Sunday, December 30, 2007

Kisah Cinta dan The Beatles




Semalam bersama Sang Enemy, aku telah menonton filem Inggeris 'Across The Universe' di pawagam The Cathay. Aku amat tertarik dengan filem ini. Jalan cerita yang disesuaikan dengan lagu-lagu kugiran Lagenda The Beatles. Lagu-lagu seperti I Wanna Hold Your Hand, Hey Jude dan Something telah diberi interpretasi dalam filem tersebut.

Filem cinta berlatar belakangkan era tahun 60an dilatari dengan demonstrasi antiperang, pergerakan anti-budaya, aktivis politik berhaluan kiri dan eksplorasi musik 'rock and roll'. Tajuk filem adalah lagu nyanyian Beatles 1969 dan sebanyak 33buah lagu Beatles dimuatkan dalam menceritakan situasi tahun 60an yang penuh warna-warni. Kisah bermula ketika era perang Amerika-Vietnam dimana Jude yang bekerja di perlabuhan Liverpool mengambil keputusan mencari ayahnya di Amerika. Ditempat baru, Grenwich Village Jude bertemu dan bersahabat baik dengan Max dan jatuh cinta dengan Lucy, kakak Max. Pergolakan politik semasa memisahkan mereka lalu mereka mencari jalan bersua semula.

Kami merasakan filem ini satu musikal yang luarbiasa. Musikal yang Avant garde, disatukan dengan corak Pop dan Abstrak Ekspressionisme. Satu karya seni yang sangat unik. A MUST WATCH MOVIE!

Syabas kepada pengarah Julie Taymor dan barisan pelakonnya. Paul Mc Cartney tentu akan tersenyum lebar.

Something-The Beatles (salah satu lagu kegemaranku)



Rudy Djoharnaen
Singapura

No comments: