Thursday, May 29, 2008

Cintaku... tak seindah cinta Rumi
Rinduku tak sedalam rindu Majnun pada Laila
tulus suci...
Rudy Djoharnaen
Singapura

Monday, May 26, 2008

Apa Nak Buat...


2/6/08 to 7/6/08

Jangan tangisi pemergianku yang sementara
kerana daku sendiri tak tahu sama ada nak nangis ke atau tidak
terpaksa...dipaksa...apa dayaku...BINGIT SIAK!

(untuk mereka yang mengerti)

Sunday, May 25, 2008

Yoshiko Cha Cha.

Pada November 1964, para penggemar muzik Melayu telah menikmati EP Lagu2 Sukaramai China Dinyanyikan Oleh Saloma - Parlophone EGEP 575. Suara Gemersik itu berjaya membuat pendengar berdansa rentak Cha-Cha.

Apa lagi, buka langkahlah..1 and 2 and 3 and 1...hehehe

Yoshiko.mp3 - Saloma


Tuesday, May 20, 2008

Sunday, May 18, 2008

Ibu

Untuk mereka yang tidak berkesempatan menghadiri persembahan Piano oleh Hairul Syafrein di Arts House 5 Mei lalu, disini aku berkongsi rakamannya.



'Living With Hairul Syafrein'

Rakaman Kedua
Ibu
Ciptaan Ahmad Jaafar
Nyanyian Asal: P.Ramlee
Piano: Hairul Syafrein
Penyanyi Undangan: Siapa lagi kalau tak...:)

Dibawah adalah rakaman asal piring hitam Lagu 'Ibu'



Saturday, May 17, 2008

Dari Masa Hingga Masa

'Dari Masa Hingga Masa' (1957) adalah salah satu lagu kegemaran arwah Bapak angkatku, yang suka menyanyikan lagu ini ketika sedang duduk santai dengan kopi dan sebatang Gudang Garam. Waktu aku masih 'baby', lagu inilah diantara yang akan mendodoi aku lena Suara arwah merdu. Mungkin aku telah mewarisi kemerduan itu, Alhamdulillah.

Lagu ini dirakamkan P.Ramlee untuk filem arahannya 'Panca Delima'.




Al Fatihah

Wednesday, May 14, 2008

Monday, May 12, 2008

You're My Everything

Untuk mereka yang tidak berkesempatan menghadiri persembahan Piano oleh Hairul Syafrein di Arts House 5 Mei lalu, aku akan berkongsi beberapa rakaman dari 'gig' tersebut.


'Living With Hairul Syafrein'

Rakaman Pertama
You're My Everything
Piano: Hairul Syafrein
Penyanyi Undangan: Ehem...ehem... :)


Semoga terhibur hendaknya, especially to Puan Lemau yang ter'miss' part ini.)


Rudy Djoharnaen
Singapura

Sunday, May 11, 2008

Selamat Hari Ibu

Untuk Mummy Misnah (ibu kandungku) dan Mama Kalimah (ibu angkatku),

Selamat Hari Ibu,
Aku sayang pada mu berdua
Semoga kalian sejahtera sentiasa.



Kau sinaran bulan
Menyerikan bintang-bintang
Kaulah fajar yang menerbitkan pagi

Kau sirami embun
Menyegarkan pepohonan
Kau bukakan tabir siang untukku

Kau berikan mama
Kasih sayang maha suci
Betapa agungnya
Tiada ternilaikan
Oh mama, oh mamaku
Tiada cinta yang murni
Setulus cintamu

Ku suntingkan mama
Sekuntum mawar putih
Sebagai lambang kesucian cintaku...

Friday, May 09, 2008

Kaulah Milikku




Jika aku mencintai diriku,
Aku mencintai dirimu
Jika aku mencintai dirimu
Aku mencintai diriku...

(Rumi)

Wednesday, May 07, 2008

Ramlee & Saloma

Dari Filem 'Love Parade' terbitan Shaw Brothers, 1963. Filem ini diterbitkan di Hong Kong dalam bentuk warna. Pasangan lagenda Saloma & P.Ramlee telah diundang untuk menyanyikan lagu Bengawan Solo dalam satu babak filem berbahasa Cantonese ini. Waktu itu, P.Ramlee merupakan berlian bagi Shaw Brothers di Singapura.

A super rare clip! Must see!




Kita selalu melihat pasangan ini dalam hitam putih. Bila Mak aku lihat kilp ini, dia excited banget. "Ooh, macam gini warna baju songket Saloma," katanya. Bila aku fikir-fikir, oh ya, baju ini yang dikenakan beliau dalam lagu 'Bila Larut Malam' bersama Panca Sitara untuk filem Labu-Labi.

Memang vogue penyanyi pujaan aku ni.

Rudy Djoharnaen
Singapura

Friday, May 02, 2008

Biduanita Dinah Shore

Dinah Shore lahir pada 29 Februari 1916 di Winchester, Tennessee. Nama sebenarnya adalah Frances Rose Shore. Semangat dan keinginannya menjadi seorang penyanyi telah membawany ke kota New York dimana beliau menghadiri beberapa ujibakat untuk orkestra dan stesen-stesen radio. Beliau kemudian diambil menyanyi oleh Radio WNEW bersama Frank Sinatra. Dalam salah satu ujibakat beliau telah menyanyikan lagu 'Dinah'. Martin Block, seorang juruhebah terkenal ketika itu telah memanggilnya 'Dinah Girl' kerana tidak ingat akan nama sebenarnya. Maka itu, lahirlah nama pentas 'Dinah Shore' yang kekal dalam hati para penggemarnya sehingga kini.


The Dinah Chevy Show feat. Peggy Lee

Beliau juga telah menjadi penyanyi kepada Orkestra Xavier Cugat dan merakamkan lagu pertamanya berjudul 'Yes, my Darling Daughter' dibawah naungan RCA Victor Records. Dinah Shore juga terkenal dengan beberapa talk shownya seperti 'Dinah Shore Chevy Show', 'Dinah 'Shore Show' dan 'Dinah'. Beliau telah berduet dengan para biduan dan biduanita hebat seperti sahabatnya, Ella Fitzgerald, Pearl Baily, Peggy Lee, Frank Sinatra dan Bing Crosby.


California Dreaming
"Dinah Comes Home Again"
1991


Lagenda ini meninggal dunia pada 24 Februari, 1994 akibat penyakit kanser pada usia 78 tahun. Kemerduan suaranya yang bermutu tinggi telah menjadikannya baiduri dalam sejarah industri muzik di Amerika. Inilah salah satu Ratu Jazz dan Baiduri ini juga adalah salah satu dari inspirasiku dalam bidang nyanyian.

Rudy Djoharnaen
Singapura

Perempuan

Perempuan itu mustika umat. (Hamka)