Dalam pertemuan 'soal jawab' itu, secara aman rakan sejawatku mengumumkan hal ini kepadanya. Lalu airmatanya berlinang. Dia meminta maaf lalu memandang ke arahku mengharap simpati, namun aku tiada kuasa untuk campur tangan dalam isu kontrak walaupun dia dibawah arahanku dalam program yang diajarnya.
"On this issue, it's really beyond my control. I'm sorry." kataku padanya dengan nada yang tenang.
Alahai...entah kenapa...aku tak boleh tengok perempuan menangis. Sensitif. Tetapi tangisannya seakan sia-sia kerana keputusan telah di'muktamad'kan oleh pihak pentadbir yang tegas. Yang lebih mencengkam sensitiviti aku, dia telah menghantar sms kepadaku setelah itu.
"Dear Rudy, I'm sorry for this mistake. I hope that you, yourself, to continue teaching the kids after I left because they need a good teacher like you."
Alahai...
Semoga ini menjadi pelajaran kepadanya dan padaku. Berpegang pada perjanjian.
No comments:
Post a Comment