Wednesday, July 19, 2006

Ini kisah mungkin terjadi

Kisah masyarakat dulu dan kini

Kisah sepasang suami isteri

Bak merpati dua sejoli

Kononnya saling mengasihi

Cinta tidak berbelah bagi

Pengasih penyayang sifat sang suami

menjaga baik hidup sang isteri

tidak putus nafkah diberi

tanggungjawab terlaksana setiap hari


Malangnya isteri bersifat keji

Tak tahu dek untung tak sedar diri

Menjalin hubungan dengan lelaki

Kasih sang suami dinodai


Sang suami keluar setiap pagi

Tekun bekerja mencari rezeki

Bila suami tiada disisi

Lelaki jahanam sang isteri hubungi

Menerusi telefon berkata sang isteri

"Kucing dah keluar...bawalah burung makan padi..."

Lalu jawab si lelaki

"Memang dah lama mengidam padi..."

Berkata pula sang isteri

"Marilah kemari, masa berjalan..tak sabar menanti"

Lalu berangkat si lelaki

ke rumah sang isteri yang kini menanti

Maka berlakulah zina yang keji

bukan ia pertama kali...


Rudy Djoharnaen

No comments: