Friday, May 02, 2008

Biduanita Dinah Shore

Dinah Shore lahir pada 29 Februari 1916 di Winchester, Tennessee. Nama sebenarnya adalah Frances Rose Shore. Semangat dan keinginannya menjadi seorang penyanyi telah membawany ke kota New York dimana beliau menghadiri beberapa ujibakat untuk orkestra dan stesen-stesen radio. Beliau kemudian diambil menyanyi oleh Radio WNEW bersama Frank Sinatra. Dalam salah satu ujibakat beliau telah menyanyikan lagu 'Dinah'. Martin Block, seorang juruhebah terkenal ketika itu telah memanggilnya 'Dinah Girl' kerana tidak ingat akan nama sebenarnya. Maka itu, lahirlah nama pentas 'Dinah Shore' yang kekal dalam hati para penggemarnya sehingga kini.


The Dinah Chevy Show feat. Peggy Lee

Beliau juga telah menjadi penyanyi kepada Orkestra Xavier Cugat dan merakamkan lagu pertamanya berjudul 'Yes, my Darling Daughter' dibawah naungan RCA Victor Records. Dinah Shore juga terkenal dengan beberapa talk shownya seperti 'Dinah Shore Chevy Show', 'Dinah 'Shore Show' dan 'Dinah'. Beliau telah berduet dengan para biduan dan biduanita hebat seperti sahabatnya, Ella Fitzgerald, Pearl Baily, Peggy Lee, Frank Sinatra dan Bing Crosby.


California Dreaming
"Dinah Comes Home Again"
1991


Lagenda ini meninggal dunia pada 24 Februari, 1994 akibat penyakit kanser pada usia 78 tahun. Kemerduan suaranya yang bermutu tinggi telah menjadikannya baiduri dalam sejarah industri muzik di Amerika. Inilah salah satu Ratu Jazz dan Baiduri ini juga adalah salah satu dari inspirasiku dalam bidang nyanyian.

Rudy Djoharnaen
Singapura

No comments: