Thursday, March 25, 2010

Biar Sejuta atau Seluruh Dunia Tak Suka...

Pada akhir 1972, Aziz menemui Ramlee meminta dia hidupkan filem Melayu dengan Sabah Filem. Seniman itu bersetuju, malahan memberitahu dia sudah ada skrip.

Aziz kemudian bertemu Ramlee dalam satu majlis pesta filem di Singapura pada awal Mei. Ketika itu mereka menjadi artis mewakili negara masing-masing, Aziz mewakili Singapura manakala Ramlee mewakili Malaysia.

"Dia tiba lewat, tetapi tidak seorang pun yang menyambutnya. Lalu, setelah terpinga-pinga mencari tempat duduk, dia akhirnya duduk di belakang saya. Sedih betul wajahnya, semacam hampa kerana tidak dipedulikan.

"Saya ingat lagi cakapnya malam itu; Jis, apa dia orang tidak suka sama gua lagi?"


"Dan saya katakan, biar sejuta atau seluruh dunia tidak suka sama lu tidak apa, asalkan Tuhan suka sama lu."

(Aziz Sattar)

No comments: