Minatku pada irama keroncong berputik pada tahun 1999 setelah mendengar dendangan Keroncong 'Di Wajahmu Ku Lihat Bulan' oleh Hetty Koes Endang. Sejak itu bermulalah koleksi beberapa lagu keroncong yang aku perolehi dari rakaman-rakaman baru
dan lama. Kebetulan pada tahun 2003, aku berkesempatan untuk berkeroncong dalam satu rancangan amal secara langsung. Dapat juga aku memberi sentuhanku sendiri pada 'Keroncong Pasar Gambir'. Terharu dan tidak sia-sia rasanya, apabila dendanganku diberi pujian oleh Biduan R.Ismail, salah seorang tetamu khas pada malam itu. Biduan yang ku hormati itu bersalaman denganku lalu berkata, "Rudy, suara keroncong kau ini keroncong aslilah, bagus!" Kata-kata itu ku ingat sampai kini. R.Ismail terkenal dengan duetnya bersama Almarhumah Biduanita Rafeah Buang dalam lagu Gurindam Jiwa, sebuah lagu filem ciptaan Almarhum Pak Wandly Yazid, keluaran Cathay Keris Filem.
Irama warisan ini telah menjadi penenang jiwaku. Semoga ia juga dapat menenangkan jiwamu...kalau tidak...apa boleh buat...dengarkan sajalah ya. Semoga Terhibur.
BISIKAN HATI- RAFEAH BUANG 1977
dengarlah bisikan hasrat hati
yang merindu menjelma kembali
ingatanku yang telah lalu
bersama berjanji sehidup semati
kini tinggal hanyalah kenangan
dikau hilang dimana gerangan
tiada berita ku dapati
hanya ingatanku di masa yang lalu
kasihanlah kepadaku sayang
tiap hari jua wajahmu terbayang
ampunkanlah segala dosaku
seandainya kita tak lagi bertemu
dengarlah bisikan hasrat hati
yang merindu menjelma kembali
ingatanku tetap bersemadi
walau dikau kini telah mungkir janji...
Friday, April 20, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
nampaknya sdra sehati dengan saya dengan irama keroncong... saya mula meminati irama ini ketika mendengar lagi gurimdam jiwa.. dan terus berputik. setakat ni ada menyimpan koleksi lagu2 keroncong dari malaysia & indonesia.
Post a Comment