Sunday, February 28, 2010

Glamour 2010 @ Canning Ballroom, Raffles Convention Centre

with Eddy Ali

with Rahimah Rahim. legend beb!





with my Asmida/Azura, Ogy Ahmad Daud. Ini pun legend, beb!

Akulah Rudy Djoharnaen.


27 Feb 2010. Glamour 2010. Aku telah diundang untuk menjayakan satu konsert bersama barisan artis-artis dari Singapura, Malaysia dan Indonesia. Konsert ini dianjurkan majalah Selebriti bersempena ulang tahunnya yang ke-2 dan juga Pelancaran rasmi Malay Artists Association (MAA). Diantara para Artis dari Singapura adalah Zaibaktian, Hyrul Anuar, Indra Hamzah, Azhar Raz, Faizal Isa (peserta Sg Idol), Hydir (peserta Anugerah 2009), Eka Mairina, Black Dog Bone, Eddy Ali, Revallina dan lain-lain lagi. Artis-artis Malaysia dan Indonesia adalah Ogy dan Intan Nuraini.

Sudah agak lama aku tidak menyanyi 'live' di hadapan para penonton Melayu. Sekarang ini banyak persembahanku untuk penonton bukan Melayu. Para Seniman, seniwati filem dan drama tv juga hadir menonton persembahan tersebut. Para penyanyi veteran juga hadir menonton konsert tersebut. Persembahan para Artis sangat hebat. Aku telah membawakan rentak jazz pada sebuah irama tempoe dulu " ESOK MALAM KAU KU JELANG" yang aslinya oleh Titiek Puspa. Dengan iringan IWEE, gitaris ku yang profesional dan berbakat, aku beri ALL OUT! Aku juga beri sentuhan bossa dan blues pada lagu tersebut.

Aku suka menyanyi secara live. Aku boleh bikin improvisasi dan bermain dengan tempo. Alhamdullilah, para penonton memberi respon yang sangat positif. "My dear, you look good and your singing is superb, man. So nice to hear you sing againlah!" begitulah kata penyanyi Rahimah Rahim (Kak Gerl). " I love your jazz version! Best!" kata penyanyi Mahani Mohd. "Superb bro, superb! You sing with a lot of soul." kata Eddy Ali(aku punya Mentor). "Suara kau memang bagus. Maintain the quality, ah. Dengar pesan Tok tau!" kata Seniman Osman Zailani. Aku salute pada mereka yang menjayakan konsert ini.
Thanks a million to Iwee for his guitar. and Abg Eddy for his guidance all this while. This is the best show I've done so far! Good mood!
Nanti aku letak foto-foto nya lagi, InsyaAllah.
Rudy Djoharnaen








Fever di Post Museum



Post Museum, 107 Rowell Road
26 Feb 2010
'Singles Night' anjuran Cats Welfare Society
Jumaat lepas aku membuat persembahan kecil di sebuah acara anjuran Cats Welfare Society. Mereka inginkan jazz jadi aku bawa tiga lagu: Fever, Just The Way You Are (versi bossa) dan Manha De Carnaval. Aku suka pada acara yang santai sebegini. Tidak perlu banyak fikir tentang rehearsal. Relax dan fun.
Acara itu diadakan sempena tahun Harimau ini (Chinese New Year). Selain itu, ada juga flea market dan pameran karya-karya kucing. Karyaku juga dipamerkan disitu.
Kemungkinan besar aku akan mengadakan gig aku disana. Walaupun tempat itu kecil, aku rasa sudah cukup OK. 2-3 piece band would be just nice. Pihak Post Museum telah menghubungiku untuk berbincang. Semoga semuanya positif. InsyaAllah.
Rudy Djoharnaen



Tuesday, February 23, 2010

SELAMAT PENGANTIN BARU AIEN & SUHIRMAN!

Dengan bangganya saya mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada members 2 orang ni dari The Railway Children's Club / Rediscovery. Semoga mahligai yang dibina dengan besi, batu bata, papan, simen, kaca, kristal dan kuat, utuh dan bahagia selagi hayat masih ada. Amin. 

Akhir kata, Stay Kool and Funky Always, yeah!

Monday, February 22, 2010

Angela / Lambaian Tanganmu Yang Terakhir



Angela adalah sebuah lagu popular oleh Jose Feliciano. Versi Melayu oleh Halil Chik pada akhir tahun 70an.

Saturday, February 20, 2010

Lagu Gembira - Eddie Ahmad & Hamidah Ahmad



Gandingan hebat dua beradik sangat terkenal di era 70an. Eddie Ahmad sudah Almarhum dan Hamidah kini menetap di Australia. Keduanya bernaung dibawah label EMI Singapore ketika itu.

Mengapa Dirindu - Saloma



1964. LP'SALOMA' EMI Singapore. Juga lagu filem 'Dua Pendekar' keluaran Cathay Keris pada tahun yang sama. Susunan muzik bagi versi filem lebih baik dari versi piring hitamnya.

Monday, February 15, 2010

Ubin Camp-13 Feb hingga 14 Feb, 2010

Pasang khemah Di Mamam Beach.
panjat pagar laut waktu air surut
Pandangan Selat Johor.
Menikmati matahari terbenam...wonderful!

Angin sejuk, best
BBQ dan santai
Maggi dan Ovaltine panas


Sarapan cornbeef, campbells, ritz, roti dan maggi
lepak, lepak,lepak.
spot khemah memang baik


Aku Cinta Ubin.
Mesti mau plan lagi.

Saturday, February 13, 2010

Thursday, February 11, 2010

Pencakar Langit di City Hall

Testing-testing ambil foto senjakala di City Hall dengan kamera Fuji ni. Not bad panoramic shot dia. i like.

Sunday, February 07, 2010

Sapa, Vietnam




Keindahannya masih terasa.