Friday, November 02, 2007

Aku ingin damai...

Aku telah melancarkan peperangan dari kebodohan fikiranku. Kerana hatiku yang kotor dengan prasangka buruk dan iri maka bodohlah fikiranku. Pedang itu telah aku tujukan kearah mereka. Walhal peperangan itu tidak berbalas kerana mereka tidak bersalah apa apa. Mengapa aku dicengkam cemburu dan sakit hati? Mengapa aku berdendam tanpa mengenangkan kebaikan dan ketulusan hati mereka. Dan aku terus dicengkam keburukan munafik dan tidak bisa meloloskan diri. Sepanjang masa aku mengasingkan diri untuk terus berperang, tibalah dari satu sudut hati kecilku berkata. “ Janganlah begitu dan berdamailah, engkau yang tolol. Engkau yang salah.” Namun kesombongan telah menegah aku untuk berdamai. Ini kerja gila. Mengapa aku ingin gila sebelum ditakdirkan? Aduhai, aku bersalah! Sangat benar itu. Sangat benar itu. Sangat benar itu. Dan kini pedang itu akan aku musnahkan...

Aku pohon maaf dengan sangat…

Aku pohon kasih dengan sangat…

Aku pohon silaturrahim dengan sangat…

Damai…

Damai…

Damai…

Aku tidak mahu berperang lagi…


Rudy Djoharnaen
Singapura

No comments: