Sunday, February 28, 2010

Glamour 2010 @ Canning Ballroom, Raffles Convention Centre

with Eddy Ali

with Rahimah Rahim. legend beb!





with my Asmida/Azura, Ogy Ahmad Daud. Ini pun legend, beb!

Akulah Rudy Djoharnaen.


27 Feb 2010. Glamour 2010. Aku telah diundang untuk menjayakan satu konsert bersama barisan artis-artis dari Singapura, Malaysia dan Indonesia. Konsert ini dianjurkan majalah Selebriti bersempena ulang tahunnya yang ke-2 dan juga Pelancaran rasmi Malay Artists Association (MAA). Diantara para Artis dari Singapura adalah Zaibaktian, Hyrul Anuar, Indra Hamzah, Azhar Raz, Faizal Isa (peserta Sg Idol), Hydir (peserta Anugerah 2009), Eka Mairina, Black Dog Bone, Eddy Ali, Revallina dan lain-lain lagi. Artis-artis Malaysia dan Indonesia adalah Ogy dan Intan Nuraini.

Sudah agak lama aku tidak menyanyi 'live' di hadapan para penonton Melayu. Sekarang ini banyak persembahanku untuk penonton bukan Melayu. Para Seniman, seniwati filem dan drama tv juga hadir menonton persembahan tersebut. Para penyanyi veteran juga hadir menonton konsert tersebut. Persembahan para Artis sangat hebat. Aku telah membawakan rentak jazz pada sebuah irama tempoe dulu " ESOK MALAM KAU KU JELANG" yang aslinya oleh Titiek Puspa. Dengan iringan IWEE, gitaris ku yang profesional dan berbakat, aku beri ALL OUT! Aku juga beri sentuhan bossa dan blues pada lagu tersebut.

Aku suka menyanyi secara live. Aku boleh bikin improvisasi dan bermain dengan tempo. Alhamdullilah, para penonton memberi respon yang sangat positif. "My dear, you look good and your singing is superb, man. So nice to hear you sing againlah!" begitulah kata penyanyi Rahimah Rahim (Kak Gerl). " I love your jazz version! Best!" kata penyanyi Mahani Mohd. "Superb bro, superb! You sing with a lot of soul." kata Eddy Ali(aku punya Mentor). "Suara kau memang bagus. Maintain the quality, ah. Dengar pesan Tok tau!" kata Seniman Osman Zailani. Aku salute pada mereka yang menjayakan konsert ini.
Thanks a million to Iwee for his guitar. and Abg Eddy for his guidance all this while. This is the best show I've done so far! Good mood!
Nanti aku letak foto-foto nya lagi, InsyaAllah.
Rudy Djoharnaen








2 comments:

Anonymous said...

Salam Rudy,
Dalam umur 59 tahun, saya begitu bangga dengan usaha kamu memberi nafas baru pada lagu-lagu Melayu lama. Pilihan anda(Flamboyan, Esok Malam Kau Ku Jelang,etc.)amat dekat dengan hati saya oleh kerana lagu-lagu itu penuh makna bagi saya. Olahan anda begitu tepat (contohnya bila anda melafazkan "satu... satu" dalam lagu Flamboyan.

Teruskan usaha anda, dan terima kasih saya.

Rudy Djoharnaen said...

Salam Anonymous,

Saya gembira bahawa anda menghargai suara saya pada lagu-lagu malar segar yang saya bawakan semula. Saya memang suka pada lagu2 tersebut kerana senilagu dan senikatanya baik dan mendalam. Sudi-sudilah mampir ke blog saya jika ada masa senggang lagi. Salam hormat dari saya.

Rudy