Tuesday, March 30, 2010

Koleksi Karya Rudy Djoharnaen - Teratai Series

Teratai Di Waktu Fajar oleh Rudy Djoharnaen
25.4 x 17.8 cm
Acrylic on paper
2010 Day To Day Art

dalam Koleksi Peribadi Puan Aryanti Sukaimy

Monday, March 29, 2010

Tekad - Nuradee



1992. Ini adalah album sulung dan yang terbaik dirakamkan oleh kumpulan duo 'Nuradee' di bawah naungan Syarikat rakaman Pony Canyon Singapore. Lagu-lagu berkonsepkan puitis dengan melodi yang agak minimal tapi berkesan. Bagus.

Sunday, March 28, 2010

Suatu Masa - Persembahan Amal

27 March 2010 (Sabtu): Aku telah membuat persembahan di Geylang United Football Clubhouse di Bedok North bersama beberapa artis Singapura seperti Indra Hamzah, Vivid, Azhar Ras dan Fairus Adam untuk menyokong kutipan amal bagi mangsa-mangsa gemba Haiti. Konsert ini diselenggarakan oleh Musiq Huttz dan Insan Media.

Thursday, March 25, 2010

Biar Sejuta atau Seluruh Dunia Tak Suka...

Pada akhir 1972, Aziz menemui Ramlee meminta dia hidupkan filem Melayu dengan Sabah Filem. Seniman itu bersetuju, malahan memberitahu dia sudah ada skrip.

Aziz kemudian bertemu Ramlee dalam satu majlis pesta filem di Singapura pada awal Mei. Ketika itu mereka menjadi artis mewakili negara masing-masing, Aziz mewakili Singapura manakala Ramlee mewakili Malaysia.

"Dia tiba lewat, tetapi tidak seorang pun yang menyambutnya. Lalu, setelah terpinga-pinga mencari tempat duduk, dia akhirnya duduk di belakang saya. Sedih betul wajahnya, semacam hampa kerana tidak dipedulikan.

"Saya ingat lagi cakapnya malam itu; Jis, apa dia orang tidak suka sama gua lagi?"


"Dan saya katakan, biar sejuta atau seluruh dunia tidak suka sama lu tidak apa, asalkan Tuhan suka sama lu."

(Aziz Sattar)

bulan dan awan

sinaran cahaya bulan mengambang, awanlah juga membawa diri...

Tuesday, March 23, 2010

Dondang Sayang Heart To Heart



Aku senang dengan duet Dondang Sayang Ini. Bibi Gt Lye memang spontan dan kecoh bila berpantun. Aku pun kena ikut spontan membalas pantunnya. Hentam saja dah! Gt Lye memang terkenal dengan watak Nyonya Peranakannya. Beliau memang Nyonya asli Melaka tapi sudah bermastautin di Singapura lama. Untuk pengetahuan umum, Gt Lye pernah berlakon dalam filem 'MAMA MAU KAHWIN' arahan Seniman Mat Sentul pada awal 70an.

Sunday, March 21, 2010

Malam Dondang Sayang - Sayang Musalmah

Ekspresi Seni: MALAM DONDANG SAYANG
20 mac 2010 / 8pm hingga 10pm
Istana Hall, Taman Warisan Melayu
Istana Kampung Glam

Sudah agak lama aku tidak membuat persembahan tradisional secara khusus seperti ini. Aku tinggalkan feel jazz aku untuk sementara demi berada di pentas Istana Hall, Taman Warisan Melayu (Istana Kampung Glam). Bersama Bibi Gt Lye yang kecoh dengan telatahnya dalam Dondang Sayang, Kak Noreha Bajuri (deejay veteranWarna 94.2) yang spontan dan santai dan barisan pemuzik dan penyanyi Sri Saujana yang handal dari Muar, aku cuba memberikan sepenuhnya dalam acara tersebut.

Aku bukan jaguh dalam irama asli atau tradisional. Aku tidak pandai akan patah lagu dan alunannya. Aku cuma hentam keromo saja. Namun aku memberi ruang dalam ekspresi suaraku untuk irama seperti ini. Sayang Musalmah adalah sebuah gubahan ghazal lama yang aku sangat suka. Aku jatuh cinta padanya tatkala alk mendengar versi live Sharifah Aini kira-kira 10 tahun lalu. Versi Kamariah Noor dan Rosiah Chik juga aku suka. Aku memang ingin sangat menyanyikan lagu ini namun tidak berkesempatan. Akhirnya, dengan konsert ini, tercapai juga hasratku. Hentam saja dah! Hasilnya..beginilah.



Mungkin ada juga cacat celanya nyanyianku ini, namun aku sangat berpuas hati dan enjoy kerana telah memberikan yang terbaik.

Selamat mendengar bersama orang tua kalian semua.


Sayang Musalmah memakai sanggul
Turun ke sawah menanam padi
Emas sekoyan dapatku pikul
Aku tak sanggup menanggung budi


Turun ke sawah menanam padi
Hendak dijual ke pekan lama
Jangan selalu menanggung budi
Kelaklah nanti jadi bencana.



Ok best! Aku akan upload video Dondang Sayangnya nanti.

Thursday, March 18, 2010

Ekspressi: Pesta Seni

Salam semua,

Aku akan mempersembahkan lagu-lagu Melayu tradisional untuk acara berikut:

EKSPRESI: PESTA SENI
Sempena ulangtahun Taman Warisan Melayu ke 5. Acara ini diselenggarakan untuk memperkenalkan dan melestarikan semula irama Melayu tradisional yang pernah popular satu masa dahulu di Singapura.

Dondang Sayang: Mari Berjoget
Istana Hall,
Taman Warisan Melayu (Malay Heritage Centre)
Istana Kampung Glam

Jam: 8 hingga 10 malam
Tanggal: 20 march 2010, Sabtu

Iringan Muzik live oleh: Kumpulan Sri Saujana (Malaysia)

Turut membuat persembahan ialah Bibi GT Lye dari Persatuan Gunung Sayang yang akan berdondang sayang dan berbalas pantun untuk menambahkan kemeriahan malam itu.

Acara ini dibuka untuk umum dan percuma. Kepada pengunjung-pengunjung blogku di Singapura atau Johor, jika ada masa, silalah turun ke Taman Warisan untuk berhibur. Kepada yang tidak sempat, akan aku cuba merakamkan videonya dan terbitkan di blog atau saluran youtube agar dapat kamu semua dapat menontonnya.

Sudah lama aku tidak menyanyikan lagu-lagu bercorak sedemikian. Sekarang sedang warming uplah ni, haha. Barangkali sudah berkarat. perlu telan Singer Oil. (:o)

MALAM CEMERLANG - Rudy Djoharnaen & Sinar Fusika

Video ini lebih bersih dan jelas audionya dari yang lalu. Boleh didengar alunan merdu biola, rebana, gendang dan akordionnya. Syabas Sinar Fusika.

Semoga terhibur.

Wednesday, March 17, 2010

Dondang Sayang

Salam semua,

Aku akan mempersembahkan lagu-lagu Melayu tradisional untuk acara berikut:

EKSPRESI: PESTA SENI
Sempena ulangtahun Taman Warisan Melayu ke 5. Acara ini diselenggarakan untuk memperkenalkan dan melestarikan semula irama Melayu tradisional yang pernah popular satu masa dahulu di Singapura.

Dondang Sayang: Mari Berjoget
Istana Hall,
Taman Warisan Melayu (Malay Heritage Centre)
Istana Kampung Glam

Jam: 8 hingga 10 malam
Tanggal: 20 march 2010, Sabtu

Iringan Muzik live oleh: Kumpulan Sri Saujana (Malaysia)

Turut membuat persembahan ialah Bibi GT Lye dari Persatuan Gunung Sayang yang akan berdondang sayang dan berbalas pantun untuk menambahkan kemeriahan malam itu.

Acara ini dibuka untuk umum dan percuma. Kepada pengunjung-pengunjung blogku di Singapura atau Johor, jika ada masa, silalah turun ke Taman Warisan untuk berhibur. Kepada yang tidak sempat, akan aku cuba merakamkan videonya dan terbitkan di blog atau saluran youtube agar dapat kamu semua dapat menontonnya.

Sudah lama aku tidak menyanyikan lagu-lagu bercorak sedemikian. Sekarang sedang warming uplah ni, haha. Barangkali sudah berkarat. perlu telan Singer Oil. (:o)

Monday, March 15, 2010

biarlah mulut orang.

biarlah orang nak cakap belakang kita.
biarkan orang dengan rentak dia.
kadangkala diam tu lebih baik.
kita melenting pun tak guna.
tak kuasa.
asalkan kita jaga mulut kita sudah.

lautan yang begitu besar mungkin boleh ditutup
tapi mulut orang kalau ditutup, boleh ke rapat?

kadangkala...

kadangkala kita ni fikir kita lebih baik dari orang lain. bagi nasihat seolah-olah ikhlas, tapi sebaliknya cuba menunjuk-nunjukkan kebolehan dan kelebihan kita. berbual macam 'real'. macamlah kita bagus sangat. sebaiknya diam saja. orang yang betul-betul merendah dirinya kita akan dapat lihat keikhlasannya.

Sunday, March 14, 2010

Malam Cemerlang




13 Mar 2010. Jamming bersama Sinar Fusika untuk sebuah majlis persandingan. Aku suka pada kumpulan ini. ar Mereka punya 'passion' dan tersendiri. Mereka adalah contoh anak-anak muda berbakat yang melestarikan muzik Melayu tradisional. Semoga mereka terus berjaya dan terus memperjuangkan muzik seperti ini.

1967. Lagu ini dirakam oleh Seniman Aziz Jaafar dan Biduanita Kartina Dahari untuk filem 'Jebak Maut'. Lagu ciptaan Yusuf B. Senikata oleh S.Sudarmaji.

Thursday, March 11, 2010

Kenangan Di Rantau Abang- Biduanita Rafeah Buang



1972. EP EMI Parlophone S-EGEP 738.

"Kenangan Di Rantau Abang" dicipta oleh Ibrahim Bachik (saudara kepada Seniman Almarhum Salim Bachik) dan senikatanya oleh Rosli Haji Yusuf. Berkemungkinan susunan muziknya oleh Kassim Masdor. Vokal Almarhumah Rafeah Buang yang penuh dan lemak merdu sangat sesuai dengan lagu ini. Apatah lagi dengan iringan orkestra yang penuh.

Tuesday, March 09, 2010

Gabus Tarbus - Ismail & Anita


1974 EMI Parlophone 'Rasa Sayang Eh'

Salah satu rakaman duet yang popular pada tahun 70an.

Saturday, March 06, 2010

Lupakanlah Janji - Biduanita Anita Sarawak


1971. Lupakanlah Janji: dari EP Papaku Pulang. 
Ciptaan Din Osman, Senikata Yusnor Ef.

Ini adalah rakaman balada dari Anita Sarawak yang sangat aku gemar. Mutu vokalnya pada tahun 70an dan 80an memang baik berbanding kini. Sebutan kata (diction) yang jelas, pitching dan tonasinya bagus pada rakaman ini. Susunan live muziknya juga lengkap dan mampat. Namun lagu ini sangat jarang dimainkan di radio.

Rudy Djoharnaen

Wednesday, March 03, 2010

Pokok-pokok di Swan Lake, Kebun Bunga, Singapura

Trees @ Swan lake, Botanic Gardens, Singapore
Size: 21.0 x 29.7cm (A4)
Bahantara(Medium): Mixed (Dry)
Price: $30.00

Drawing is not framed.

Email to: rudy.djoe@gmail.com jika berminat.