Dunia muzik Melayu di era 60an and 70an telah melahirkan barisan penyanyi yang bermutu tinggi. Lagu-lagu yang dirakamkan menjadi terkenal dan malar segar sehingga kini. Salah seorang penyanyi yang aku rasa wajar diberi pengikhtirafan ialah Biduanita Sanisah Huri. Beliau mula menjadi artis rakaman pada tahun 60an, di era kegemilangan Pop Yeh Yeh. 'Si Baju Hijau' dan 'Siapa Gerangan' adalah diantara lagu-lagunya yang popular ketika itu, sebaris dengan Biduan Ahmad Jais, Rafeah Buang, A.Ramlie dan lain-lain lagi.
Beliau bernaung dibawah EMI Singapore, sebuah syarikat rakaman gergasi ketika itu. Popularitinya berterusan sehingga era 70an. Di pertengahan era tersebut beliau perbindah ke Senada Records, dibawah naungan Kassim Masdor. Sanisah mempunyai suara yang merdu dengan tonasi dan sebutan kata yang jelas. Cara nyanyiannya juga tersendiri. Beliau berkebolehan menyanyi secara live, berkat pengalamannya membuat pertunjukan pentas dahulu. Kehebatan beliau dikagumi oleh penyanyi seangkatannya seperti Ahmad Jais. Biduan ini pernah cuba mendapatkan beliau untuk berduet dalam konsertnya namun hajat tersebut tidak kesampaian.
Beliau banyak muncul di rancangan TV Singapura, yang dahulunya digelar RTS, kemudian SBC. Kali terakhir aku melihatnya di kaca TV adalah sekitar tahun 1998. Kemudian beliau terus menyepikan diri dari industri muzik.
Aku pernah bersua dengan Biduanita ini. Seorang teman karib yang mengenalinya membawaku bertandang ke rumahnya pada Aidilfitri beberapa tahun lalu. Tutur katanya sopan dan wataknya yang lemah lembut menambah lagi keanggunan wajahnya walaupun sudah senior. She ages gracefully. Pertemuan tersebut tidak boleh aku lupakan dan setiap nasihatnya dalam bidang nyanyian aku pegang sehingga kini.
Sanisah Huri adalah contoh dan sumber inspirasi kepada penyanyi-penyanyi muda zaman ini. Beliau wajar diberi penghormatan dan sumber rujukan bagi dunia muzik Melayu. Jasanya tidak boleh dilupakan. Semoga beliau sejahtera.
Rudy Djoharnaen
Singapura
6 comments:
Gi rumah Sanisah Huri, dapat duit collection berapa? hehehe!
Dapat $1 Million dollars...
wow! what currency....eh!tapi pasal lu masih makan anggur?
sebab anggur kegemaran gua. gua balik dari sekolah selalu beli anggur.
wah! patut lah puas hati....
dimana alamat rumah kediaman Beliau ini...Sanisah Huri..
Post a Comment