Thursday, August 03, 2006

Sahabatku Tria...



Tria

Terima kasih kerana persahabatan ini

Terima kasih kerana menerima daku

Terima kasih kerana membuat aku menerimamu

Pertemuan tempohari telah memberi

senyuman manis pada bibir ini

Menambahkan sejarah dalam hidupku dan juga hidupmu

Daku harap kau gembira

menjejakkan kaki ke kota Singa

Maaf setiap salahku sewaktu kehadiranmu disini

Maaf sekiranya santunku tidak memuaskan hati

InsyaAllah, suatu masa nanti

Kota Bandungmu kan ku kunjungi

Melalui awan biru yang tinggi

Ingin ku jejak kotamu yang indah

Kota yang menghijau dan memberi seri alam maya

InsyaAllah, hanya Takdir Illahi penentuannya

Tria

Persahabatan ini ku harap terus berpanjangan

Selagi hayatku dikandung badan

Sejahteralah hidupmu disamping suamimu

Cintailah dia sebagaimana Khadijah mencintai Muhammad

Dan pasti dia akan mencurahkan cintanya

Sebagaimana Adam mencintai Hawa

Berbahagialah kalian seluruh keluarga

Di bawah naungan dan Rahmat Allah Maha Esa

Terima Kasih Tria, puisi ini khusus untukmu

Salam dariku di angin lalu….

Dari Seberang Lautan,

Rudy Djoharnaen
Singapura

No comments: