan…bilakah agaknya dia mengubah resminya…

aku tak sanggup melihat sifat-sifat buruknya itu Emaknya…

aku tak mahu tutup mata dalam keadaan kesal dan duka lara…”

“Sama-samalah kita berusaha memperbetulkan anak kita Bapaknya…

disamping kita memohon pertolongan Yang Esa, ya Bapaknya…”

“Insyaallah Emaknya…kita usaha tanpa putus asa…”

Rudy Djoharnaen
Singapura

No comments: