Untuk mendengar, klik sini (harus ada realplayer)
(Dendangan Biduan R.Ismail & Biduanita Rafeah Buang. Sebuah lagu yang sangat saya gemari kerana sususan muzik yang menyentuh rasa dan senikata yang begitu teratur dan mendalam maksudnya. Ekspressi suara oleh kedua penyanyi ini juga menambahkan lagi sentuhan tersebut.)
Tuai padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Intailah kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan
Anak cina pasang lukah
Lukah dipasang di Tanjung Jati
Di dalam hati tidak ku lupa
Sebagai rambut bersimpul mati
Batang selasih permainan budak
Daun sehelai dimakan kuda
Bercerai kasih talak tidak
Seribu tahun kembali juga
Burung merpati terbang seribu
Hinggap seekor di tengah laman
Hendak mati di hujung kuku
Hendak berkubur di tapak tangan
Kalau tuan mudik ke hulu
Carikan saya bunga kemboja
Kalau tuan mati dahulu
Nantikan saya di pintu syurga
Friday, August 25, 2006
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment