Pertama kali mendengar melodi asal Almarhum Biduan M.Bakri ini, aku mula meminatinya. Senikata tentang perpisahan yang tidak diminta sebarang pun jua, hanya kenangan dalam doa. Lagu ciptaan Ahmad Wan Yet ini pernah diberi sentuhan istimewa oleh S.M Salim dan Sharifah Aini. Tabik kepada M.Bakri sebagai Biduan asalnya dan Ahmad Wan Yet selaku penciptanya. Kini aku memberi sentuhanku sendiri sebagai seorang amatur dalam 'genre' keroncong ini. Lagu ini sempat ku rakam dari persembahan makan malam sempena Aidilfitri di salah sebuah hotel tahun lepas. Muzik latarnya disusun merdu oleh Almarhum Pak Hamzah Dolmat, seorang penggesek biola yang disegani di alam seni muzik tradisional Melayu.
(Ahmad Wan Yet/M.Bakri)
Sunnguh jauh dikau pergi
berpisah untuk selamanya
tiada lagi senyum mesra
dan gurau senda
Ingin ku turut bersama
apa daya ku tak terdaya
sudahlah memang nasibku dik
demikian rupa
ku berdoa agar dikau
hidup bahagia
jangan bimbang padaku
nan berduka
tapi dik kau jangan lupa
kenang daku dalam doamu
itu yang ku pinta
dari dulu waktu bertemu...
M.Bakri dalam kenangan
Rudy Djoharnaen
Singapura
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Well done bro! My mom lurves the rendition. Harapan nusa dan bangsalah kau ni bro joe.
Eh? Muka nya pun ada mirip-miriplah! :)
Terima Kasih kerana menghargai. Harapan nusa bangsa..hehe ish takdelah...harapan kecewa nanti. Terima kasih Cik (sape namenya?) kerana suka versi saya. Tak sangka si Zero-Zero ni kasi cik dengar. Saya cuma hentam saja. Tak ikut undang2.
Post a Comment