Saturday, June 28, 2008
Tuesday, June 24, 2008
Cari?
Sunday, June 22, 2008
Si Badul
Filem arahan Aziz Sattar keluaran 1977 ini telah mengangkat Badul sebagai 'star comedian'.
Kalau nak tengok part part 2 sampai habis, klik saja ke youtube.
Millah Hussein manis dalam filem ini. Filem ini boleh dikatakan filem 'All Star' menampilkan
Kalau nak tengok part part 2 sampai habis, klik saja ke youtube.
Millah Hussein manis dalam filem ini. Filem ini boleh dikatakan filem 'All Star' menampilkan
Jailani Kengkang, Ahmad Jais, Normadiah, Mahmud Jun, Yahya Sulong, Param dan lain-lain.
Saturday, June 21, 2008
Punggok dan Rembulan
"Wahai sang Punggok, apakah gunanya merindukan Rembulan. Bulan tidak akan turun ke bumi untuk bersamamu. Untuk apa ditangiskan? Apakah kau tidak siuman?"
"Wahai sang Gagak, sesungguhnya aku tahu Rembulan tidak akan turun ke bumi. Namun apa salahnya aku merindu? Ya, biarlah aku terus merindukannya. Biarlah kering airmataku. Biarlah aku dikatakan gila. Selagi mataku dapat melihatnya yang mengambang penuh walau dari bumi yang menjauh, jadilah. Rindu aku adalah Cinta dan Cintaku adalah Rindu yang membara..."
Rudy Djoharnaen
Singapura

Friday, June 20, 2008
Autumn Leaves
Aku sangat gemar pada lagu 'Autumn Leaves'. Lagu versi Inggeris ini asalnya dari lagu Perancis "Les feuilles mortes" (1945). Seperti lagu-lagu malar segar Inggeris yang lain, ia mempunyai banyak versi.
Ini adalah salah satu versi yang sangat menyentuhku. Suara Eva Cassidy lunak, sangat lunak. Penjiwaannya juga sangat mendalam, dengan caranya sendiri. Inilah dikatakan Penyanyi yang jujur dan sebenar-benarnya. Eva lebih dikenali setelah dia meninggal dunia.

Bukan mudah untuk memberi interpretasi sebuah lagu dengan cara sendiri.
Live@Blues Alley
Nak Rendang ke Botak?
adakah kau sunyi?
kau tak boleh menipu hatimu
wahai yang sedang sunyi
apalah salahnya bersua kembali
kami bukan bijaklaksana
kami akui kebijaksanaanmu
kau orang baik lagi berilmu
mengertilah kami
kau adalah pohon
kami diantara dedaunmu
yang bisa membuat kau rendang
kami juga bunga-bunga indah
yang menarik perhatian lebah-lebah
apakah sebatang pohon botak itu kelihatan menarik?
(merepek ke aku ni?)

Thursday, June 19, 2008
Yoroshiku Aishu / Sejakku Mengenal Cinta
Sunday, June 15, 2008
Amadare (Rintik Hujan)
Amadare-Biduanita Ohta Hiromi (1974)
sendirian...
rintik hujan membuat ku kesepian
jadi aku coba memanggilmu
satu payung untuk kita berdua
berjalan riang di kota
musim dingin seperti angin
"dingin tidak?" tanya kau lembut
deg-degan hati ku
kedua insan yang sepi ini
mendekatkan bahu ke bahu
saling nyampaikan
awal cinta yang melambung
Gambaran Senikata oleh Chie Fukase (Tokyo).
Thanks Fukase! Aku malu kerana penguasaan Bahasa Melayu/Indonesiamu lebih baik dariku. Semoga kau sejahtera selalu dan terima kasih kerana menghargai jiwa seniku. Aku juga menghargai ketulusan dirimu. Semoga kita dapat berjumpa satu hari nanti.
Rudy Djoharnaen
Singapura
Friday, June 13, 2008
kom apa?
jgn baca dalam baku
telekom
kom apa?
kombat
bat apa?
batman
man apa?
man tel (mentel)
tel apa?
telepon
pon apa?
pondan
dan apa?
dansing
sing apa?
singgam
gam apa?
gambar
bar apa?
baru
ru apa?
rusa
sa apa?
sepak
pak apa?
pak long
long apa?
longkang
kang apa?
kangkong
kong apa?
kongkang
kang apa?
kangkang
kang apa?
...
dan ianya stuck di situ sehingga hari ini...
Wednesday, June 11, 2008
Terasing?
kadangkala kita akan
merasa diri diasingkan
rakan-rakan
kekecewaan kerana diri mungkin
tak dipedulikan
tapi sebelum kita merasakan
diri diasingkan
tak dipedulikan
haruslah kita fikirkan
mungkin rakan-rakan
tiada niat sedemikian
tapi masa tak mengizinkan
maafkan aku kerana sedemikian
bukan mengasingkan
masa tak menentukan
members tetap members apa
akan selalu menghargai
akan tetap mengingati
kenang dalam doa
sayang tetap sayang
tak benci tapi rindu
semoga dapat ketemu
pasti ketemu
kita semua hanya
manusia biasa
manusia biasa
manusia biasa
Rudy Djoharnaen
Singapura
merasa diri diasingkan
rakan-rakan
kekecewaan kerana diri mungkin
tak dipedulikan
tapi sebelum kita merasakan
diri diasingkan
tak dipedulikan
haruslah kita fikirkan
mungkin rakan-rakan
tiada niat sedemikian
tapi masa tak mengizinkan
maafkan aku kerana sedemikian
bukan mengasingkan
masa tak menentukan
members tetap members apa
akan selalu menghargai
akan tetap mengingati
kenang dalam doa
sayang tetap sayang
tak benci tapi rindu
semoga dapat ketemu
pasti ketemu
kita semua hanya
manusia biasa
manusia biasa
manusia biasa
Rudy Djoharnaen
Singapura
Sunday, June 08, 2008
ROCK Minggu Ini!
Kini tiba masanya aku memberi tribute pada ROCK MELAYU legend selama sebulan ini. ROCK adalah jiwa pakcik-pakcik, seorang makcikku dan dua orang abang angkatku. Ini dia... kumpulan Febians yang mereka minati. Kemunculan mereka dalam Hiburan Minggu Ini (HMI) terbitan SBC 5 tahun 1988 masih diingati. Masih ingat dengan HMI dan SBC?
Lagu 'Untukmu Sayang' memang popular gila waktu itu selain 'Rumie dan Julie' dan 'Demi Cinta Ini'.
More to come...
Keindahan pelangi adalah
Keindahan wajahmu sayang
Yang sering bermain di mata
Hatiku ini
Keharuman bunga kasihku
Hanyalah untukmu sayang
Bagaikan pantai dan lautan
Takkan terpisah
Kasih sayangku ini
Hanyalah untukmu
Kutelah berjanji
Kaulah yang satu
Dalam hatiku ini
Untuk selamanya
Oh sayang
Oh.. Oh..
Untukmu sayang
mcm nak turun queensway recce kasutlah...
Sunday, June 01, 2008
Abang
(Abang, 1981)
Simfoni Kasih-Ogy Ahmad Daud (1980)
Dengarlah lagu merdu
Simfoni rayuan kalbu
Membisik rasa pilu
Hati rindu
Tersusun nada cinta
Kau bisik seribu kata
Membelai jiwa lara
Hati luka
Pohon daku di angin lagu
Bawakanlah simfoni syahdu
Sampaikanlah lagu hati ku
Untuk mu simfoni kasihku
Dengarlah lagu merdu
Simfoni rayuan kalbu
Membisik rasa pilu
Hati rindu
Biduan Ahmad Daud
Biduan ini pernah ditertawakan rakan-rakannya pada peringkat awal beliau memulakan kerjaya dalam bidang seni. Pada waktu itu, beliau menyanyikan lagu Blue Sky yang dipopularkan Bing Crosby. Itulah lagu pertama yang dinyanyikan di hadapan umum ketika mengambil bahagian dalam konsert tahunan di sekolahnya, Francis Light School, Pulau Pinang pada 1948.
Beliau tidak sedikit pun berasa kecil hati, sebaliknya bangga kerana sekurang-kurangnya persembahan nyanyiannya tanpa iringan muzik mendapat perhatian.
Tidak setakat itu saja, minat terhadap seni terus membara, mendorongnya mengambil bahagian dalam pertandingan boria dengan mewakili Kampung Rauna, Pulau Pinang. Penyertaannya, tidak sia-sia apabila beliau diumumkan sebagai tukang karut dan pelawak terbaik.
Pertemuannya dengan pemuzik Ahmad Merican banyak membantunya membina kerjaya seni kerana sebagai rakan karib, Ahmad Merican sering memberinya peluang menyanyi di majlis rasmi termasuk kenduri bersama Pancaragam Perindu Malam.
Bersama Pancaragam Perindu Malam, beliau menyanyi secara profesional di Hotel E & O, Pulau Pinang pada 1953. Ia satu pencapaian yang membanggakan kerana bukan mudah untuk kumpulan tempatan beraksi di hotel.
Pada tahun sama, beliau menyertai pertandingan Bintang Radio yang buat kali pertama dianjurkan tetapi tewas di tangan Biduan P Ramlee yang waktu itu sudah merakamkan lagu Azizah. Turut menjadi saingan di pertandingan itu ialah Tan Sri SM Salim, Jasni, R Azmi, Kasmani dan Ismail Kassim.
Dalam keadaan hatinya yang berbelah bagi kerana masih di bangku sekolah, Ahmad Daud nekad melangkah ke Singapura pada tahun 1955 untuk mengembangkan bakat seninya. Percaturan yang dibuatnya tidak sia-sia apabila beliau peluang merakamkan lagu pertama, Lagak Penari disusuli Tiada Berita dan Pengantin Bersanding.
Pada 1960, Ahmad Daud menyertai Panca Sitara yang turut dianggotai P Ramlee, Ahmad C dan Kassim Masdor, seterusnya menjayakan rancangan di Radio Malaya, Singapura terbitan Datuk Zain Hamzah selama setengah jam, hampir dua tahun.
Antara lagu popular nyanyian Ahmad Daud sehingga kini ialah Pontianak dan Si Manis 17. Pada 1962, Ahmad Daud menceburi lakonan apabila membintangi filem Siapa Besar arahan Omar Rojik. Filem itu turut dibintangi Normadiah, Habsah, Zaiton dan Aziz Sattar.
Filem lain yang pernah dibintanginya adalah Pusaka Pontianak, Kaca Permata dan Aksi Kuching. Menerusi Kaca Permata, Ahmad Daud menerima pencalonan pelakon terbaik di Pesta Filem Asia-Pasifik 1965.
Pada 1968, Ahmad Daud diberi peluang berlakon dalam filem Jungle Boys terbitan syarikat penerbitan dari Amerika Syarikat. Beliau memegang watak wartawan jenayah. Selepas Jungle Boys, Ahmad Daud turut menerima satu lagi tawaran tetapi ditolak kerana tidak tahan watak lasak.
Selain menyanyi dan berlakon, Ahmad Daud menjadi juruhebah sambilan di Radio Pulau Pinang. Kebolehannya itu membuka peluang kepada beliau menjayakan program televisyen sendiri, iaitu The Ahmad Daud Show pada 1975. Menerusi rancangan itu, beliau terkenal dengan ungkapan, “Steadylah!”
Ahmad Daud, penyanyi dan anak Melayu pertama yang dipilih untuk menyanyi di Popular Song Music Festival di Jepun pada 1970.
Penyanyi, pelakon dan penghibur yang terkenal dengan keramahannya itu meninggal dunia pada Jun 2002 kerana masalah paru-paru dan sakit buah pinggang.
Dek Jangan Bimbang
1967 EMI Parlophone DPE.8205
Ahmad Daud and The Romans

Subscribe to:
Posts (Atom)