Friday, November 30, 2007

Kubur Bidadari

Perkuburan Bidadari (Inggeris: Bidadari Cemetery, Cina: 比达达利坟场) meninggalkan kenangan. Masa aku kecil, setiap tahun di musim raya Wak Mat selalu mambawaku ke sana untuk menziarahi pusara nyai dan yayi dari keluarga angkatku. Juga beberapa pusara saudara terdekat Mak dan Bapak.


Bila Wak membaca Yasin, aku akan bermain-main disekitar kubur berdekatan dan aku suka membaca nama-nama para ahli kubur yang tertulis pada batu-batu nisannya. Kononnya aku ni 'pengkajilah'. Perkuburan tidak panas kerana banyak pepohon rendang yang sudah tua usianya. Kadang-kadang ternampak juga askar gurkha berlari-lari anak disitu. Teringat juga akan Masjid Bidadari, dimana Wak akan solat Asar disitu setelah menziarahi kubur. Dan aku akan bermain-main dengan anak-anak kucing disitu. Masjid Bidadari dipercayai dibina pada tahun 1910.

Perkuburan Bidadari dibuka oleh pihak British pada 1907 setelah perkuburan Bukit Timah. Ia diantara yang tertua di Singapura. Kawasan tersebut menempatkan perkuburan Islam, Kristian dan Hindu. Ia ditutup pada 1972. Nama 'Bidadari' diambil sempena nama isteri Maharaja Abu Bakar dari Johor yang menetap disitu suatu masa dulu. Kini, semua pusara telah dipindahkan ke kawasan baru di Lim Chu Kang, untuk memberi laluan kepada pembangunan perumahan dan lain-lain.

Ia menjadi tempat bersemadinya beberapa nama-nama bersejarah seperti Douglas Campbell (Penasihat British Johor), Lim Boon Keng dan Syarif Masahor (Panglima Sarawak).
Oh ya...ada satu pengalaman yang aku ingat. Sedang Wak khusyuk membaca Yasin, aku telah mengutip 3 biji buah pong-pong dan melontar jauh dekat beberapa buah kubur. Tiba-tiba aku disapa oleh seorang datuk tua. Dia tersenyum dan menegurku. "Nak, jangan campak-campak buah tu nanti terkena batu nisan tak baik..." Aku pun buanglah biji buah itu dan menuju ke arah Wak. Bila aku toleh, aku tak nampak lagi datuk tua tu...
Rudy Djoharnaen
Singapura






Thursday, November 29, 2007


Lihat itu si kucing

sedang menari-nari

tango

rumba

mambo

cha cha

menari-nari

sepanjang hari...

Rudy Djoharnaen

Singapura

Monday, November 26, 2007

"Begitulah hilangnya cinta," kata lelaki itu. "Pabila kita membentangkan persyaratan dan aturan bila cinta seharusnya atau tidak seharusnya tiba."

(The Zahir, Paulo Coelho)

Friday, November 23, 2007

Seniman S.Kadarisman

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Aku seorang peminat filem-filem Melayu klasik, lebih-lebih lagi keluaran MFP Shaw dan Cathay Keris. Kedua syarikat gergasi ini telah melahirkan para Seniman dan Seniwati yang sangat bermutu tinggi lakonannya. Tambahan pula mutu cerita para pengarahnya.

Salah seorang pelakon yang aku kagumi ialah Almarhum Seniman S.Kadarisman. Beliau mempunyai kelebihan berlakon pelbagai watak, terutama sekali watak bengis dan jahat. Watak ini mampu dijayakannya, sehingga boleh menimbulkan rasa benci. Selain beliau, Seniman A.Rahim, Salleh Kamil dan Mahmud Jun juga boleh membawakan watak tersebut.

Aku ingin berkongsi sedutan filem 'Lubalang Daik' keluaran MFP 1962 dimana ia menunjukkan lakonan S.Kadarisman yang sangat berkesan. 'Scene' yang aku sifatkan sebagai scene 'interrogasi' ini berfokus ke arah beliau sebagai Demang, didukung pula oleh kelebihan para pelokan handalan bagi 'scene' filem itu; Aziz Jaafar, Zainon Fiji, A.Rahim (yes! A.Rahim), Rosnani dan Sarimah yang jelita (I like...hehe)



S.Kadarisman adalah seniman yang tidak ada tolok bandingnya. Sukar untuk dicari ganti. Cintanya yang mendalam terhadap seni dapat aku rasakan. Almarhum meninggal dunia pada 1989.

Semoga rohnya sejahtera di alam sana.

"Masa saya berlakon bangsawan dulu, upah saya hanya 20 sen saja. Tapi saya tetap berbangga bila mana penonton berdiri dan bertepuk tangan selepas selesai lakonan kami pada hari itu." S.Kadarisman.


Rudy Djoharnaen
Singapura

Tuesday, November 20, 2007

Kisah Cinta (Love Story)



Biduan Sugiman Jahuri adalah yang pertama merakamkannya dalam versi Melayu pada 1971. Lagu ini asalnya dari Andy Williams.


Rudy Djoharnaen
Singapura

Band-band lagenda Dunia Muzik Melayu

Discovery, Carefree, Revolvers, Black Dog Bone, Gingerbread, Sweet September, Point Blank, Atomic Power, Flybaits, Sweet Charity, Alleycats dan macam-macam lagilah.



Tiap Yang Mula - Alleycats



Hatiku Kau Guris Luka - Sweet September

Sunday, November 18, 2007

sepi


sepi itu api

sepi itu rindu

usahlah kau biarkan

sepi itu membakar aku...

Rudy Djoharnaen
Singapura

Friday, November 16, 2007

Pengumuman

Sudah lebih setahun aku menulis blog dalam bahasa Melayu. Kini, aku bukalah blog Inggeris.

www.who-is-this-writing.blogspot.com

Silalah. Jangan malu-malu. :)

Rudy Djoharnaen
Singapura

Wednesday, November 14, 2007

Seribu Janji



presentasi Visual+Vokal


Rudy Djoharnaen
Singapura

Tuesday, November 13, 2007

InsyaAllah Tahun Depan.

Masanya akan tiba pada tahun depan, InsyaAllah. Rasanya seperti tak sabar. Tapi Susy menasihatkan aku supaya bertenang dan membuat perancangan awal dan terperinci. Inilah diantara impian kecilku, yang akan ku kongsi bersama mereka yang menghargai.

Thanks Susy! kerana sedia membantu.

InsyaAllah.

Rudy Djoharnaen
Singapura
" Hatiku takut ia akan jadi merana." kata budak itu pada Sang Alkemis di suatu malam tatkala mereka mendongak ke arah langit yang tidak berbulan.



"Katakanlah pada hatimu bahawa takut pada kesengsaraan itu lebih buruk dari kesengsaraan itu sendiri. Dan tiada seketul hatipun yang tidak pernah sengsara pabila ia pergi mencari impiannya, kerana setiap saat pencarian itu adalah saat ia bertemu Tuhan dan keabadian."


(Sang Alkemis: Paul Coelho)

Sunday, November 11, 2007

Biduan Matt Monro (1930-1985)



Keindahan suaranya membuat aku menjadi peminat Biduan ini. Aku diperkenalkan pada Matt Monro oleh seorang kenalan Inggeris yang meminati pada lagu-lagu balada. Aku memang gemar pada penyanyi kategori 'crooners'. Cara nyanyian itu bisa menusuk ke dalam hati pada mereka yang gemar mendengarnya. Seorang 'crooner' sering diiringi orkestra. Memang sesuai kalau diiringi sedemikian. Matt Monro terkenal dengan lagu tema Bond 'From Russia with Love' dan juga 'Born Free'. Mendiang berpulang pada 1985.

Lagu 'The Music Played' ini diantara kegemaranku. Ismail Haron pernah merakamkannya dalam versi Melayu pada 1969.

Sukar untuk kita ketemukan penyanyi sedemikian pada era kini.

Friday, November 09, 2007

"Mengapa kita harus mendengarkan suara hati kita?" tanya si anak, ketika mereka mendirikan khemah pada hari itu.

"Sebab, di mana hatimu berada, di situlah hartamu berada."



(Sang Alkemis: Paulo Coelho)

SUATU MASA

Sebuah konsert berjudul 'FACADE', 2005 oleh Orkestra Melayu Singapura Belia (OMS Belia) menampilkan para pemuzik belia yang berbakat. Aku diundang untuk menjayakan konsert ini dengan dendangan lagu 'SUATU MASA'. aku memang suka pada muzik orkestra kerana kemantapan hasil muziknya, lebih lebih lagi alat biola dan pianonya.

FACADE telah diadakan di Auditorium Persatuan Rakyat, Singapura (P.A Auditorium).

Terima Kasih pada Zoul di atas sumbangan video ini.


Dendangan asal oleh M.Nasir, 1980.


Rudy Djoharnaen
Singapura

Tuesday, November 06, 2007

Friday, November 02, 2007

Zapin

Zapin masuk ke nusantara sejalan dengan berkembangnya agama Islam sejak abad ke 13 Masehi. Para pedagang dari Arab dan Gujarat yang datang bersama para ulama dan senimannya, menelusuri pesisir nusantara. Di antara mereka ada yang tinggal menetap di tempat yang diminati, dan ada pula yang kembali ke negeri mereka setelah perdagangan mereka usai. Bagi yang menetap kemudian menikahi penduduk setempat dan berketurunan hingga kini.


Zapin Arab oleh Persatuan Arab, Singapura

Zapin, salah satu dari kesenian yang dibawa para pendatang tersebut kemudian berkembang di kalangan masyarakat pemeluk agama Islam. Sekarang kita dapat menemukan zapin hampir di seluruh pesisir nusantara, seperti: pesisir timur Sumatera Utara, Riau dan Kepulauannya, Jambi, Sumatera Selatan, Bangka Belitung, Bengkulu, Lampung, Jakarta, pesisir utara-timur dan selatan Jawa, Nagara, Mataram, Sumbawa, Maumere, seluruh pesisir Kalimantan, Sulawesi Selatan, Sulawesi Tengah, Gorontalo, Ternate, dan Ambon. Sedangkan di negara tetangga terdapat di Brunei Darussalam, Malaysia dan Singapura.


Zapin Melayu oleh Teater Tari Era, Singapura

Di nusantara, zapin dikenal dalam 2 jenis, yaitu zapin Arab yang mengalami perubahan secara lamban, dan masih dipertahankan oleh masyarakat turunan Arab. Jenis kedua adalah zapin Melayu yang ditumbuhkan oleh para ahli lokal, dan disesuaikan dengan lingkungan masyarakatnya. Kalau zapin Arab hanya dikenal satu gaya saja, maka zapin Melayu sangat beragam dalam gayanya. Begitu pula sebutan untuk tari tersebut tergantung dari bahasa atau dialek lokal di mana dia tumbuh dan berkembang. Sebutan zapin umumnya dijumpai di Sumatera Utara dan Riau, sedangkan di Jambi, Sumatera Selatan dan Bengkulu menyebutnya dana. Julukan bedana terdapat di Lampung, sedangkan di Jawa umumnya menyebut zafin. Masyarakat Kalimantan cenderung memberi nama jepin, di Sulawesi disebut jippeng, dan di Maluku lebih akrab mengenal dengan nama jepen. Sementara di Nusatenggara dikenal dengan julukan dana-dani.

(Seniman Tari Tom Ibnur)


Rudy Djoharnaen
Singapura

Rock Tradisional.

Pabila Rock Melayu bertemu Tradisional Melayu, hasilnya sedemikan rupa.


Sharifah Aini & Fotograf

Rakaman Asal Fotograf dibawah:




Rudy Djoharnaen
Singapura

Aku ingin damai...

Aku telah melancarkan peperangan dari kebodohan fikiranku. Kerana hatiku yang kotor dengan prasangka buruk dan iri maka bodohlah fikiranku. Pedang itu telah aku tujukan kearah mereka. Walhal peperangan itu tidak berbalas kerana mereka tidak bersalah apa apa. Mengapa aku dicengkam cemburu dan sakit hati? Mengapa aku berdendam tanpa mengenangkan kebaikan dan ketulusan hati mereka. Dan aku terus dicengkam keburukan munafik dan tidak bisa meloloskan diri. Sepanjang masa aku mengasingkan diri untuk terus berperang, tibalah dari satu sudut hati kecilku berkata. “ Janganlah begitu dan berdamailah, engkau yang tolol. Engkau yang salah.” Namun kesombongan telah menegah aku untuk berdamai. Ini kerja gila. Mengapa aku ingin gila sebelum ditakdirkan? Aduhai, aku bersalah! Sangat benar itu. Sangat benar itu. Sangat benar itu. Dan kini pedang itu akan aku musnahkan...

Aku pohon maaf dengan sangat…

Aku pohon kasih dengan sangat…

Aku pohon silaturrahim dengan sangat…

Damai…

Damai…

Damai…

Aku tidak mahu berperang lagi…


Rudy Djoharnaen
Singapura

Tentang Anak-Anak

Dan seorang ibu yang sedang menggendong anaknya berkata,
Bicaralah pada kami tentang anak-anak

Lelaki itu pun bersabda,
Anak-anakmu bukanlah anak-anakmu
Mereka adalah putra-putri kehidupan
Yang mendambakan kehidupannya sendiri
Mereka datang melalui kamu tapi tidak darimu
Dan meskipun mereka bersama kamu namun bukanlah milikmu
Engkau boleh memberi cintamu namun tidak kehendakmu
Engkau boleh merumahkan raga-raga mereka
Namun tidak bagi jiwa mereka
Kerana jiwa mereka ada di masa hadapan
Yang tidak boleh engkau kunjungi walaupun dalam mimpi-mimpimu
Engkau boleh menjadi seperti mereka
Tetapi usah cuba menjadikan mereka sepertimu
Kerana kehidupan tidaklah kebelakang dan tidak pula berada di masa lalu

Engkau ibarat busur-busur
Dan anak-anakmu meluncur seperti anak panah
Sang Pemanah membidik seseorang yang sangat jauh
Lalu Dia melenturkan busur itu dengan kekuatan-Nya
Agar anak-anak panah itu dapat meluncur dengan pantas dan jauh
Jadikanlah tarikan tangan sang pemanah itu sebagai kegembiraan
Sebab ketika ia mencintai anak-anak panah yang terbang,
maka ia juga mencintai busur yang teguh dengan kudratnya.


Khalil Gibran