Penghibur lagenda yang dicungkil bakatnya menerusi Bintang RTM 1976 ini pernah diberi jolokan 'Elvis of Malaysia' dan 'The Singing Lawyer'. Media Singapura menggelarnya 'The Singing Dynamite'. Lakonannya dalam filem 'Kami' arahan Seniman Aziz Sattar pada 1982 masih segar dalam ingatan.
Almarhum Sudirman telah merakamkan banyak lagu yang bermutu. Diantaranya ialah 'Salam Terakhir', 'Merisik Khabar' dan 'Pelangi Petang'. Ada juga lagu-lagu yang bermutu dan mempunyai melodi dan senikata yang indah tetapi 'under-rated'.
Seperti lagu ini; 'Senja Berulang Senja'. Pada pandanganku, jika dibandingkan dengan 'Pelangi Petang', lagu ini lebih indah lagi sentuhannya. Tidak dinafikan bahawa 'Pelangi Petang' memang bagus tetapi padaku lagu ini lebih menyentuh kalbu.
Senja Berulang Senja- 1979
Al Fateha buat Almarhum Sudirman Hj Arshad.
Rudy Djoharnaen
Singapura
Thursday, January 24, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Betul, saya setuju. Senja berulang senja memang melodinya menarik. Cuma album perasaan 1979 kurang mendapat perhatian berbanding Aku Penghibur 1978 dan album2 tahun 1980.
Post a Comment